CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Saturday, October 31, 2009

Mujahadah Nafsu

Saturday, October 24, 2009

Redha dengan Ketentuan Allah S.W.T

REDHA DENGAN KETENTUAN TUHANMU....
Ketahuilah setiap sesuatu di dalam pemerhatian dan pengawasan Tuhanmu. Wahai diriku, ketahuilah bahawa semua perkara yang berlaku kepadamu berada di dalam pengetahuan Allah. Semuanya di dalam pemerhatian dan pengawasanNya. Sesungguhnya Allah mengetahui apa sahaja yang engkau alami. Dia amat mengetahui segala yang menimpa dirimu. Allah mengetahui penderitaan hambaNya. Engkau ditimpa susah dan sakit. Engkau menderita dan engkau sabar di dalam menanggung penderitaanmu itu. Kesabaranmu itu tidaklah sia-sia kerana ianya dinilai tinggi oleh Tuhanmu.

Sebenarnya seluruh manusia tidak akan mampu untuk menolongmu, malah dirimu sendiri pun tidak akan berupaya untuk menolongmu kecuali apa yang diizinkan oleh Allah sahaja. Hanya kepada Tuhanmu sajalah tempat untuk engkau mengadu dan memohon. Redhalah dengan ketentuanNya.

Sedarilah, sesungguhnya Allah mengetahui apa yang engkau alami dan engkau sentiasa berada di dalam pengawasanNya dan sesungguhnya engkau berada di sini hanyalah untuk diuji.REDHA DENGAN KETENTUAN TUHANMU..
Hendaklah engkau redha bahawa Allah adalah Tuhanmu dan redha juga dengan segala ketentuanNya. Wahai diriku, ketahuilah bahawa segala sesuatu itu berlaku dengan Iradat Allah. Tidak ada satu perkara pun yang akan berlaku jika bukan dengan kehendak Allah. Tidak ada sesuatu yang bergerak dan tidak ada yang diam melainkan semuanya dengan kehendak Allah jua. Tidak ada sesuatu yang berlaku pada dirimu di luar pengetahuan Allah. Tidak ada satu pun yang berlaku pada dirimu itu berlaku dengan sendirinya, itu adalah kehendak Tuhanmu.

Sesiapa pun tidak akan mampu untuk menolak kehendak Allah. Semua perkara berlaku dengan Kudrat dan Iradat Ilahi. Terimalah dengan hati terbuka, berusahalah dan teruslah bertawakkal kepadaNya. Redhalah dengan ketentuan Tuhan. Ketahui jugalah, Tuhan yang menimpakan ujian yang kau rasakan berat kepadamu itu adalah Tuhan yang sama yang memberi kemewahan dan rezeki kepada musuhmu, yang pada pandanganmu seorang yang ingkar. Adakah engkau redha dengan ketentuanNya?

Pada pandangan Allah, dunia dan segala isinya ini tidaklah lebih berharga berbanding sehelai sayap nyamuk. Ketahuilah, pemberian kemewahan dunia kepada hambaNya itu bukanlah bermakna keredhaan dari Allah. Sedarilah, hanya Allah Tuhan yang esa, tidak ada Tuhan selainNya. Oleh itu redhalah Dia sebagai Tuhanmu. Sebagaimana engkau rela menerima Allah sebagai Tuhanmu maka redhalah di dalam menerima ketentuanNya.REDHA DENGAN KETENTUAN TUHANMU …
‘Tidak ada daya dan upaya pada seluruh makhluk melainkan dengan izin dari Allah jua’. Wahai diriku, ketahuilah tidak ada yang akan terlepas dari kehendak Allah dan tidak ada yang dapat menahan ketentuanNya.

Engkau harus berusaha dengan segala upayamu. Setelah itu bertawakkal dan berserahlah kepadaNya dengan kesabaran. Ketahuilah, engkau hanyalah seorang yang lemah tidak berupaya kecuali dengan izin dari Tuhanmu, engkau hanyalah seorang hamba Allah. Segala apa yang ditakdirkan Allah pasti berlaku.

Segalanya dari Allah S.W.T

Wednesday, October 21, 2009

Tambahkan Ilmu..

Tuesday, October 20, 2009

Bunga-bunga Tarbiyyah.....

Alhamdulillah, dengan izin Allah S.W.T, panggilan untuk menambahkan pahala sebagai bekalan di akhirat dapat disahut dengan hati yang terbuka.Usai solat dhuha, kami bergegas ke Markaz Tarbiyyah Taman Melewar.Markaz yang penuh dengan imbauan kenangan sejak dari kampus sehingga sekarang, markaz ini juga merupakan satu wadah ikatan ukhuwah dan mahabbah antara pejuang-pejuang Islam.Sedar tak sedar, sudah 2 tahun ku meninggalkan zaman kampus rupanya...Alangkah cepatnya masa berlalu...Peredaran zaman...Zaman yang bakal menanti penghujungnya..

"sesungguhnya rahmat Allah sangat dekat kepada orang-orang yang berbuat baik"- (surah al a`raf :ayat 56).Kalam Ilahi yang menyentuh hati, menjadi inspirasi dalam melakukan amal soleh...AJK Keceriaan program Jamuan Raya PAS kali ini diamanahkan kepada Timbalan Ketua Muslimat Wilayah, dan amanah tersebut digalas bersama dalam meringankan tugas dan melicinkan program.Sesungguhnya berjemaah itu membawa keberkatan.Jamuan raya yang dihadiri ribuan rakyat, terdiri dari pelbagai lapisan umur, dan yang paling istimewa berjaya menambat hati pengunjung daripada kaum China dan India.Dan, yang paling istimewa,semua juadah yang disediakan 100% tiada pembaziran.Berbalik kepda tajuk asal..bunga-bunga tarbiyyah...adalah bunga-bunga yang menghiasi Dewan Allahyarham Ustaz Fadzil Noor, Taman Melewar.Dalam menceriakan suasana dewan, kami menjalankan penyucian yang padu ke atas bunga-bunga tersebut..Dah agak lama rasanya, bunga-bunga ini tidak dicuci, digilap warnanya supaya terus menyerikan dewan yang penuh barakah ini..Rasanya mencecah ribuan kuntum bunga yang dikerjakan pada hari tersebut, sehari sebelum Jamuan Raya PAS Pusat berlangsung.

Bermula dari proses mencuci, menjemur di bawah pancaran matahari, mengasingkan mengikut warna, saiz, dan akhir sekali di peringkat menggubah.Rupanya ada ilmu tersendiri dalam menggubah bunga.Alhamdulillah, ilmu baru dapat dipelajari.Ilmu yang penting la gak sebagai wanita...Ada juga di kalangan kami yang mempunyai keistimewaan dalam menganyam ketupat.Ketupat yang dibuat dengan menggunakan reben tersebut akan digantungkan di sekitar dewan dan halaman luar Markaz.Menampakkan suasana raya...Ketupat-ketupat digantung, hanya untuk menceriakan suasana, hanya untuk dilihat sahaja..tidak mungkin sesekali untuk dimakan...Amanah menceriakan juga turut dijalankan di tempat makan VIP Muslimin dan Muslimat, Pentas Persembahan, sekitar khemah-khemah orang ramai...
Kerja-kerja menceriakan ini, memerlukan pengorbanan masa, tenaga yang agak sederhana tinggi.Dan, apa yang penting kerjasama.Alhamdulillah, amanah yang diberikan dilaksanakan dengan jayanya...Penuh dengan pengalaman tarbiyyah yang bermakna yang memakan masa mencecah 24 jam.Rasanya jika dilihat pandangan mata kasar, kerja-sebegini agak simple...namun disebaliknya......penuh dengan kemanisan berharga...Amat berharga dalam merealisasikan bunga-bunga tarbiyyah sentiasa mekar, menghiasi dan mewarnai dewan.Terima kasih Allah kerana memudahkan urusan kami.Terima kasih ukhti dan sahabat dunia akhiratku...

Sama-samalah kita melakukan amal soleh selagi terdaya...Selagi masih bernyawa..Moga redha Allah bersama kita.Insyaallah..

Wednesday, October 14, 2009

Bersangka Baik Dengan Allah S.W.T

Setiap perkara yang berlaku ke atas manusia, samada yang baik atau sebaliknya bagi orang yang beriman,ia merupakan sesuatu yang telah ditetapkan oleh Allah swt. Mereka menyakini dan menyedari disebalik sesuatu peristiwa ada hikmahnya yang tersendiri dan ia akan sentiasa menyangka baik terhadap Allah swt walaupun pada zahirnya apa yang berlaku ke atas dirinya adalah suatu keburukan atau kegagalan disamping sifat redha kepada ketetapan Allah.

Begitu juga sebaliknya apabila diberi nikmat, ia sentiasa terfikir dan bermuhasabah apakah ujian yang diberikan melalui nikmat ini, yang pasti ia adalah ujian kepadanya samada ia bersyukur atau sebaliknya.Renungilah Firman Allah swt; Al-Baqarah:216.

وَعَسَى أَنْ تَكْرَهُوا شَيْئًا وَهُوَ خَيْرٌ لَكُمْ وَعَسَى أَنْ تُحِبُّوا شَيْئًا وَهُوَ شَرٌّ لَكُمْ وَاللَّهُ يَعْلَمُ وَأَنْتُمْ لا تَعْلَمُونَ
Maksudnya; Kemungkinan apa yang kamu benci adalah amat baik bagimu, dan kemungkinan (pula) apa yang kamu sukai, ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak Mengetahui.

Sabda Rasulullah saw;
عن جابر بن عبد الله رضي الله عنهما قال سمعت رسول الله صلى الله عليه و سلم يقول قبل موته بثلاث : لا يموتن أحدكم إلا وهو يحسن الظن بالله عز و جل
Maksudnya; Daripada Jabir bin Abdullah ra, aku mendengar Rasulullah saw bersabda sebelum kefawatannnya tiga kali, janganlah seseorang kamu mati melainkan menyangka baik kepada Allah swt.

Sabda Rasulullah saw;
عن أبي هريرة عن النبي صلى الله عليه و سلم قال : قال الله عز و جل أنا عند ظن عبدي بي فإن ظن بي خيرا فله الخير فلا تظنوا بالله إلا خيرا
Maksudnya; Dari Abu Hurairah ra, Rasulullah saw bersabda, Allah swt berfirman, Aku bersama sangkaan hambaKu terhadapKu, sekiranya sangkaannya terkadapKu baik maka baginya kebaikan, maka janganlah bersangka terhadap Allah swt melainkan yang baik
Adakah sifat ini akan menjadikan manusia bersikap pasif, malas berkerja dan berusaha, tidak melakukan teguran dan nasihat?

Jawapannya pasti tidak, ini kerana sifat ini menjadi pengimbang antara keinginan, kemampuan dan kehendak Allah swt. Pada hakikatnya Allah swt yang menentukan segala-galanya. Namun perlu diingat bahawa Allah swt mewajibkan manusia berusaha dengan berbagai bentuk taklifat dan tanggungjawab. Manusia akan dipertanggungjawabkan tentang taklifat tersebut bukan kejayaan atau kegagalan yang diperolehi. Justeru dengan adanya sifat baik sangka terhadap Allah, disamping sifat tawakkal dan redha, manusia akan menjadi manusia yang baik, tenang dan tidak menimbukan masalah pada diri, masyarakt dan negara.

Kebaikan Sangka Baik kepada Allah swt;
1. Keimanan dan keyakinan kepada Allah swt semakin kuat dan tinggi.
2. Hidup seseorang sentiasa berada dalam lingkungan tawakkal kepada Allah swt.
3. Hati sentiasa tenang kerana merasa apa yang berlaku ke atas diri adalah ketentuan Allah swt dan suamya mengandungi hikmah dan kebaikan tersendiri.
4. Tidak mudah putus asa apabila menghadapi sesuatu kegagalan.
5. Mendapat keredhaan Allah swt.
6. Terhindari dari sifat-sifat mazmumah seperti pemarah, sombong dan putus asa, menyalahkan orang lain dan lain-lain.

Sedarkah suatu hakikat yang ditegaskan oleh Allah swt dalam ayat 70 Surah al-Taubah;
فَمَا كَانَ اللَّهُ لِيَظْلِمَهُمْ وَلَكِنْ كَانُوا أَنْفُسَهُمْ يَظْلِمُونَ
Maksudnya; Maka Allah sekali-kali tidak menzalimi mereka tetapi mereka yang menzalimi diri mereka sendiri.

Mudah-mudahan Allah menganugerahkan cahaya makrifat kepada kita, melaluinya kehidupan kita sentiasa terbimbing menuju kebahagian abadi, kabahagian di akhirat.

Wallahu A'lam.
اللهم إني أعوذ بك من علم لا ينفع ، ومن قلب لا يخشع ، ومن نفس لاتشبع ، ومن دعاء لا يستجاب له

Wednesday, October 7, 2009

Istiqamahkan Hatimu...

Istiqamah pada hati dan amalan merupakan buah dan hasil dari istiqamah hati dalam ketaantan kepada Allah swt. Ketaatan pada amalan tanpa ketaatan hari, amalan tiada nilai disisi Allah swt. Itulah amalan orang munafiq yang sentiasa berpura-pura dalam amalan mereka.Hati adalah sumber kebaikan dan keburukan seseorang. Bila hati penuh dengan ketaatan kepada Allah, maka perilaku seseorang akan penuh dengan kebaikan. Sebaliknya, bila hati penuh dengan syahwat dan hawa nafsu, maka yang akan muncul dalam perilaku adalah keburukan dan kemaksiatan.

Keburukan dan kemaksiatan ini boleh datang kerana hati seseorang dalam keadaan lalai dari zikir kepada Allah. Ibnul Qayyim al-Jauziyah berkata, “Apabila hati seseorang itu lalai dari zikir kepada Allah, maka syaitan dengan serta merta akan masuk ke dalam hati seseorang dan mempengaruhinya untuk berbuat keburukan. Masuknya syaitan ke dalam hati yang lalai ini, lebih cepat daripada masuknya angin ke dalam sebuah ruangan.”

Oleh kerana itu hati seorang mukmin harus sentiasa dijaga dari pengaruh syaitan ini dengan sentiasa berada dalam sikap taat kepada Allah SWT. Kekuatan inilah yang disebut dengan Istiqamah.Imam al-Qurtubi berkata, “Hati yang istiqamah adalah hati yang sentiasa lurus dalam ketaatan kepada Allah, baik berupa keyakinan, perkataan, maupun perbuatan, hati yang istiqamah adalah jalan menuju kejayaan di dunia dan keselamatan dari azab akhirat. Hati yang istiqamah akan membuat seseorang dekat dengan kebaikan, rezekinya akan diluaskan dan akan jauh dari hawa nafsu dan syahwat.

Dengan hati yang istiqamah, malaikat akan turun untuk memberikan keteguhan dan keamanan serta ketenangan dari ketakutan terhadap azab kubur. Hati yang istiqamah akan membuat amal diterima dan menghapus dosa.”

Ada banyak cara untuk memikili hati yang istiqamah ini, antaranya;
1. Meletakkan cinta kepada Allah di atas segala-galanya. Ini adalah persoalan yang tidak mudah dan memerlukan usaha yanh gigih kerana, dalam kehidupan sehari-hari kita sering mengalami pertembungan antara kepentingan Allah dan kepentingan makhluk, Apabila dalam kenyataanya kita lebih mendahulukan kepentingan makhluk, maka itu pertanda bahwa kita belum meletakkan cinta Allah di atas segala-galanya.

2. Membesarkan perintah dan larangan Allah. Membesarkan perintah dan larangan Allah harus dimulai dari membesarkan dan mengagungkan pemilik perintah dan larangan tersebut, yaitu Allah. Membesarkan perintah Allah di antaranya adalah dengan menjaga waktu salat, melakukannya dengan khusyu, memeriksa rukun dan kesempurnaannya serta melakukannya secara berjamaah.

3. Sentiasa berzikir kepada Allah kerana itulah perintah Allah dan Rasul-Nya sebagaimana yang disebutkan dalam hadis qudsi Allah berfirman,
قَالَ مَنْ ذَكَرَنِي فِي نَفْسِهِ ذَكَرْتُهُ فِي نَفْسِي وَمَنْ ذَكَرَنِي فِي مَلَإٍ مِنْ النَّاسِ ذَكَرْتُهُ فِي مَلَإٍ أَكْثَرَ مِنْهُمْ وَأَطْيَبَ
Maksudnya;“Barangsiapa yang mengingat-Ku di dalam dirinya, maka Aku akan mengingat-Nya dalam diri-Ku. Dan barang siapa yang mengingat-Ku dalam keramaian, maka Aku akan mengingat-Nya dalam keramaian yang lebih baik darinya

4. Mempelajari kisah orang-orang saleh terdahulu supaya kita boleh mengambil pelajaran dari mereka. Bagaimana kesabaran mereka ketika menghadapi ujian yang berat, kejujuran mereka dalam bersikap, dan keteguhan mereka dalam mempertahankan keimanan. Sebagaimana firman Allah ,
لَقَدْ كَانَ فِي قَصَصِهِمْ عِبْرَةٌ لِأُولِي الْأَلْبَابِ مَا كَانَ حَدِيثًا يُفْتَرَى وَلَكِنْ تَصْدِيقَ الَّذِي بَيْنَ يَدَيْهِ وَتَفْصِيلَ كُلِّ شَيْءٍ وَهُدًى وَرَحْمَةً لِقَوْمٍ يُؤْمِنُونَ
Maksudnya; Sesungguhnya pada kisah-kisah mereka itu terdapat pengajaran bagi orang-orang yang mempunyai akal. al-Qur’an itu bukanlah cerita yang dibuat-buat, akan tetapi membenarkan (kitab-kitab) yang sebelumnya dan menjelaskan segala sesuatu, dan sebagai petunjuk dan rahmat bagi kaum yang beriman. (Yusuf: 111).

رَبَّنَا لَا تُزِغْ قُلُوبَنَا بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَنَا وَهَبْ لَنَا مِنْ لَدُنْكَ رَحْمَةً إِنَّكَ أَنْتَ الْوَهَّابُ

Usrah Rasa Hati..

Monday, October 5, 2009

Mutiara Kata..

Thursday, October 1, 2009

Istiqamah

Istiqamah bermaksud mengamalkan sesuatu suruhan secara terus-menerus tetap, konsisten, tidak berubah-ubah, berdiri teguh dalam melaksanakan tuntutan agama walau dalam apa juga keadaan, godaan dan rintangan kecuali dalam keadaan dharurat dan terdesak.Istiqamah adalah antara kewajipan dan tuntuan agama. Firman Allah swt;
فَاسْتَقِمْ كَمَا أُمِرْتَ وَمَنْ تَابَ مَعَكَ وَلَا تَطْغَوْا إِنَّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ بَصِيرٌ
Maksudnya; Maka beristiqamahlah sebagaimana kamu diperintahkan bersama orang-orang yang bertaubat dan jangan melampaui batasan, sesungguhnya Ia melihat apa yang kamu lakukan.Hud:112.

Sabda Rasulullah saw;
عن سفيان بن عبد الله ( أنه ) قال: قلت يا رسول الله! قل لي في الإسلام قولا لا أسأل عنه أحدا بعدك قال: قل آمنت بالله ثم استقم
Maksudnya; Diriwayatkan dari Sufyan Ibn ‘Abdullah r.a. menceritakan; ‘Aku telah berkata kepada Rasulullah s.a.w.; Ya Rasulullah! Nyatakan untukku di dalam Islam ini satu ungkapan yang mana aku tidak akan bertanya lagi tentangnya dari orang lain selain engkau’. Jawab Rasulullah s.a.w.; ‘Katakanlah; ‘Aku beriman kepada Allah’ dan kemudian hendaklah kamu istiqamah’.

Sabda Rasulullah saw;
وَأَنَّ أَحَبَّ الْأَعْمَالِ إِلَى اللَّهِ أَدْوَمُهَا وَإِنْ قَلَّ
Maksudnya; Dan sesungguhnya amalan yang sanyat disukai Allah swt ialah amalan yang berterusan sekalipun sedikit.
Sabda Rasulullah saw;

رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ تَرَكْتُ فِيكُمْ أَمْرَيْنِ لَنْ تَضِلُّوا مَا تَمَسَّكْتُمْ بِهِمَا كِتَابَ اللَّهِ وَسُنَّةَ نَبِيِّهِ
Maksudnya;Aku telah tinggalkan untuk kamu dua perkara, kamu tidak akan sesat selama-lamanya selagi kamu berpegang-teguh dengannya, iaitu; Kitab Allah dan Sunnah NabiNya”

Seseorang yang beriman wajib istiqamah dan iltizam dalam melaksaanakan tuntutan agama samada dalam bentuk melaksanakan yang disuruh atau meninggalkan yang dilarang.
Bagaimana untuk istiqamah dalam ketaatan ?
Untuk istiqamah dalam melaksanakan tuntutan agama;
1. Keimanan dan keyakinan terhadap tuntutan agama yang perlu ditunaikan. Tanpa keimanan dan keyakinan, hidayah dan gerakan hati untuk melakukannya tidak ada.

2. Ilmu pengetahuan terhadap tuntutan yang perlu dilakukan. Dengan adanya ilmu terhadap syariat Islam, seseorang dapat memahami hikmah dan tujuan dari peangamalan suatu kewajipan.

3. Kesedaran kewajipan istiqamah dalam melakukan kewajipan. Orang yang sedar dengan tanggungjawab awama adalah orang yang hatinya hidup, sentiasa peka dan sensitiv dengan tuntutan agama.

4. Penghayatan, tanpa penghayatan terhadap kewajipan agama, tiada kelazatan dalam beramal, tiada keseronokan dalam beribadah, akhirnya semangat luntur dan pudar dan sedikit demi sedikit keajipan agama ditinggalkan.

5. Sentiasa melakukan tazkiyatun nafsu, kerana hanya hati yang bersih dari sifat-sifat mazmumah akan merasa tenang dan bahagia dengan ketaatan kepada Allah swt.

6. Mujahadatun nafs. Komited dan istiqamah dengan ketaatan adalah sesuatu yang berlawanan dengan nafsu, justeru ia perlu dilawan agar diri tidak tunduk dengan runtunan hawa nafsu.