CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Monday, May 31, 2010

Doa Senjata Mukmin-Freedom for Gaza


Ya Allah,
Sesungguhnya kami meletakkan-Mu di batang-batang leher musuh2 kami
Dan kami berlindung dengan-Mu daripada kejahatan2 mereka

Ya Allah,
Leburkanlah kumpulan2 mereka
Pecah belahkan dan kacau bilaukan persatuan mereka
Goncangkan pendirian mereka
Dan hantarkanlah anjing2 kamu kepada mereka
Wahai tuhan yang gagah perkasa Wahai tuhan yang penuh raksasa
Wahai tuhan yang bersifat murka

Ya allah Ya allah Ya allah Ya allah,
Wahai tuhan yang menurunkan kitab,
Wahai tuhan yang mengarakkan awan
Wahai tuhan yang menewaskan bala tentera al-ahzab
Kalahkan mereka Kalahkan mereka
Kalahkan mereka Dan menangkan kami ke atas mereka.

Monday, May 24, 2010

Menuju ke sana....

Salam barakah dan tahniah buat sahabat-sahabat yang bakal mendirikan rumahtangga.Moga Allah merahmati dan memberkati ikatan perkahwinan yang akan dibina.

Doa Buat Pengantin :
“Semoga Allah memberkati kamu dan melimpahkan berkat kepada kamu dan menghimpunkan kedua kamu di dalam kebaikan”Perkongsian berharga buat sahabat-sahabat yang bakal bergelar isteri.Hadiah istimewa buat kalian, hadiah lain akan menyusul nanti.Insyaallah..Bacalah dengan penuh penghayatan.Moga redha Allah sentiasa mengiringi kalian.....

Wasiat Ummamah pada puterinya yang bakal mendirikan baitul muslim dengan jejaka pilihan hatinya iaitu Al-Harith bin Amru..

"wahai puteriku! ada sepuluh perkara yang ingin kuberikan pedoman kepadamu dan sebagai panduan untukmu dalam kehidupan berumahtangga...."

1. Jalinkan hubungan suamimu dengan petuh ketaatan. Perhatikan kesukaanya dan jangan sampai dia melihat sesuatu yang buruk darimu atau tercium sesuatu yang kurang enak darimu...

2. Sentiasalah membanggakan suamimu kerana ini akan membuatkan dirinya kasih kepadamu.
3. Benarkanlah kata-katanya dan pendapatnya serta sikapnya selagi tidak melanggar dengan syariat yang ditetapkan ALLAH nescaya dia akan bersikap lembut kepadamu kembali.

4. Uruskanlah rumahtanggamu dengan penuh bertanggungjawab, baik dan sempurna.

5. Sentiasalah memelihara diri, keluarga dan kehormatan suamimu.

6. Simpanlah segala rahsianya dengan baik, jangan sekali bantah segala suruhannya kerana itu akan melukakan hatinya.

7. Jagalah waktu makan dan waktu istirehat suamimu dengan sebaiknya, Kerana perut yang lapar akan membuatkan darah suamimu cepat naik dantidur yang tidak mencukupi akan menimbulkan keletihan.

8. Jika dia sedang bergembira, janganlah kamu menunjukkan kesedihanmu dihadapannya..kamu mesti mengikut segala kehendak hati suamimu.

9. Hiasilah dirimu dengan baik agar dia gembira melihatmu.

10. Jadikanlah dirimu itu sebagai pembantu kepadanya, nescaya dia akan menjadi penolong pula buat dirimu