CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Thursday, December 29, 2011

Talkshow Nisa` WP : Penghujung Cintaku..


Bercinta memang indah..namun bercinta utk apa? Kepada siapa? dan dimanakah penghujungnya..

JOM Sahabat2 yg diraikan..sama2 kita ke Talkshow " PENGHUJUNG CINTAKU"..pasti kita temui apakah hujung percintaan kita..;)

hakikat bahagia..

bahagia..
semua manusia inginkan kebahagiaan
namun, kebahagiaan yang manakah yang kita impikan???

usai slot Mencari Makna Bahagia di KEM REMAJA SOLEHAH 2011 baru-baru ini
dapat ku kongsikan apakah makna kebahagiaan sebenar yang di cari selama ini...
"ingin menjadi orang yag bahagia di dunia dan akhirat..?????
kita akan bahagia jika ALLAH redha dengan kita dan kita juga redha dengan apa yang ALLAH takdirkan buat kita..."

"Muslimah yang bahagia tidak selalu memikirkan hal-hal yang bahagia....mereka hanya berusaha menjadikan yang terbaik dari setiap yang hadir dalam hidupnya...."
seraut wajah2 insan yang bahagia..insyaALLAH..

teringat pula lirik lagu hakikat bahagia...
Bila susah tiada gelisah
Bila miskin syukur pada Tuhan
Bila sakit tiada resah di jiwa
Bukankah Tuhan telah berfirman
Ketahuilah dengan mengingati Allah
Jiwa kan menjadi tenang

Kebahagiaan itu suatu kesyukuran
Bila kaya jadi insan pemurah
Bila berkuasa amanah
Bila berjaya tidak alpa
Bila sihat tidak lupakan Tuhan

Hakikatnya bahagia itu
Adalah ketenangan
Bila hati mengingati Tuhan...

semua insan mencari bahagia...
namun kebahagiaan yang mutlak adalah apabila bahagia di akhirat sana....
selamat mencari kebahagiaan..
bahagia dunia dan akhirat
insyaALLAH...AMEEN

Monday, December 26, 2011

Doa..

Wednesday, December 7, 2011

Khususan Ila team Nisa` WM

Antara kenangan yang paling kurindu,
Saat-saatku bersamamu,
Kita sama berlari,
Mengejar pantasnya waktu yang berlalu
Daerah ini menjadi saksi bisu,
Jatuh dan bangunku denganmu,
Kita redah bersama,
Segala cerita suka dan duka

Manisnya hari-hari yang ditempuhi,
Biarpun kadangkala mencabar hati,
Tetap kita lalui,
Menguatkan langkah kaki

Ada kala kita hampa,
Terduduk tahan kecewa,
Tapi bukan penamat cerita
Dan ada masa-masanya,
Kita ketawa gembira,
Berjaya menjulang yang dicita

Di sini mimpi bermula,
Diseri pelbagai ragam dan warna,
Selalu jadi rindu...
Indah....

MOGA UKHUWAH INI SENTIASA DALAM REDHA ALLAH SWT...
UKHUWAH FILLAH ABADAN ABADA

Tuesday, December 6, 2011

GANJARAN HEBAT DARI ALLAH

“Dan belanjakanlah ( dermakanlah ) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada kamu sebelum sampai ajal
maut seseorang dari kamu, ( kalau tidak ) maka ia ( pada saat itu ) akan merayu dengan berkata : Wahai
Tuhanku! Alangkah baiknya jika Engkau lambatkan kedatangan ajalku sekejap lagi, supaya aku dapat bersedekah
dan dapat pula aku menjadi dari orang yang soleh” ( Al-Munafiquun : 10 )
PERBANDINGAN SEDEKAH MENURUT AL-QURAN
"Bandingan pemberian orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, sama seperti sebiji benih yang tumbuh mengeluarkan tujuh tangkai, setiap tangkai itu mengandungi 100 biji. Dan ingatlah, Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan Allah Maha Luas ( rahmatNya ) lagi meliputi ilmu pengetahuanNya". ( AlBaqarah : 261 )

DIPANJANGKAN UMUR & MENCEGAH AJAL YANG BURUK
Maksud sabda Rasulullah saw : "Sesungguhnya sedekah seseorang muslim itu memanjangkan umur dan mencegah dari mati dalam keadaan buruk dan Allah Taala pula menghapuskan sikap sombong dan membangga diri si penderma dengan sebab sedekahnya"( H.R. Tabrani )


MENOLAK BALA BENCANA
Maksud sabda Nabi saw : "Segeralah kamu bersedekah, kerana bala
bencana itu tidak dapat melangkahi sedekah" ( H.R Al-Baihaqi )

SELAGI PELUANG MASIH ADA…
Dari Abu Hurairah r.a katanya : Seorang lelaki menghadap Rasulullah saw lalu bertanya : Wahai Rasulullah! Sedekah mana satu yang lebih besar ? Nabi saw menjawab : Engkau bersedekah ketika sihat dan sangat sayangkan hartamu; ketika engkau takutkan kepapaan dan berharap hendakkan kaya-raya. Janganlah engkau bertangguh untuk bersedekah, sehingga apabila nyawa sampai ke kerongkong, barulah engkau berkata : Aku mahu bersedekah untuk si anu.. sekian untuk si anu dan sekian lagi untuk si anu ( H.R Al-Bukhari )

Petikan dari buku : Duka Acheh Luka Kita Susunan Riduan Mohd Noor. Cetakan 2005

Sunday, December 4, 2011

kenangan itu bertandang..

Alhamdulillah...terima kasih ALLAH kerana memilih kami untuk terus menghembus nafas hingga saat ini...
nikmat yang ALLAH berikan sepanjang kita hidup ini, sama2 lah kita terus memburu pahala sebagai bekal di akhirat sana dengan berpuasa sunat di bulan Muharram

ن ابن عباس رَضِيَ اللَّهُ عَنهُ أن رَسُول اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيهِ وَسَلَّم صام يوم عاشوراء وأمر بصيامه. مُتَّفّقٌ عَلَيهِ

Dari Ibnu Abbas -radhiyallahu ‘anhuma-, “Bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam berpuasa pada hari ‘Asyura dan memerintahkan untuk berpuasa padanya”. (Muttafaqun ‘Alaihi

selamat beramal kerana ALLAH SWT buat semua...
Namun, di sebalik puasa sunat asyura ini..tersingkap satu kenangan terhadap....

yang indah itu kenangan..
meriah satu kampung dari pagi hingga ke petang untuk sm2 memasak bubur asyura ini..
ikatan tali persaudaraan Islam semakin erat..

namun, yang tinggal hanya kenangan..
kenangan yg pastinya takkan luput dalam ingatan...dalam jiwa seorang perantau...
moga ku dapat merasai lagi suro ni...sedap sngoti...
sape2 hok duk klate tu, tulungla pos laju ko ambo...

ambo anok kelate..^ ^

Thursday, December 1, 2011

Kiasan Cinta..

cinta..
bukan mengajar kita lemah
tetapi membangkitkan kekuatan di kala kepayahan

cinta...
bukan mengajar kita menghinakan diri
tetapi menghembuskan kegagahan
cinta..
bukan melemahkan semangat
tetapi membangkitkan semangat

Ingatlah cinta dan perasaan bukan utk dipersendakan
kerana ia bermain dengan jiwa

jika jiwa rapuh dan goyah
maka rapuhlah ia bersama-sama dengan cintanya

JIka jiwanya kuat dan tabah
pasti dia akan merangkak mencari cinta
dalam naungan redha Pencipta
Imam Ibnu Qayyim Al-Jauziyyah menulis dalam kitabnya yang berjudul Raudhah Al-Muhibbin Wa Nuzhah Al-Musytaqin (Taman Orang-orang yang Jatuh Cinta dan Memendam Rindu), hadis yang dimaksudkan adalah :

Tidak ada yang boleh dilihat (lebih indah) oleh orang-orang yang saling mencintai seperti halnya pernikahan”

HR. Ibnu Majah no. 1847 dan al Hakim dalam al Mustadrak 2/147, dishahihkan oleh al Hakim dan disepakati oleh adz Dzahabi. Al Bushiri dalam Mishbah az Zujajah 2/94 mengatakan bahwa isnad hadits ini shahih dan para perawinya tsiqat. Al-Albani mensahihkannya di dalam Sahih Ibn Majah, hadith-1497)

Monday, November 28, 2011

ALLAH selamatkan kami..


tanggal 1 muharram 1433, genaplah setahun umur Syahadah Syahid
moga dia & tuannya sentiasa dlm lindungan ALLAH SWT
terselamat dari segala bahaya dan kemalangan...

buat Syahadah Syahid...moga sentiasa tabah, sabar dan kuat menempuhi perjalanan hidup yg mencabar..

Friday, November 18, 2011

Jemput datang ya..

Sempena Maal Hijrah 1433,Pejabat Pentadbiran Pusat Zon 3 JAWI, Masjid As Syakirin KLCC & Nisa` WP menjemput muslimin dan muslimat ke SAMBUTAN MAAL HIJRAH 1433H

jom beramai2 meriahkan
bawak adik2, anak2, kakak2, abg2, pakcik2, makcik2, ayah, emak, nenek, datuk, sepupu ke program ini..

26/11/2011, Sabtu
bermula 6.30 ptg hingga 11 malam
Bacaan Yasin & Bacaan Doa akhir tahun
Bacaan Doa Awal Tahun, Solat Maghrib, Jamuan Makan, Solat Isyak
TALKSHOW MAAL HIJRAH
KONSERT NASYID

27/11/2011, Ahad
Qiyamullail, KULIAH SUBUH
SEMINAR PERUBATAN ISLAM
PROGRAM SUKANEKA, MEWARNA, MELUKIS & INDOOR GAMES

# penyertaan seminar perubatan Islam hanya terhad kepada 100 muslimin dan 50 orang muslimat sahaja
Untuk mendaftar :
Hubungi segera : 019-2782818 (nor syam) & 019-2076759 (yani)

P/S :
MASUK ADALAH PERCUMA
MAKANAN DISEDIAKAN
* DIJEMPUT SEMUA UNTUK IKTIKAF DI MASJID

SAMA2 KITA MEMERIAHKAN RUMAH ALLAH SWT INI..INSYAALLAH

Thursday, November 17, 2011

anak?

inbox(1)
Salam Nor Aziyati Binti Ashary
SYOKNYA CUTI SEKOLAH SUDAH TIBA!! KOLEKSI MENARIK SEMPENA CUTI SEKOLAH DAN MUSIM KAHWIN.

dalam hati : mesti nak promote apa2 ni...siap guna nama penuh tu...next =)

Di kesempatan ini, kami ingin mengucapkan selamat bercuti dan berseronok bersama keluarga tersayang. Harapan kami, apabila bercuti ke tempat-tempat menarik nanti, hati-hati di jalan raya. Keselamatan semua harus dijaga. Semoga perjalanan percutian berjalan dengan lancar.

ayat sastera orang berniaga..standard chartered...

Nor Aziyati Binti Ashary dah buat persiapan untuk mengisi masa lapang anak-anak ketika bercuti ke? Apa kata langgan portal MYSTORMKIDS untuk anak Nor Aziyati Binti Ashary. Insyaallah mereka pasti suka dan teruja!! Yang menariknya tentang portal MYSTORMKIDS ni, ada macam-macam koleksi permainan dalam “gamespot”. “Games” yang ada ni dapat menguji minda anak-anak dengan persembahan yang menarik. Selain tu, ada seksyen “buddies” di mana, anak Nor Aziyati Binti Ashary boleh berkawan dan berbincang.

setakatni sy tak tefikir lagi la..insyaALLAH sampai masa sy baru fikir ya..
cuma duk pikir....cuti tahunan sy dah habis....camne nakpi jumpa pak hakim & lawyer nanti..??
Pendek kata, macam-macam ada!! Harap Nor Aziyati Binti Ashary tidak lepaskan peluang untuk langgan MYSTORMKIDS ni. Cuba klik link ini....

p/s :
susah2 je emel kat saya..
insyaallah setakat ni sy ada 8 anak..anak tekak + 7 org anak saudara..
apapun, slmt maju jaya ya STORM READERS! saya jadi ahli beku je....
sape ada anak2 leh la join MYSTORMKIDS ni ya..
http://www.youtube.com/user/StormreadersTV#p/u/71/tvHtTKF0_pg

Tuesday, November 15, 2011

Berjalan Tanpa Henti..OKT 20

Bagaikan jauh jalan yang kutempuh
Langkah demi langkah akan kugagah
Hari demi hari berjalan tanpa henti
Yakinku ada sinar yang menentu
Kalau dah bertemu arah
Yakin penuh pasrah
mahkamah dunia semata-mata..

PadaNya Yang Kuasa dikau berserah
Jika kau rebah jika kau kalah
Bersaksilah rahmatNya akan terserlah
Segala kepahitan segala keperitan
Terima bagai penghapus dosa
Malang yang menimpa duka yang melara
Mungkin di baliknya ada bahagia
keratan akhbar 28/1/2008

Jangan jangan berputus asa
Dari rahmat Yang Maha Esa
Jangan jangan kita lupa
Ujian lumrahnya dunia......

iringan lagu nasyid yang mendidik jiwa...
4 tahun menyaksikan kelembapan dan kezaliman sistem perundangan Malaysia...
semoga ALLAH mengurniakan ketabahan, kesabaran kpd semua OKT PROTES 2008
pesan pada hati...
" Jika Takut Pada Cabaran..Usah Kau bicara Soal Perjuangan!"

Wednesday, November 2, 2011

Rebut peluang beribadah di bulan Zulhijjah..^ ^

Bulan Zulhijjah memang terkenal dengan bulan utk para umat Islam menunaikan haji dan mengamalkan ibadah korban..
namun, jangan biarkan bulan ini berlalu begitu sahaja, kerana ada ibadah lain yang perlu kita rebut peluang untuk menambah pahala...

1) Berpuasa
Berpuasa pada hari-hari Zulhijjah atau sekadar kemampuannya – terutamanya pada hari ‘Arafah – . Tidak dinafikan bahawa puasa adalah di antara amalan yang terbaik dan ianya adalah pilihan Allah Ta’ala sendiri sebagaimana yang dinyatakan di dalam sebuah hadith qudsi :

“Puasa itu adalah bagiKu dan Akulah yang membalasinya, dia meninggalkan keinginan nafsunya, makanan dan minumannya semata-mata keranaKu”.

Dari Abu Sa’id al Khudri Radhia Allah ‘anhu berkata : ‘Rasulullah Salla Allah ‘alaihi wa sallam bersabda :

“Tiada seorangpun yang berpuasa pada satu hari di jalan Allah melainkan Allah menjauhkan dengan puasanya itu mukanya dari api neraka sejauh tujuh puluh tahun” (muttafaq ‘alaih).

Imam Muslim Rahimahullah meriwayatkan dari Abi Qatadah Radhia Allah ‘anhu bahawa Rasulullah Salla Allah ‘alaihi wa sallam bersabda :

“Puasa pada hari ‘Arafah, saya mengharap Allah akan menghapuskan (dosa) setahun yang lalu dan setahun yang mendatang”.

2) Takbir (Allahu Akbar) dan berzikir padanya, firman Allah Ta’ala yang bermaksud :
“(Dan supaya mereka menyebut nama Allah pada beberapa hari yang termaklum)”,
para ‘Ulama menyarankan supaya diperbanyakkan berzikir pada hari-hari tersebut sebagaimana mafhum hadith Ibnu ‘Umar Radhia Allah ‘anhuma yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad Rahimahullah, di antaranya :

“Oleh kerana itu perbanyakkanlah padanya tahlil (La Ilaha Illa Allah) , takbir (Allah Akbar) dan tahmid (Alhamdu Lillah)”.

Disyari’atkan bertakbir pada beberapa hari yang mulia itu pada waktu siang atau malam terutama selepas menunaikan fardu solat lima waktu yang dikerjakan secara berjamaah. Bagi mereka yang tidak menunaikan ‘ibadah haji, takbir bermula dari waktu subuh hari ‘Arafah (9 Zulhijjah) dan bagi yang menunaikannya takbir bermula pada waktu Zohor hari raya haji (10 Zulhijjah), kesemuanya berakhir sehingga waktu ‘Asar pada hari ketiga belas (13) Zulhijjah.


3) Bertaubat dan meninggalkan segala ma’siat dan dosa, semoga dengan amalan baik dapat mencapai keampunan dan rahmat Allah. Ini kerana ma’siat adalah punca kepada jauh dan terhindarnya seorang hamba dari rahmat Allah manakala ketaatan pula adalah punca dekat dan kasihnya Allah kepadanya.

Semoga ALLAH memberi kekuatan kepada kita untuk mujahadah dan terus berusaha meningkatkan amalan kita...kerana dunia ini hanya persinggahan....
persinggahan dalam mencari bekal pahala untuk di bawa di akhirat kelak dengan rahmat ALLAH SWT..

SELAMAT BERAMAL
SALAM AIDILADHA
TINGKATKAN PENGORBANAN UNTUK TERUS BERSAMA ISLAM

Monday, October 17, 2011

MAHARNYA ..BAI`AH UNTUK MATI FISABILILLAH

Perkahwinan pertama Sayyedah Zainab Al Ghazali diakhiri dengan perceraian setelah 2 tahun hidup sebagai suami isteri kerana hala perjuangan tidak sehaluan apabila suami beliau Syekh Muhammad Hafiz Al Sudani (pakar Ilmu Syariah dan Syekh Torikat Al Tijaniyyah) bertegas dengan pendiriannya menghalang Zainab Al Ghazali untuk meneruskan perjuangan menentang Kerajaan Thogut ketika itu.

Perkahwinan kedua beliau dengan Al Hajj Muhammad Salim Salim. Apabila bakal suami beliau bertanya apakah mahar yang dimintanya, beliau menyatakan bahawa mahar yang akan menyempurnakan perkahwinan mereka ialah Bai`ah untuk Mati Fi Sabilillah..bila ditanya bai`ah dengan siapa?..beliau menjawab: Al Syahid Hassan Al Banna..apabila tiba masa bai`ah nanti.. maka ketka itu jiwa dan rohku berada dalam genggaman, bukan dimiliki oleh suamiku dan tidak dimiliki oleh aku sendiri..tetapi dimiliki oleh Allah SWT yang kerana Allahlah aku berbai`ah kepada Al Syahid Hassan Al Banna..sekiranya Tuan bersetuju..saya menerima Tuan ..Mahar dan semua hantaran perkahwinan adalah dengan Bai`ah ini..

Apabila berlaku pertembungan di antara urusan peribadi dan perniagaanmu dengan kerja-kerja dakwahku, dan hidup berumahtangga menjadi penghalang kepada aktiviti dakwah dan menegakkan daulah Islam, maka ketika itu..Perpisahaan adalah jalannya..aku tidak menuntut agar engkau mengiringiku dalam jihad ini..

tetapi aku berhak untuk meletakkan syarat bahawa usah menghalang aku untuk berjuang di jalan Allah..dan hendaklah engkau meletakkan kethiqahan di antara kita..iaitu di antara seorang lelaki yang bersetuju berkahwin dengan wanita yang menyerahkan dirinya untuk jihad Fi Sabilillah dan megakkan Daulah Islamiyah..

Al Hajj Salim menangis terharu dengan pendirian Zainab Al Ghazali dan berkata:
Aku tawarkan engkau dengan dunia..tetapi engkau balas dengan Bai`ah untuk mati Fi Sabilillah!

Demi Allah Sesungguhnya Aku berbai`ah dengan Nama Allah, sekiranya Allah memberi kekuatan untuku bersamamu dalam bai`ah dan jihad ini..aku sekali-kali tidak akan mengingkarinya..Maka Aku berbai`ah dengan Al Syahid Hassan Al Banna..
Dengan bai`ah ini..maka sempurnalah mereka diijab qabulkan sebagai suami isteri pada tahun 1950. Ketika itu Sayyedah Zainab Al Ghazali berumur 18 tahun.

kredit to : Dayang Siti Noraini..

Wednesday, October 12, 2011

ameen ya ALLAH

Tuesday, September 27, 2011

Jemput datang ke Talkshow 9/10/2011

Thursday, September 22, 2011

7 sunnah penting

Dalam kehidupan sehari-hari ada kala kita mungkin telah melampaui batas. Imaginasi kotor, percakapan dan perbuatan yang tidak betul menjadikan kita selalunya semakin jauh dengan Allah. Tetapi itulah kita manusia, tak lari dari kesilapan..dan mujurlah Allah selalu membuka pintu taubat kepada kita, agar dapat kita meneruskan perjalanan menuju akhirat dengan lebih berkat. Hendaknya kita selalu menjaga tujuh sunnah Nabi setiap hari. Ketujuh sunnah Nabi SAW itu adalah:

Pertama:
Tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya. Pastinya doa mudah termakbul dan menjadikan kita semakin hampir dengan Allah.

Kedua:
Membaca Al-Qur'an sebelum terbit matahari, alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur'an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman. Paling tidak jika sesibuk manapun kita, bacalah ayat 3Qul, atau ayat qursi.

Ketiga:
Jangan tinggalkan masjid terutama di waktu subuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke mesjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.

Keempat:
Jaga sholat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha. Yakinlah, kesan solat dhuha sangat dasyat dalam mendatangkan rezeki.

Kelima:
Jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari. Percayalah, sedekah yang diberikan akan dibalas oleh Allah berlipat kali ganda.

Keenam:
Jaga wudhu terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, "Orang yang selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah".

Ketujuh:
Amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.

Zikir adalah bukti syukur kita kepada Allah. Bila kita kurang bersyukur, maka kita kurang berzikir pula, oleh kerana itu setiap waktu harus selalu ada penghayatan dalam melaksanakan ibadah ritual dan ibadah ajaran Islam lainnya. Zikir juga merupakan makanan rohani yang paling bergizi, dan dengan zikir berbagai kejahatan dapat ditangkal sehingga jauhlah umat manusia dari sifat-sifat yang berpangkal pada materialisme dan hedonisme.

Sebarkanlah ilmu ini, dan anda tidak akan rugi sedikitpun, sebarkan, semoga ianya memberi manfaat pada semua

Monday, September 12, 2011

Istiqamahkan Hatimu...

Imam al-Qurtubi berkata, “Hati yang istiqamah adalah hati yang sentiasa lurus dalam ketaatan kepada Allah, baik berupa keyakinan, perkataan, maupun perbuatan, hati yang istiqamah adalah jalan menuju kejayaan di dunia dan keselamatan dari azab akhirat. Hati yang istiqamah akan membuat seseorang dekat dengan kebaikan, rezekinya akan diluaskan dan akan jauh dari hawa nafsu dan syahwat.

Dengan hati yang istiqamah, malaikat akan turun untuk memberikan keteguhan dan keamanan serta ketenangan dari ketakutan terhadap azab kubur. Hati yang istiqamah akan membuat amal diterima dan menghapus dosa.”

Ada banyak cara untuk memikili hati yang istiqamah ini, antaranya;
1. Meletakkan cinta kepada Allah di atas segala-galanya. Ini adalah persoalan yang tidak mudah dan memerlukan usaha yanh gigih kerana, dalam kehidupan sehari-hari kita sering mengalami pertembungan antara kepentingan Allah dan kepentingan makhluk, Apabila dalam kenyataanya kita lebih mendahulukan kepentingan makhluk, maka itu pertanda bahwa kita belum meletakkan cinta Allah di atas segala-galanya.

2. Membesarkan perintah dan larangan Allah. Membesarkan perintah dan larangan Allah harus dimulai dari membesarkan dan mengagungkan pemilik perintah dan larangan tersebut, yaitu Allah. Membesarkan perintah Allah di antaranya adalah dengan menjaga waktu salat, melakukannya dengan khusyu, memeriksa rukun dan kesempurnaannya serta melakukannya secara berjamaah.

3. Sentiasa berzikir kepada Allah kerana itulah perintah Allah dan Rasul-Nya sebagaimana yang disebutkan dalam hadis qudsi Allah berfirman,
قَالَ مَنْ ذَكَرَنِي فِي نَفْسِهِ ذَكَرْتُهُ فِي نَفْسِي وَمَنْ ذَكَرَنِي فِي مَلَإٍ مِنْ النَّاسِ ذَكَرْتُهُ فِي مَلَإٍ أَكْثَرَ مِنْهُمْ وَأَطْيَبَ
Maksudnya;“Barangsiapa yang mengingat-Ku di dalam dirinya, maka Aku akan mengingat-Nya dalam diri-Ku. Dan barang siapa yang mengingat-Ku dalam keramaian, maka Aku akan mengingat-Nya dalam keramaian yang lebih baik darinya

4. Mempelajari kisah orang-orang saleh terdahulu supaya kita boleh mengambil pelajaran dari mereka. Bagaimana kesabaran mereka ketika menghadapi ujian yang berat, kejujuran mereka dalam bersikap, dan keteguhan mereka dalam mempertahankan keimanan. Sebagaimana firman Allah ,
لَقَدْ كَانَ فِي قَصَصِهِمْ عِبْرَةٌ لِأُولِي الْأَلْبَابِ مَا كَانَ حَدِيثًا يُفْتَرَى وَلَكِنْ تَصْدِيقَ الَّذِي بَيْنَ يَدَيْهِ وَتَفْصِيلَ كُلِّ شَيْءٍ وَهُدًى وَرَحْمَةً لِقَوْمٍ يُؤْمِنُونَ
Maksudnya; Sesungguhnya pada kisah-kisah mereka itu terdapat pengajaran bagi orang-orang yang mempunyai akal. al-Qur’an itu bukanlah cerita yang dibuat-buat, akan tetapi membenarkan (kitab-kitab) yang sebelumnya dan menjelaskan segala sesuatu, dan sebagai petunjuk dan rahmat bagi kaum yang beriman. (Yusuf: 111).

رَبَّنَا لَا تُزِغْ قُلُوبَنَا بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَنَا وَهَبْ لَنَا مِنْ لَدُنْكَ رَحْمَةً إِنَّكَ أَنْتَ الْوَهَّابُ

Jodoh itu ketentuan Ilahi...

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang

Hari yang berlalu pergi, terlalu berharga buat diri
Hari berganti hari. Siang malam silih berganti. Hatta musim berlalu pergi. Itulah sunnah alam ini. Justeru, kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Illahi kerana masih diberi peluang menambah bekal sebelum dijemput ke ‘daerah abadi’. Sekejap sungguh masa berlalu. Moga Allah menilai setiap detik dengan belas rahmat-Nya.

Adanya ikatan, maka bermulalah cinta...

Konsep cinta menurut perspektif Islam adalah cinta kita kepada Allah iaitu mahabatullah iaitu kita menjalankan perintah Allah dan meninggalkan larangan-Nya. Cinta terbahagi kepada dua iaitu cinta makhluk kepada Pencipta dan cinta makhluk sesama makhluk atau dalam erti kata lain cinta sesama manusia. Bahkan cinta sesama manusia itu juga banyak tahapan dan semestinya harus disandarkan kepada Allah. Cinta antara bani adam dan hawa seharusnya diurus dengan kaca mata syarak. Apa yang Allah cipta tiada satu pun yang sia-sia.

Dan segala sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingat kebesaran Allah.

(Surah Az-Zariyat : 49)

Mari kita renungi sebentar ayat 1 Surah An-Nisa’ untuk mengingatkan diri akan hakikat penciptaan diri dan kelangsungan manusia di muka bumi

“Wahai manusia, bertakwalah kepada Rabb kalian yang telah menciptakan kalian dari jiwa yang satu, dan Dia menciptakan daripadanya pasangannya, dan memperkembang-biakkan dari mereka berdua laki-laki dan perempuan yang banyak. Maka bertakwalah kepada Allah yang beserta-Nya kalian saling meminta satu sama lain, dan juga saling mengikat dalam kasih sayang. Sesungguhnya Allah Maha Mengawasi kalian.

Maka kelangsungan manusia di muka bumi dirai. Sangat dirai oleh Islam dengan menganjurkan pernikahan. Cinta itu diikat dengan ikatan yang sah dan hanya disuburkan selepas ikatan terbina dan tiada noktah untuk dihidupkan.

Fitrah harus diurus, bukan dibiar ikut arus....

Perkahwinan itu sunnah. Perkahwinan itu indah. Maka jangan dinodai dengan sesuatu yang keji dan jangan pula dibiar nafsu yang mengapalai.

“Maka sesiapa yang membiarkan ikatan pertunangan dan era mudanya dicemarinya dengan 'ringan-ringan dan zina', ia membenihkan penyakit yang serius dalam hati. Tanpa taubat yang sebenar, Allah SWT akan membiakkan lagi peluang dan ruangnya untuk menjadi orang yang celaka, dan mendapat keluarga yang bakal runtuh, kecoh dan hancur. Kelaurga yang amat berpotensi melahirkan suami yang bermain kayu tiga, isteri bercinta dan zina dengan rakan sekerja, anak yang menjadi penzina muda di sekolah dan lain-lain bencana keluarga yang pastinya diakhiri dengan penceraian dan penderitaan anak-anak. Matinya si ibu bapa ini kelak, mungkin diiringi dengan celaan atau sorakan oleh anak-anak peninggalannya.” (1) UZAR

Maka, beringatlah wahai diriku dan teman-temanku.

Merisik – antara cara mengurus cinta
Jika benar Sang Adam yakin si gadis untuk dirinya, usahlah teragak-agak. Segeralah. Gunakanlah jalan selamat lagi diredhai Allah. Dalam urusan jodoh laksanakanlah sebagaimana yang syarak anjurkan dengan jalan istkharah dan berbincang. Jika sudah serasi ambillah langkah yang diizinkan Allah iaitu berkhitbah (bertunang) dan saling setia pada janji yang dibina. Jika pinangan anda ditolak usah kecewa kerana untuk mendapatkan sesuatu yang istimewa sudah pasti jalannya berliku dan penuh cabaran. Usah malu dan putus asa teruskan berusaha. Jodohmu pasti ada.

“Sesungguhnya di antara keberkatan wanita ialah kemudahan peminangannya dan kemudahan maharnya.”

(HR Ahmad)
Buat si gadis pula, ambillah masa untuk berfikir sedalamnya. Jika ditolak kerana alasan tidak bersedia. Maka tidakkah terfikir olehmu apa gunanya fatrah bertunang. Bukankah itu platform untuk anda bersiapkan diri? Kaum Adam pasti tidak mengemari jawapan anda, jika hanya berkata “Saya belum bersedia!”

Bertunang fatrah emas dan cemas

Jika sudah mengambil keputusan, sudah terubat segala kerisauan dan tertanam kukuh sebuah keyakinan maka laksanakanlah khitbah. Perlaksanaan khitbah dalam Islam ada pelbagai cara sebagaimana dicontohi dalam sirah (2)*

1. Khitbah melalui keluarga si gadis
2. Khitbah dengan menyampaikan secara langsung kepada si gadis bukan walinya
3. Khitbah si gadis kepada lelaki soleh melalui orang tua atau kerabat atau dirinya sendiri
4. Khitbah secara sindiran semasa iddah

Justeru, gunalah saluran-saluran yang ada (keluarga, orang tengah dan baitmuslim). Wanita punya maruah dan sifat malu dan lelaki pula selaku penjemput anda juga ada harga diri dan sikap ‘kelakian sejati’. Menjemput wanita biarlah kena cara.

Khitbah. Inilah tempoh emas untuk keduanya mengenali hati budi masing-masing, berkongsilah apa yang dirasakan mustahak.

Inilah juga tempoh cemas, kerana banyak persiapan dan persediaan yang keduanya perlu lakukan. Dan tempoh ini jugalah pelbagai cubaan dan dugaan biasanya bertamu. Tempoh itu sesungguhnya amat menguji. InsyaAllah jika kita memahami tujuan tertubuhnya sebuah ikatan rasmi, Allah akan permudahkan.

Harapanku, harapanmu jua....

Harapan Sinar, semoga Allah ukirkan takdir yang terindah untuk semua. Buat yang selalu berkongsi cerita, moga Allah mudahkan perjalananmu. Buat yang masih gelisah akan jodoh tak kunjung tiba, nasihatku bersabarlah. Allah masih memberi peluang untuk kita memanfaatkan masa muda ini dengan mengapai cita-cita seindah pelangi. Akhirul kalam, sama-sama mendidik diri supaya mampu memberi komitmen yang sebaiknya jika melangkah ke alam baru. Usah dirisau jika tiada, kerana Allah tahu apa yang terbaik untukmu. Jika jodohmu tidak di dunia, di syurga sana pasti ada..

*(1) Ustaz Zaharuddin

*(2) Fatimah Syarha dalam artikel Seruan Buat Si Belangkas

*(3) http://mukshim.blogspot.com/

Sunday, September 11, 2011

Lambaian Kaabah..


Ya ALLAH..izinkanlah hamba Mu ini ke sana..
permudahkanlah ya ALLAH..
murahkan rezekiku ya ALLAH...

Misi 1433H

Sunday, September 4, 2011

Salam Kemenangan, Salam Aidilfitri

Alhamdulillah..ALLAH memanjangkan umur kita...memberi nafas dlm menjalani Ramadhan selama sebulan...Moga Ramadhan yang telah kita lalui mentarbiyyah kita untuk terus bertaqarrub pada Allah S.W.T dan juga untuk terus bersama Islam hingga akhir hayat....

Sesungguhnya Ramadhan yang bakal telah meninggalkan kita, pasti akan dirindui dan doakanlah moga kita semua masih terpilih oleh Allah untuk bertemu Ramadhan di masa akan datang.

Raikanlah kemenangan di hari Syawal.Kemenangan dan kesyukuran yang tidak terhingga kepada Yang Maha Agung kerana memilih kita menjalani ibadah di bulan Ramadhan.
Pentarbiyyahan Ramadhan yang kita alami barangkali menjadikan kita seorang hamba lebih baik dari yang sebelumnya atau sebaliknya.Hanya kita yang tahu sejauh mana iman kita, iman yang kadang-kadang berkurang, kadang-kadang bertambah, dan Allah Yang Maha Mengetahui untuk menilai segalanya....Yang penting keikhlasan hati kita dalam beribadah kepada Nya...

Akhir kalam, ana ingin mohon maaf&salam aidilfitri kepada semua sahabat-sahabat seperjuangan, sanak saudara, teman-teman di alam maya yang sudi ziarah blog ana ini.Andai tersalah kata, tersilap bicara, maafkan ana.

Moga Redha Allah bersama kita.Insyaallah.

Thursday, August 18, 2011

Ramadhan yang bakal pergi............

Di 10 malam terakhir dibulan Ramadhan merupakan kemuncak kepada amalan-amalan yang dilakukan dibulan Ramadhan. Jangan dibiarkan malam-malam ramadhan berlalu pergi tanpa mengharap keampunan dan pelepasan dari azab neraka dari Allah S.W.T.
Sifat Rasulullah saw apabila berada di 10 yang akhir bulan Ramadhan.

عن عائشة قالت كان رسول الله ( صلى الله عليه وسلم ) إذا دخلت العشر الأواخر من رمضان أيقظ أهله وأحي الليل وشد المئزر
Maksudnya; Apabila masuk 10 terakhir bulan Ramadhan, Rasulullah saw membangunkan ahli keluarganya, menghidupkan malam dan mengikat kainnya (iaitu mengasingkan diri dari isterinya )

كَانَ النَّبِيُّ صلى الله عليه وسلم يُوقِظُ أَهْلَهُ فِي الْعَشْرِ الأَوَاخِرِ مِنْ رَمَضَانَ ، وَيُشَمِّرُ فِيهِنَّ.
Maksudnya; Nabi akan membangunkan ahli keluarganya pada 10 terakhir bulan Ramadhan dan bersungguh-sungguh padanya.

عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ : كَانَ رَسُولُ اللهِ صلى الله عليه وسلم يَجْتَهِدُ فِي الْعَشْرِ اجْتِهَادًا ، لاَ يَجْتَهِدُه فِي غَيْرِهِ
Maksudnya; Rasulullah saw bersungguh-sungguh dalam beribadat pada 10 terakhir bulan Ramadhan, kesungguhan yang tidak pada waktu yang lain.
Mengapa kesungguhan itu melebihi dari kesungguhan di sepuluh yang terakhir bulan Ramadhan? Kerana anugerah Allah yang sangat besar iaitu malam lailatul qadar, malam yang lebih baik dari seribu bulan.

Firman Allah swt:

إِنَّا أَنْزَلْنَاهُ فِي لَيْلَةِ الْقَدْرِ وَمَا أَدْرَاكَ مَا لَيْلَةُ الْقَدْرِ لَيْلَةُ الْقَدْرِ خَيْرٌ مِنْ أَلْفِ شَهْرٍ تَنَزَّلُ الْمَلَائِكَةُ وَالرُّوحُ فِيهَا بِإِذْنِ رَبِّهِمْ مِنْ كُلِّ أَمْرٍ سَلَامٌ هِيَ حَتَّى مَطْلَعِ الْفَجْرِ .
Maksudnya; Sesungguhnya kami Telah menurunkannya (Al Quran) pada malam kemuliaan. Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu? Malam kemuliaan itu lebih baik dari seribu bulan. Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibril dengan izin Tuhannya untuk mengatur segala urusan. Malam itu (penuh) kesejahteraan sampai terbit fajar.

Sabda Nabi saw;

عَنْ عَائِشَةَ ، أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، قَالَ : تَحَرَّوْا لَيْلَةَ الْقَدْرِ فِي الْوِتْرِ مِنْ عَشْرِ الأَوَاخِرِ مِنْ شَهْرِ رَمَضَانَ
Maksudnya; Carilah malam lailatul qadar pada hari-hari yang ganjil di sepuluh terkakhir bulan ramadhan.
Amalan di 10 terakhir Ramadhan ialah dengan menghidupkan malam ( qiamullail ) dengan melakukan amalan berikut
1. Beriktikaf di masjid.
2. Berzikir
3. Bertasbih
4. Bertahmid
5. Istighfar
6. Membaca al-Quran.
7. Sembahyang sunat khususnya solat Tarawih dan solat Tahajjud dan solat-solat sunat yang lain.

Salam Menuju Redha Allah S.W.T.Insyaallah

Kenali Hati, Rasai hati, Hidupkan hati, Suburkan Hati, Tenangkan Hati, Insyaallah Kebahagiaan dimiliki......

Usrah Rasa Hati

Tuesday, August 9, 2011

Mendamba Maghfirah Mu di Pertengahan Ramadhan..

Alhamdulillah....syukur ke hadrat Ilahi kerana kita masih lagi berpeluang bersama Ramadhan yang mulia.Dalam perjalanan Ramadhan kali ini, kita berada di peringkat pertengahan bulan Ramadhan, tempoh keampunan dari Allah swt. Marilah kita sama-sama mempertingkatkan amal ibadah kita semoga keampunan Allah bersama kita semua.

Sebagai manusia biasa, terlalu banyak dosa dan kesalahan yang kita lakukan, samada dosa terhadap Allah swt mahupun dosa sesama manusia, samada dosa berkaitan hati atau perbuatan kita.
Mengapa kita mendambakan keampunan Allah ?

Manusia yang sering melakukan dosa terlalu mendambakan maghfirah Allah swt kerana;
1. Mendapatkan keredhaan Allah swt kerana dengan keredhaan Allah itulah kejayaan yang sebenar.

رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمْ وَرَضُوا عَنْهُ ذَلِكَ الْفَوْزُ الْعَظِيمُ
Maksudnya; Allah meredhai mereka dan mereka menerima Allah sebagai Tuhan, demikian itu adalah kemenangan yang besar.

2. Menghapuskan dosa-dosa yang telah dilakukan. Hanya dengan keampunan yang diberikan oleh Allah dapat menghapuskan dosa-dosa yang telah dilakukan.

وَلْيَعْفُوا وَلْيَصْفَحُوا أَلَا تُحِبُّونَ أَنْ يَغْفِرَ اللَّهُ لَكُمْ وَاللَّهُ غَفُورٌ رَحِيمٌ
Maksudnya; Berikanlah keampunan.. kemaafan.. Tidakkah kamu suka agar Allah mengampunkan kamu ? Sesungguhnya Allah itu maha pengampun lagi memberi rahmat

3. Rasa hampir dengan Allah swt. Orang yang sentiasa mengharapkan keampunan Allah akan sentiasa menghampirkan diri kepada Allah swt.

وَالَّذِينَ إِذَا فَعَلُوا فَاحِشَةً أَوْ ظَلَمُوا أَنْفُسَهُمْ ذَكَرُوا اللَّهَ فَاسْتَغْفَرُوا لِذُنُوبِهِمْ وَمَنْ يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلا اللَّهُ وَلَمْ يُصِرُّوا عَلَى مَا فَعَلُوا وَهُمْ يَعْلَمُونَ
Maksudnya; Dan (juga) orang-orang yang apabila mengerjakan perbuatan keji atau menganiaya diri sendiri mereka ingat akan Allah, lalu memohon ampun terhadap dosa-dosa mereka dan siapa lagi yang dapat mengampuni dosa selain dari pada Allah? dan mereka tidak meneruskan perbuatan kejinya itu, sedang mereka Mengetahui

4. Merasai dan mengecapi kebahagian. Orang yang mendapat keampunan Allah, mendapat keredhaan Allah akan merasai kebahagiaan yang hakiki, didunia dan akhirat.

أُولَئِكَ جَزَاؤُهُمْ مَغْفِرَةٌ مِنْ رَبِّهِمْ وَجَنَّاتٌ تَجْرِي مِنْ تَحْتِهَا الْأَنْهَارُ خَالِدِينَ فِيهَا وَنِعْمَ أَجْرُ الْعَامِلِينَ
Maksudnya; Mereka itu balasannya ialah ampunan dari Tuhan mereka dan surga yang di dalamnya mengalir sungai-sungai, sedang mereka kekal di dalamnya; dan Itulah sebaik-baik pahala orang-orang yang beramal.

Usrah Rasa Hati...

Wednesday, July 13, 2011

MARHABAN YA RAMADHAN..

Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu. - Diriwayat oleh imam Nasai'e, Ibn majah, Ibn Habban dan Baihaqi- Salam Ramadhan buat semua sahabat-sahabat..
Semoga Ramadhan kali ini menambahkan lagi kecintaan dan keimanan kita pada Allah SWT...menambahkan lagi kerinduan kita kepada Nabi Muhammad SAW...
menambahkan lagi kekuatan kita dalam menegakkan agama allah di dunia yang bakal ke penghujungnya......INSYAALLAH

SELAMAT MENCARI KEBERKATAN DAN KERAHMATAN DI BULAN RAMADHAN
SELAMAT MENCARI REDHA ALLAH
SELAMAT BERIBADAH

Monday, July 11, 2011

Jom sertai !

Monday, May 2, 2011

Syamail 39 :Cara Rasulullah saw tidur

Aisyah r.a meriwayatkan,

“Setiap kali hendak tidur pada malam hari,Rasulullah saw selalu menyatukan kedua tapak tangan beliau seraya membaca surah AL-Ikhlas,al-Falaq,dan An-Nas,kemudian beliau meniup kedua tapak tangan itu,beliau mengusap bahgian tubuh yang terjangkau,dimulai dari kepala,wajah,lalu bahgian depan tubuh beliau.Hal itu beliau lakukan tiga kali.”

(Riwayat Tirmidzi,Bukhari,Anu Dawud,Ibnu Majah,Ahmad, dan Nasa’i)

[Dipetik dari Buku Syamail Muhammad s.aw karangan Imam Al-Tirmizi ]

Sunday, April 10, 2011

TALKSHOW KEMBALI LAGI!

Kau dan Aku ke syurga....
"Bukankah syurga dunia yang dibina mahu dilangsungkan hingga ke Syurga Sana...??"

TALKSHOW NISA' WP : "KAU & AKU KE SYURGA"
TARIKH : 23 APRIL 2011 (SABTU)
MASA : 2.00 PETANG - 5.00 PETANG
TEMPAT : DEWAN SEMINAR MASJID AS SYAKIRIN, KLCC

Panel :
1) Ustaz Fauzi Bin Mustafa (Pengacara Al Kuliyyah TV3, Duta Produk Jus Tok Guru)
2) Pn Qurratul Aein Fatah Yasin (Pensyarah UITM)

"SEMUA MUSLIMIN DAN MUSLIMAT DIJEMPUT HADIR"

Masuk adalah percuma !
Minum petang disediakan :)

Hubungi : 013-200 9426 (azi) @ 019-3424921 (durrah)

Tuesday, March 15, 2011

Warna kehidupan

"Langit tidak selalunya cerah, sulam malam tak berbintang, itulah lukisan alam, begitu aturan Tuhan,"

Indah lirik lagunya semerdu suara sang penyanyinya...

Kita perlu menerima bahawa suasana alam sentiasa berubah-ubah,ada kalanya ceria dan ada kalanya muram. Namun,adakah dengan berubahnya suasana alam,pendirian kita juga mesti berubah?(ertinya berubah daripada keinginan untuk mencapai matlamat kepada perasaan malas yang akan membinasakan diri sendiri)

Tahun baru Islam sudah beberapa bulan berlalu dan umur kita pula semakin meningkat,sedangkan apabila bertambahnya peningkatan umur maka jangka hayat kita hidup di dunia yang sementara ini semakin hari semakin singkat. Entah esok,entah lusa atau mungkin dalam masa satu saat lagi kita akan dijemput oleh-Nya untuk kembali pulang. Dan tiada sesiapa pun mampu menghindarkan diri daripada kematian sebagaimana firman Allah :

"Tiap-tiap jiwa akan merasai mati dan hanya makhluk jua yang mempunyai jiwa(roh atau dalam bahasa ilmu Ushuluddin dipanggil jauhar) dan roh adalah baru dijadikan-Nya daripada tiada kepada ada,maka yang mati hanya makhluk.Allah tetap Maha Hidup Kekal."

Dalam perjalanan hidup ini, terkadang kita merasa penat dan letih ditambah pula dengan perasaan duka yang melemahkan jiwa,apatah lagi jika apa yang kita inginkan tidak dapat dicapai? Pastinya perasaan sedih dan keputus asaan akan lahir dalam jiwa.

Namun adakah apa yang kita anggap baik untuk kita itu terbaik bagi Allah? Dan mengapa Dia tidak memperkenankan keinginan dan doa yang kita rasakan terbaik untuk kita?

Sebelum persoalan di atas dijawab, ada satu lagi persoalan utama yang perlu kita jawab dahulu.

Siapa yang menjadikan kita?

Pasti jawapannya adalah Allah; Tuhan Pencipta Alam. Jika Allah yang menciptakan kita, maka Dia tahu yang mana baik dan yang mana buruk untuk kita. Oleh yang demikian terjawabnya persoalan di atas. Sesungguhnya setiap kejadian yang berlaku pasti ada hikmah yang terkandung di sebaliknya kerana Allah yang menciptakan kita dan Dia tahu apa yang terbaik dan apa yang akan membinasakan hamba-Nya.
Allah berfirman:

"Mungkin kamu membenci sesuatu padahal itulah yang baik bagimu,dan mungkin kamu suka pada sesuatu padahal bahaya bagimu,dan Allah yang mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."(Surah Al-Baqarah:216)

Selagi sang bayu masih bertiup meskipun hembusan bayunya pilu dan mendukakan, selagi matahari masih memancarkan cahayanya meskipun kadangkala cahayanya suram seketika apabila dilitupi sang awan, kita perlu terus berjalan dan terus berusaha meskipun kita diuji dengan kegagalan, musibah dan ujian yang membuatkan air mata sentiasa mengalir. Teruskan perjalanan kita, insyaAllah selagi mana kita berusaha, berdo'a dan bertawakkal kepada Allah, pasti Dia akan membantu kita.

Sabar adalah sumber kekuatan dan teman sejati kita. Sayyidina Umar Al-Khattab pernah berkata:

"Jika engkau sabar, maka hukum Allah tetap berjalan dan engkau mendapat pahala,dan apabila engkau tidak sabar, tetap berlaku ketentuan Allah sedang engkau berdosa."

Ingatlah bahawa Allah tidak akan membebankan seseorang melainkan apa yang mampu ditanggung oleh hamba-Nya. Pasti setiap takdir yang kita lalui ini menunjukkan bahawa kita mampu menghadapinya.

Begitulah apa yang dihuraikan oleh Dr. Fadzilah Kamsah ketika menasihati seorang lelaki suatu waktu dahulu.

Dan teruskanlah penghijrahan kita ke arah kejayaan dan kegemilangan yang diredhai-Nya, moga-moga perjalanan kita pada tahun ini lebih baik dari tahun-tahun lalu.

Ketika peristiwa hijrah, generasi para kekasih Allah merasai keperitan, kesengsaraan dan kelaparan. Jika mereka yang paling dikasihi Allah itu pun terpaksa bersusah payah merancang dan berkorban demi mendaulatkan Islam, maka sudah tentu kita hari ini perlu bersedia untuk berkorban jika kita benar-benar mencintai agama kita.

I LUV ISLAM

Monday, March 7, 2011

Siapakah yang kelak menjadi imam dan makmumku??

Alhamdulillah....
Cinta adalah anugerah..
Cinta adalah fitrah..
Andai salah wasilah..
Cinta bisa menjadi barah..sesungguhnya cinta di antara lelaki dan perempuan itu adalah fitrah..namun apakah ia menjadi alasan dalam membenarkan perhubungan yang haram?

wallahua'lam..
andai mahukan seorang isteri yang tidak pernah bercouple, maka seorang lelaki itu juga tidak boleh bercouple...
andai mahukan seorang suami yang tidak pernah bercouple, maka seorang lelaki itu juga tidak boleh bercouple..

wallahua'lam..
andai mahukan seorang isteri yang tidak pernah "sms" pada lelaki yang haram baginya, maka seorang lelaki itu juga tidak boleh "sms" pada perempuan yang haram baginya..
andai mahukan seorang suami yang tidak pernah "sms" pada perempuan yang haram baginya, maka seorang perempuan itu juga tidak boleh "sms" pada lelaki yang haram baginya..

wallahua'lam..
dan sesungguhnya..Firman Allah S.W.T yang bermaksud :"dan wanita-wanita yang baik
adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk
wanita-wanita yang baik (pula)" (Surah An-Nur ayat 26)

aminn.....insya Allah..
wallahua'lam..

apakah seseorang lelaki itu boleh mengatakan kepada seorang perempuan "engkaulah isteriku", pada hal di antara mereka masih belum ada apa2 perhubungan yang sah, hanya "percintaan" yang haram sahaja..apakah seorang perempuan itu boleh mengatakan kepada seorang lelaki "engkaulah suamiku", pada hal di antara mereka masih belum ada apa2 perhubungan yang sah, hanya "percintaan" yang haram sahaja..

dan..sesungguhnya..
Firman Allah S.W.T yang bermaksud :"Dan tidaklah patut bagiseorang lelaki Muslim dan perempuan Mukmin apabila Allah dan RasulNya telah menetapkan satu ketetapan, akan ada bagi mereka pilihan (yang lain) tentang urusan mereka, dan sesiapa menderhakai Allah dan RasulNya maka sungguhlah dia telah sesat, sesat yang nyata" (surah Al-Ahzab ayat 36)wallahua'lam..

sesungguhnya..
jangan salahkan pada anak-anak nanti andai mereka juga bercouple kelak andai perhubungan suami isteri itu di dasarkan pada suatu perkenalan dan kaedah yang haram di sisi Islam...wal iyya dzubillah..

sesungguhnya...setiap buah yang cantik datangnya dari benih yang baik...
wallahua'lam..

andai mahukan kehidupan suami isteri yang bahagia dan diredhai Allah S.W.T, dan mempunyai anak2 yang comel dan soleh dan solehah, maka mulakanlah ia dengan kaedah yang halal...

sesungguhnya Islam itu mudah, namun mudah Islam adalah apabila engkau memudahkan dirimu dalam mengamalinya dengan sebenar-benarnya amalan..
wallahua'lam.

Firman Allah S.W.T yang bermaksud :
" Ya Tuhan kami,anugerahkanlah kepada kami pasangan kami dan keturunan kami sebagai
penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami pemimpin orang-orang
bertaqwa" (Surah Al-Furqan ayat 74)

amin..insya Allah..
wallahua'lam..

Tuesday, March 1, 2011

Sabarlah wahai hati....

Bila diuji, bersabarlah wahai hati.

Musibah datang dalam pelbagai cara. Musibah dan ujian merupakan tarbiyah daripada Allah bagi mereka yang celik hati dan akalnya.

Bila diuji, bagaimana penerimaan kita terhadap musibah tersebut? Apakah kita menerima ujian dari-Nya dengan hati yang terbuka, berlapang dada dan kembali muhasabah diri, memperbaiki kelemahan diri dan meningkatkan lagi amalan seharian..
Atau bagaimana?

Jarang sekali kita bersyukur dengan ujian yang diberikan. Sedangkan mungkin juga, ujian itu merupakan salah satu peringatan kepada kita, supaya kembali dekat kepada-Nya, agar perbanyakkan amalan kepada-Nya, menadah tangan bermohon doa kepada Dia.

Moga kita dijauhi dari api neraka dan dimasukkan ke syurga.

Kerana Dia kasihkan kita. Sekali-sekala Dia 'mengejutkan' kita dari lena yang panjang. Menyedarkan kita dari kealpaan dan kelalaian.

Kerana semuanya milik Dia. Dia memberi kepada sesiapa yang Dia ingini sebagaimana firman-Nya;

Sesungguhnya Rab (Tuhan)mu melapangkan rezeki kepada sesiapa yang Dia (Allah) kehendaki dan menyempitkannya; sesungguhnya Dia (Allah) terhadap hamba-hamba-Nya (Allah) adalah al-Khabir (Maha Mengerti), lagi al-Basir (Maha Melihat)." - [Surah Al-Israk:30]

Allah swt berfirman berfirman lagi dalam surah Al-Ankabut, ayat ke-2;

"Adakah manusia mengira, bahawa mereka akan dibiarkan saja, dengan mengatakan: Kami telah beriman, padahal mereka belum lagi mendapat cubaan?"

Diriwayatkan dari Anas bahwa Rasulullah bersabda;
Apabila Allah menghendaki kebaikan pada seorang hamba-Nya maka Dia menyegerakan hukuman baginya di dunia; sedang apabila Allah menghendaki keburukan pada seorang hambaNya maka Dia menangguhkan dosanya sampai Dia penuhi balasannya nanti di hari Kiamat. [Hadits riwayat At-Tirmidzi dan Al-Hakim]

Bersabarlah wahai hati, sesungguhnya Allah bersama dengan mereka yang sabar dan beriman kepada-Nya.

Allah berfirman lagi;

"Jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat sekali kecuali bagi orang yang khusyuk." - [Surah al-Baqarah:45]

"Wahai orang-orang yang beriman! Mohonlah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat. Sungguh,Allah beserta orang-orang yang sabar." - [Al-Baqarah:153]

Wahai hati, bersabarlah. Jangan berputus asa dan teruskanlah berjuang, mohonlah pertolongan dan perlindungan daripada Allah. Dan yakinlah bahawa cukuplah Allah sebagai penolong.

artikel: i luv islam.com

Sunday, February 13, 2011

Selamat Hari Kekasih

Wednesday, February 9, 2011

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ