Istiqamah bermaksud mengamalkan sesuatu suruhan secara terus-menerus tetap, konsisten, tidak berubah-ubah, berdiri teguh dalam melaksanakan tuntutan agama walau dalam apa juga keadaan, godaan dan rintangan kecuali dalam keadaan dharurat dan terdesak.Istiqamah adalah antara kewajipan dan tuntuan agama. Firman Allah swt;
فَاسْتَقِمْ كَمَا أُمِرْتَ وَمَنْ تَابَ مَعَكَ وَلَا تَطْغَوْا إِنَّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ بَصِيرٌ
Maksudnya; Maka beristiqamahlah sebagaimana kamu diperintahkan bersama orang-orang yang bertaubat dan jangan melampaui batasan, sesungguhnya Ia melihat apa yang kamu lakukan.Hud:112.
Sabda Rasulullah saw;
عن سفيان بن عبد الله ( أنه ) قال: قلت يا رسول الله! قل لي في الإسلام قولا لا أسأل عنه أحدا بعدك قال: قل آمنت بالله ثم استقم
Maksudnya; Diriwayatkan dari Sufyan Ibn ‘Abdullah r.a. menceritakan; ‘Aku telah berkata kepada Rasulullah s.a.w.; Ya Rasulullah! Nyatakan untukku di dalam Islam ini satu ungkapan yang mana aku tidak akan bertanya lagi tentangnya dari orang lain selain engkau’. Jawab Rasulullah s.a.w.; ‘Katakanlah; ‘Aku beriman kepada Allah’ dan kemudian hendaklah kamu istiqamah’.
Sabda Rasulullah saw;
وَأَنَّ أَحَبَّ الْأَعْمَالِ إِلَى اللَّهِ أَدْوَمُهَا وَإِنْ قَلَّ
Maksudnya; Dan sesungguhnya amalan yang sanyat disukai Allah swt ialah amalan yang berterusan sekalipun sedikit.
Sabda Rasulullah saw;
رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ تَرَكْتُ فِيكُمْ أَمْرَيْنِ لَنْ تَضِلُّوا مَا تَمَسَّكْتُمْ بِهِمَا كِتَابَ اللَّهِ وَسُنَّةَ نَبِيِّهِ
Maksudnya;Aku telah tinggalkan untuk kamu dua perkara, kamu tidak akan sesat selama-lamanya selagi kamu berpegang-teguh dengannya, iaitu; Kitab Allah dan Sunnah NabiNya”
Seseorang yang beriman wajib istiqamah dan iltizam dalam melaksaanakan tuntutan agama samada dalam bentuk melaksanakan yang disuruh atau meninggalkan yang dilarang.
Bagaimana untuk istiqamah dalam ketaatan ?
Untuk istiqamah dalam melaksanakan tuntutan agama;
1. Keimanan dan keyakinan terhadap tuntutan agama yang perlu ditunaikan. Tanpa keimanan dan keyakinan, hidayah dan gerakan hati untuk melakukannya tidak ada.
2. Ilmu pengetahuan terhadap tuntutan yang perlu dilakukan. Dengan adanya ilmu terhadap syariat Islam, seseorang dapat memahami hikmah dan tujuan dari peangamalan suatu kewajipan.
3. Kesedaran kewajipan istiqamah dalam melakukan kewajipan. Orang yang sedar dengan tanggungjawab awama adalah orang yang hatinya hidup, sentiasa peka dan sensitiv dengan tuntutan agama.
4. Penghayatan, tanpa penghayatan terhadap kewajipan agama, tiada kelazatan dalam beramal, tiada keseronokan dalam beribadah, akhirnya semangat luntur dan pudar dan sedikit demi sedikit keajipan agama ditinggalkan.
5. Sentiasa melakukan tazkiyatun nafsu, kerana hanya hati yang bersih dari sifat-sifat mazmumah akan merasa tenang dan bahagia dengan ketaatan kepada Allah swt.
6. Mujahadatun nafs. Komited dan istiqamah dengan ketaatan adalah sesuatu yang berlawanan dengan nafsu, justeru ia perlu dilawan agar diri tidak tunduk dengan runtunan hawa nafsu.
Thursday, October 1, 2009
Istiqamah
Posted by Syahadah_Aziyati at 7:28 PM
Labels: Perkongsian
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment