CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Monday, June 30, 2008

Manhaj dan Panduan Untuk Perlaksanaan Usrah Remaja

Remaja hari ini dahagakan perhatian, bimbingan dan pedoman.Gelombang hiburan yang melampaui batas, budaya galak bercinta monyet, ketumpulan daya fikir, ketandusan budi dan akhlak mewarnai sebahagian anak-anak muda hari ini.

Namun, di celah-celah kekalutan itu tetap ada insan-insan muda yang segar jiwanya, teguh prinsipnya, dan luhur adabnya.Masih ada yang teguh mendakap iman dan sedia bersedia untuk berkorban demi ummah dan agama.Kelompok remaja ini mempunyai potensi besar unutk meneraju ummah di masa akan datang.
Namun begitu, potensi ini akan terbiar kontang atau membeku jika tidak digilap dan dicanai.Oleh itu, diharap para murabbi tidak lagi tercari2 garis panduan yang sesuai bagi melaksanakan usaha tarbiyah.

Jangan lupa untuk dapatkan dua nashkah buku ini

Harga : RM 8.00 sahaja ( harga promosi )
Harga Asal : RM 10.00

Buku ini memberi panduan kepada para naqibat dan fasilitator untuk mengendalalikan Usrah Remaja dengan lebis sistematik dan berkesan.Merupakan bacaan wajib untuk mereka yang ingin bergelar pendakwah dan pendidik, juga penyelamat remaja2.Mengandungi modul-modul latihan kemahiran untuk remaja-remaja.


Harga : RM 10.00 sahaja ( harga promosi )
Harga Asal : RM 15.00

Buku ini mengandungi asas-asas kefahaman yang perlu dimiliki oleh setiap mereka yang ingin menjadi remaja berjati diri yang unggul, dan ingin mempersiapkan diri menjadi pendukung tamadun masa depan.Buku ini merupakan rujukan penting untuk para naqibat dalam menjalankan usrah.

Kepada sahabat2 yang berminat untuk mendapatkan buku ini, sila inform segera.
Mantapkan Usrah di Lapangan Ummah.
"Remaja Hari Ini, Tunggak Tamadun Masa Akan Datang"

Hubungi :
NOR AZIYATI ASHARY
Tel : 013-2009426
Unit Pembagunan Remaja
TEEN CIRCLE CENTRE
Lujnah Tarbiyah dan Perkaderan
DMPP
Malaysia







Dari Kampus ke Lapangan Ummah..

Moga sahabat2 semua sentiasa di bawah lindungan Allah S.W.T.
Alhamdulillah, nikmat masa diberikan oleh Allah utk ana mencoretkan sepatah kata dalam blog ini....Sudah setahun meninggalkan alam kampus.Pengalaman berharga yang dikutip di kampus membawa ana ke realiti sebenar medan dakwah.Pelbagai corak kehidupan masyarakat dapat dilihat.
Melihat remaja2 yang kian jauh dengan Islam menyedarkan diri tentang tanggungjawab sebagai daei.Amanah besar yang masih tidak terlaksana sepenuhnya..............................


Waqi` remaja2 yang tinggal di flat2 yang majoritinya tidak menutup aurat, pergaulan bebas dan pelbagai masalah sosial, membuka minda dlm memikirkan method dakwah utk mereka.
Selain program yang menarik minat remaja masa kini seperti Explorace, Camping dan sebagainya, USRAH REMAJA juga perlu digerakkan.Usrah adalah tunjang utama dlm pentarbiyahan diri seseorang.Mendidik diri untuk mengetahui tentang Islam, ingat mengingati antara satu sama lain, perkongsian ilmu, masalah dan sebagainya.Usrah adalah pendekatan yang amat berkesan utk menarik hati2 remaja mengenal Islam yang sebenarnya.

Justeru itu, Mahasiswa dan mahasiswi yamg lahir dari pentarbiyahan kampus adalah aset berharga untuk membantu menggerakkan usrah remaja di kawasan masing- masing .Perbezaan umur yang tidak begitu ketara memberi ruang dan kemudahan untuk mendekati remaja2.

Oleh itu, ana menyeru kepada diri ana dan sahabat2 sekalian, marilah sama2 kita membantu remaja yang merupakan tunggak tamadun di masa akan datang supaya tidak hanyut dibuai arus kejahilan.Alasan sibuk bekerja, sibuk merencanakan program dan pelbagai seribu alasan lain
adalah alasan yang tidak relevan bagi pejuang-pejuang yang pernah mewarnai dan menggegarkan perjuangan di kampus.
Ayuh, kita bersama2 membantu mengislah masyarakat terutama remaja2 yang merupakan penentu Tamadun ummah akan datang.

MANTAPKAN TARBIYAH, TERUSKAN PERJUANGAN DALAM MENCARI REDHA ALLAH S.W.T.

Sunday, June 29, 2008

Antara Dua Jalan

Firman Allah SWT: maksudnya;
“Dan Kami telah tunjukkannya dua jalan (jalan kebajikan dan jalan kajahatan).” (al-Balad: ayat 10)
“Apakah manusia menyangka bahawa ia akan dibiarkan begitu sahaja (tanpa dipertanggung-jawabkan).” (al-Qiyamah: ayat 36)

Telah ditentukan bagi manusia jalan yang ditempuhinya. Allah SWT telah menggariskan jalan tersebut di sisi-Nya dan meletakkan di hadapan manusia panji-panji matlamat kehidupan dan juga hikmat kejadiannya.

Firman Allah SWT: maksudnya;
“Apakah kamu mengira bahawa Kami menjadikan kamu secara sia-sia sahaja dan kamu semua tidak akan dikembalikan kepada Kami. Maka Maha Tinggi Allah, Raja yang sebenarnya.” (al-Mu’minun: ayat 115-116)

Orang yang berbahagia ialah orang yang telah bertemu dengan pertolongan-Nya. Orang yang telah ditarik oleh cahaya hidayah-Nya. Mereka telah meneroka dengan pandangan mereka segala kabus yang telah menutup kealpaan dan kelalaian mereka selama ini.Seterusnya mereka tahu akan marhalah-marhalah perjalanan dan melangkah menuju ke matlamatnya.

Firman Allah SWT: maksudnya; “Maka segeralah kembali mentaati Allah . Sesungguhnya aku adalah pemberi peringatan yang nyata daripada Allah untukmmu. Dan janganlah kamu mengadakan tuhan (Ilah) yang lain di samping Allah.Sesungguhnya aku seorang pemberi peringatan yang nyata daripada Allah untukmu.” (az-Zariyat: ayat 50-51) \

Apa sahaja yang menyebabkan manusia terpesong daripada sampai kepada-Nya, atau mengubah serta menyelewengkan manusia daripada menghadap-Nya, atau memisahkan manusia daripada bergantung serta berharap kepada-Nya, sama ada berupa hawa nafsu yang menguasai atau kemahuan yang degil atau kehendak-kehendak terhadap sesuatu yang cepat lupus dan hilang (duniawi), maka semua itu adalah ilah-ilah selain daripada-Nya.

Firman Allah SWT: maksudnya; "Kedua-dua jalan tersebut tidak akan sama selama-lamanya". “Maka apakah orang-orang yang beriman sama dengan orang-orang yang fasiq (kafir)? Mereka tidak sama. Ada pun orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal-amal saleh, maka bagi mereka syurga-syurga tempat kediaman, sebagai pahala terhadap apa yang telah mereka kerjakan. Dan adapun orang-orang yang fasiq, maka tempat mereka adalah neraka. Setiap kali mereka hendak keluar daripadanya, mereka dikembalikan ke dalamnya dan dikatakan kepada mereka: "Rasakan siksa neraka yang dahulu kamu mendustakannya.” (As-Sajadah: ayat 18-20)

“Apakah patut Kami jadikan orang-orang Islam itu sama dengan orang-orang yang berdosa? Mengapa kamu berbuat demikian? Bagaimanakah kamu mengambil keputusan? (al-Qalam: ayat 35-36)

“Patutkah Kami menganggap orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh sama dengan orang yang melakukan kerosakan di muka bumi? Patutkah pula Kami menganggap orang- akupun termasuk orang-orang yang menunggu bersama kamu”. Kemudian Kami selamatkan para Rasul Kami dan orang-orang yang beriman, demikianlah menjadi kewajipan atas Kami menyelamatkan orang-orang yang beriman.”(Yunus: ayat 102-103)

Sesungguhnya hati itu berada di bawah kekuasaan Allah SWT. Firman Allah SWT: maksudnya; “Dan Allah berkuasa terhadap urusan-Nya tetapi kebanyakkan manusia tidak mengetahui.”(Yusuf: ayat 21)

Wednesday, June 25, 2008

Segenggam Tabah

Bila Allah cepat makbulkan Doamu, Maka DIA Menyayangimu, Bila DIA Lambat Makbulkan doamu, Maka DIA Ingin Mengujimu, Bila DIA Tidak Makbulkan Doamu, Maka Dia Merancang Sesuatu Yang lebih Baik Untukmu. Oleh itu, Sentiasalah Bersangka Baik Pada ALLAH Dalam Apa Jua Keadaan Pun... Kerana Kasih sayang ALLAH Itu Mendahului KemurkaanNya......

Tuesday, June 24, 2008

Wanita.....


Wanita Sejati
Adalah wanita suri teladan,
Lembut tanganmu mampu mengurai seribu masalah,
Di bawah ayunan oleh jejari halusmu,
Lahirlah cahayamata yang menyinar dunia dengan pancaran keimanan.
Kau dilahirkan bersifat penghuni syurga,
Lemah lembut, penyantun dan pemalu,

Peliharalah maruah dirimu sepanjang waktu dalam berhijab,
Perbetulkan lah dirimu selalu kerana ditakuti nafsu mu yang sembilan
dan akal mu yang satu tidak mampu mengharungi kemelut dunia yang palsu ini.
Dekatkanlah dirimu selalu kepada Allah,
Sentiasalah bertaubat dan malu di atas keterlanjuran masa lalu,
Taati perintah ALLAH dah jauhkanlah laranganNya,
Serta manis dalam menjalankan sunnah Rasul tercinta
Bersyukurlah kerana kau dilahirkan sebagai seorang WANITa ............
Wanita Hiasan Dunia, Seindah Hiasan Adalah Wanita Solehah...............

Rintihan Seorang Daie..............

Ilahi...
Alangkah beratnya amanah ini
Alangkah besarnya tugas ini
Kami berkewajipan menghapuskan Sampah Sarap Jahiliyah yang bertimbun ini
Kami berkewajipan pula menegakkan asas yang kuat dan teguh di atasnya
Untuk membina bangunan yang besar
Iaitu bangunan Daulah Islamiah
Walaupun kami merasa betapa berat amanah ini
Tetapi kami juga merasa
Betapa mulia dan agungnya tugas ini

Wahai Tuhanku!
Kami berjalan di atas jalan dakwah
Dan kami terdedah kepada pelbagai cabaran
Ada di antara kami yang singkat cita-citanya
Lalu dia berundur dan duduk

Ya Rabb!
Sesungguhnya bebanan dakwah
Di atas gelanggang ini amat banyak
Dan amalan itu amatlah berat
Memerlukan angkatan lelaki mukmin As-Sidiqqin
lagi berpendirian tetap
Maka ramaikanlah lelaki demikian dikalangan kami

Ya Rabb..
Demikian juga muslimat
Srikandi Tanahair Muslimin Yang Telah bangkit Hari ini
Dan tampil ke hadapan
Untuk mencabar segenap gelombang keruntuhan dan kerosakkan.

Ya Allah..........
Istiqamahkanlah kami,
Teguhkan Aqidah Kami,
Bantulah Kami dalam meneruskan mata rantai perjuangan Islam ini.....
Dan, moga kami mendapat barakah, maghfirah,
dan apa yang kami cari......
hanyalah Keredhaan dariMu............................. Ya Ilahi.............
Amin.................

Wednesday, June 18, 2008

SaLaM PeRteMuaN............

Assalamualaikum w.b.t
Alhamdulillah, dengan izin dari Allah S.W.T , ana masih lagi diberi ruang untuk mencoret sepatah kata dalam blog ini.Syukran jazilan khatira kepada sahabat2 yang sudi ziarah ke blog ini.

Syukur ke hadrat Allah dipanjatkan, kerana ana baru selesai menghadirkan diri ke Mahkamah Wilayah Persekutuan pada 16 Jun br2 ni.Lebih kurang 1 jam setengah kot berada dlm mahkamah.Oleh kerana peguam kami, ada kes besar kat Ipoh, perbicaraan kami terpaksa ditunda pada 13 hingga 15 Oktober 2008.Nasib baik hakim meluluskannya.Nampaknya, ana kena tunggu 4 bulan lagi.
Perancangan Allah Maha Hebat.Tiada yang setanding denganNya...

Insyaallah, jika ada masa, ruang dan peluang, ana akan kongsikan pengalaman ana di Penjara Pudu selama 3 hari 2malam.Al maklumlah, sekarang ni kengkangan masa yg agak kritikal....
Apapun, semoga kita semua terus Istiqamah dalam perjuangan Islam walaupun diuji dengan pelbagai ujian dan cabaran.Inilah jalan-jalan yang perlu kita tempuhi dalam menggapai redha Allah S.W.T.Insya allah...

Akhir kalam....Jaga diri, hati dan iman...
MANTAPKAN TARBIYAH, TERUSKAN PERJUANGAN!!!

Friday, June 13, 2008

Perjuangan Semanis Madu, Memerlukan Pengorbanan Sepahit Hempedu.............


Isu kenaikan harga minyak dan Demonstrasi yang kian rancak berlaku mengingatkan diriku tentang sebuah kenangan lalu.Kenangan yang tidak akan ku lupa hingga akhir hayat.
Demonstrasi protes kenaikan harga minyak yang berlaku pada 26 Januari 2008 membawa diriku mengenal erti sebenar pahit manis dalam perjuangan.
3 hari 2 malam berada di lokap, menguji diriku tentang kejujuran, keikhlasan, kesabaran, ketabahan dalam perjuangan.Walaupun pahit untuk ditelan, Namun akhirnya mencambahkan kenangan manis di ingatan.

Ya Allah........
Terima kasih kerana memilih Hamba Mu yang lemah lagi hina ini.
Nikmat iman,islam dan perjuangan yang diberikan amat bererti dalam hidupku.
Buat sahabat2 ku........
Terima kasih atas doa dan suntikan semangat yang diberikan.
Moga ukhuwah fillah yang bertunjangkan atas dasar aqidah yang sama ini, akan dirahmati oleh Allah S.W.T.
Insya allah.
Sunnah Berjuang, Akan Diuji........
Perbicaraan dunia yang berlandaskan undang-undang manusia akan berlangsung 16 Jun 2008 ini.Moga Allah permudahkan segalanya.


Buat sahabat2 tahanan, kita jumpa di mahkamah nanti ya. Tak sabar rasanya untuk berjumpa dengan kalian semua............................



Perjuangan....................


Kehidupan adalah satu perjuangan. Berakhirnya sebuah perjuangan adalah datangnya kematian. Ruang lingkup perjuangan memang luas. Seluas warna-warni kehidupan. Puncak tertinggi dari perjuangan adalah jihad. Sedang jihad itu sendiri adalah puncak bagi kerja-kerja Islam.


Berkata Rasulullah SAW kepada bapa saudaranya : “ Andai matahari kau letakkan di tangan kananku, bulan pula ditangan kiriku, bagiku untuk melepaskan beban yang kubawa ini, sekali-kali tidak”. Perjuangan dari seorang rijal murabbi, tidak melepaskan apa yang dibawa hanya kerana kemewahan dunia yang terlalu sedikit. Dengan keyakinan sepenuhnya kepada Sang Pencipta, menyerahkan segala urusan hanya kepada Allah.“


Dan barangsiapa yang bersungguh-sungguh berjihad di jalan Kami, pasti Kami akan tunjukkan jalan Kami.” (Al-Ankabut :69)



Mengawali sebuah perjuangan itu memang berat. Menjalaninya lebih berat. Tetapi menjaga kesinambungan sebuah perjuangan itu jauh lebih berat. Padahal, perjuangan itu tidak dinilai diawalnya, tapi diakhirnya.Melantik jiwa dan diri ini sebagai sang pejuang memang mudah.


Tetapi, dalam menjalani kehidupan sebagai seorang pejuang, semestinya ada ujiannya, kerana tapisan demi tapisan dilakukan sendiri oleh Yang Maha Kuasa, bagi-Nya memilih mereka yang benar-benar ikhlas berjuang dijalannya. Terkadang timbul perasaan lemah, letih, tidak bersemangat dan sebagainya.

“ Hai orang-orang yang beriman, sukakah kamu aku tunjukkan suatu perniagaan yang dapat menyelamatkan kamu dari azab yang pedih?. (Iaitu) kamu beriman kepada Allah dan Rasul-Nya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu. Itulah yang lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahuinya.Nescaya Allah akan mengampuni dosa-dosamu dan memasukkan kamu ke dalam syurga yang mengalir dibawahnya sungai-sungai, dan (memasukkan kamu) ke tempat tinggal yang baik di dalam syurga Adn. Itulah keberuntungan yang besar.” (As-Shaff:10-12)


Kunci kepada sebuah perjuangan adalah niat yang ikhlas kerana Allah SWT, syaratnya pula adalah bersungguh-sungguh dalam berjuang serta tidak berputus asa dan akhirnya adalah menjaga kesinambungan serta penerusannya.Wahai saudaraku,Kini, yang tinggal adalah bergantung pada diri sendiri, teruslah berbekal dan seterusnya teruskanlah perjuangan. Tanpa rasa bosan untuk memohon kepada Allah agar membeli sedikit persembahan kita.“


Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu’min, diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka. Mereka berperang dijalan Allah, lalu mereka membunuh atau terbunuh. (Itu telah menjadi) janji yang benar dari Allah di dalam Taurat, Injil dan Al-Quran. Dan siapakah yang lebih menepati janjinya selain daripada Allah? Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan itulah kemenangan yang besar. Mereka itu adalah orang-orang yang bertaubat, yang beribadat, yang memuji (Allah), yang melawat, yang ruku’ yang sujud, yang menyuruh berbuat ma’ruf dan mencegah berbuat mungkar dan yang memelihara hukum-hukum Allah. Dan gembirakanlah orang-orang mu’min itu”. (At- Taubah 111-112)


Bersyukurlah, andai hingga ke hari ini kita masih lagi dipilih sebagai salah seorang dari pejuang-pejuang dan penolong-penolong agama Allah, tapi adakah kita pasti esok lusa, kita masih berada disini?. wallahua’lam...
Moga ditetapkan hati ini dijalan-Mu ya Rabb....Amin.

Monday, June 9, 2008

Nilai Persaudaraan Islam.....


"Tidaklah dua orang saling mencintai kerana Allah, melainkan orang yang paling dicintai Allah, diantara keduanya ialah orang yang paling besar cintanya kepada saudaranya."
HR. Ibnu Hibban dan Al-Hakim

Sahabat...
Rasa cinta adalah fitrah manusia.
Kerananya, percintaan adalah rentangan waktu kehidupan manusia yang akan mereka lalui dengan keindahan dan haru biru.
Cinta yang tulus, insyaAllah akan menyelamatkan manusia dari api neraka yang maha dahsyat panasnya. Cinta tulus, terbesar dan hakiki adalah cinta kepada Allah.
Bukhari dan Muslim meriwayatkan sebuah sabda Rasulullah Saw. melalui Anas ra.,
"Ada tiga perkara yang barangsiapa dalam dirinya terdapat ketiga perkara itu, dia pasti merasakan manisnya iman, iaitu Allah dan RasulNya lebih dicintainya daripada yang lain; mencintai seseorang tiada lain hanya kerana Allah; dan tidak ingin kembali kepada kekafiran
setelah diselamatkan Allah sebagaimana dia tidak ingin kalau dicampakkan ke dalam api."

Sahabat...
Sesungguhnya persaudaraan kita merupakan buah dari ketinggian akhlak, dan tafarruq (perselisihan) kita merupakan akibat dari rendahnya akhlak.
Akhlak yang bagus membuahkan rasa saling cinta, saling sayang, dan saling memberikan manfaat. Kerana itu, cinta melahirkan ukhuwah.
Ukhuwah yang telah digambarkan secara mengharukan oleh Bilal, Amar dan Zaid, atau Umar, Ali dan Utsman, yang bersanding dan bercinta kerana Allah.
Kasih sayang diantara mereka merupakan gambaran janin ukhuwah yang dikandung dalam
perut iman, dan terlahir dari ibu yang bernama iman.

Ukhuwah bererti bersatunya hati-hati yang ruhnya terikat dengan ikatan akidah.
Kerananya, persaudaraan adalah bentuk keimanan yang terikat dengan akidah yang amat kuat. Sementara perpecahannya adalah gambaran kekufuran, yang menempatkan keimanan dan kasih sayang di tempat sampah.
Oleh kerana itu, manusia yang benar fikrahnya adalah manusia yang melihat saudaranya lebih utama dibanding dirinya sendiri. Jika perkara ini terjadi, ukhuwah akan terasa sangat indah, nikmat, dan manis.

Sahabat...
Persaudaraan dan saling mencintai kerana Allah adalah salah satu ibadah yang paling utama dalam agama kita. Siapapun yang berupaya mewujudkannya, tiada perkara lain baginya kecuali syurga yang maha indah.
Rasulullah Saw bersabda, "Barangsiapa bersaudara dengan seseorang kerana Allah, maka Allah mengangkatnya satu darjat di syurga, yang tidak didapatnya dengan sesuatu amalan lainnya".

Ibnu Jarir pun meriwayatkan sabda Rasulullah Saw. dari Ibnu 'Abbas ra., ia berkata, "Barangsiapa mencintai seseorang kerana Allah, membenci seseorang kerana Allah, membela seseorang kerana Allah, dan memusuhi seseorang kerana Allah, maka sesungguhnya
kecintaan dan pertolongan dari Allah boleh diperoleh dengan perkara tersebut. Seorang hamba tidak akan menemukan nikmatnya iman, sekalipun banyak sholat dan shaum(puasa), sehingga dia bersikap demikian.Persahabatan diantara manusia pada umumnya didasarkan atas
kepentingan dunia, namun perkara itu tidak berguna sedikitpun bagi mereka."

Sahabat...
Cinta seorang Mukmin adalah kekuatan. Ia bagaikan pengikat yang mengikat batu bata individu Muslim dalam sebuah bangunan yang kukuh dan tidak mudah roboh.
Allah Swt. Berfirman; " Sesungguhnya orang-orang mukmin adalah bersaudara."
Q.S Al-Hujurat : 10

Sementara itu, Rasulullah Saw bersabda, "Mukmin yang satu terhadap Mukmin yang lain itu bagaikan bangunan yang mengikat antara sebagian dengan sebagian yang lainnya."
HR. Muttafaqun 'Alaih

Sahabat...
Persaudaraan Islam bukanlah suatu permasalahan sampingan dalam Islam, tetapi ia menjadi salah satu prinsip dasar yang menyertai syahadah (persaksian) terhadap keesaan Allah dan kesaksian terhadap kerasulan Muhammad Saw.

Persaudaraan merupakan buah dan konsekuensi keimanan yang amat sangat indah. Kerana itu, kita harus sama-sama yakin bahawa keindahanNya qadim. KeagunganNya tinggi.
Kekuasaan dan penguasaanNya Maha Dahsyat. KeindahanNya berpadu dengan kemuliaan. KeagunganNya berpadu dengan keluhuran. KebesaranNya tidak pernah berakhir. KeindahanNya pesona hati.
KeagunganNya meningkatkan cinta. Sungguh, tiada cinta yang hakiki kecuali cintaNya kepada kita sebagai makhlukNya, dan cinta kita kepadaNya. Adakah kita merasakan semuanya? Wallahualam.

Yesterday is history,
Tommorow's a mystery,
Today's a gift,
That's why we call it the Present.
"Each day I wake in gratitude.
Thanking Allah,
He let me rise
And To Him I only
Seek His assistance."

Ketahuilah Olehmu.....................


Jika kau merasa lelah dan tak berdaya dari usaha yang sepertinya sia-sia Allah SWT tahu betapa keras engkau sudah berusaha


Ketika kau sudah menangis sekian lama dan hatimu masih terasa pedih...


Allah SWT sudah menghitung airmatamu


Jika kau pikir bahwa hidupmu sedang menunggu sesuatu dan waktu serasa berlalu begitu saja... Allah SWT sedang menunggu bersama denganmu


Ketika kau merasa sendirian dan teman-temanmu terlalu sibuk untuk menghubungimu...

Allah SWT selalu berada disampingmu


Ketika kau pikir bahwa kau telah mencuba segalanya dan tidak tahu hendak berbuat apa lagi... Allah SWT punya jawapannya


Ketika segala sesuatu menjadi tidak masuk akal dan kau merasa tertekan...

Allah SWT dapat menenangkanmu


Jika tiba-tiba kau dapat melihat jejak-jejak harapan...

Allah SWT sedang berbisik kepadamu


Ketika segala sesuatu berjalan lancar dan kau merasa ingin mengucap syukur..


Allah SWT telah memberkatimu


Ketika sesuatu yang indah terjadi dan kau dipenuhi ketakjuban...


Allah SWT telah tersenyum padamu


Ketika kau memiliki tujuan untuk dipenuhi dan mimpi untuk dikecapi...


Allah SWT sudah membuka matamu dan memanggilmu dengan namamu


Ingat bahawa dimanapun kau atau kemanapun kau menghadap...


Allah SWT Maha Mengetahui......................

Saturday, June 7, 2008

Bukti Cinta Kepada Allah


Sesudah Allah menerangkan kebesaran kekuasaan Nya, serta kesempurnaan Nya, dan menegaskan larangan Nya terhadap orang-orang mukmin untuk mengadakan hubungan akrab dengan musuh-musuhnya, serta menguatkan larangan tersebut dengan ancaman yang keras, maka dalam ayat berikut Allah menerangkan bahawa jalan mencintai Allah ialah mengikuti Rasul Nya, mengerjakan segala perintah Nya, dan menjauhi segala larangan Nya.


Barangsiapa sudah mendapatkan kecintaan Nya, pasti diampuni dosa-dosanya.Allah berfirman:"Katakanlah: "Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah ikutilah aku, nescaya Allah mengasihimu dan mengampuni dosa-dosamu". Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Q.S.3. (Ali Imran): 31.


Diriwayatkan, bahawa ayat ini diturunkan ketika Rasulullah saw, menyeru Ka'ab bin Al Asyraf dan orang-orang Yahudi yang mengikutinya agar mereka beriman, lalu mereka mengatakan: "Kami ini anak-anak Allah dan kekasih Nya". (Lihat Q.S.5 Al Ma'idah: 18). Kerana itu maka Allah menyuruh Rasulullah saw, supaya mengatakan kepada mereka: "Aku ini utusan Allah kepadamu sekalian, akan menyeru kamu agar beriman kepada Nya. Jika kamu mencintai Allah maka ikutilah aku dan kerjakanlah perintahku. Nescaya Allah mencintai dan meredhai kamu.


Jika orang Yahudi hendak mentaati Allah dan ingin mengerjakan amal-amal yang mendekatkan diri kepada Nya untuk memperoleh pahala dari pada Nya, maka hendaklah mereka mengakui kerasulan Nabi Muhammad saw yaitu dengan melaksanakan apa-apa yang terkandung dalam wahyu yang diturunkan Allah kepadanya.


Jika mereka telah berbuat demikian nescaya Allah meredhai mereka dan memaafkan segala kesalahan-kesalahan yang telah mereka lakukan, sertamengampuni dosa-dosa mereka. Mengikuti Rasul dengan sungguh-sungguh baik dalam i'tikad mahupun dengan urusan-urusan amal saleh akan menghilangkan bekas-bekas maksiat dan kekejian jiwa mereka serta menghapuskan kezaliman.


Ayat ini memberikan keterangan yang kuat untuk mematahkan pengakuan orang-orang yang mengaku mencintai Allah pada setiap saat, sedang amal perbuatannya berlawanan dengan ucapan-ucapan itu. Bagaimana mungkin dapat berkumpul pada diri seorang cinta kepada Allah dan membelakangi perintah-perintah Nya.


Siapa yang mencintai Allah, tapi tidak mengikuti jalan dan petunjuk Rasulullah saw, maka pengakuan cinta itu adalah palsu dandusta.Rasulullah bersabda:"Barangsiapa melakukan perbuatan tidak berdasarkan perintah kami maka perbuatan itu ditolak". H.R.Bukhari.Barangsiapa mencintai Allah dengan penuh ketaatan, serta mendekatkan diri kepada Nya dengan mengikuti Nabi Nya, yang dalam hal ini berarti membersihkan dirinya dengan amal saleh, maka Allah mengampuni dosa-dosanya.


Diriwayatkan bahawa ketika Nabi Muhammad saw, menyampaikan ayat 31 di atas, Abdullah bin Ubai berkata: "Muhammad telah menyamakan taat kepadanya dengan taat kepada Allah, dan dia menyuruh kita mencintainya seperti orang-orang Nasrani mencintai Isa". Maka Allah menurunkan ayat 32 berikut ini.Allah berfirman:"Katakanlah: "Taatilah Allah dan Rasul Nya, jika kamu berpaling maka sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang kafir". Q.S.3 (Ali Imran): 32.Maksud ayat ini ialah: "Katakanlah kepada mereka wahai Muhammad.


Taatilah Allah dengan mengikuti segala perintah-perintah Nya dan jauhilah segala larangan Nya. Dan taatilah Rasulullah dengan mengikuti sunahnya, dan jadikanlah petunjuk-petunjuknya sebagai pedoman dalam hidup.Ayat ini memberi pengertian pula bahwa Allah SWT mewajibkan kepada kita mengikuti Nabi Muhammad saw, karena dia adalah seorang rasul Allah. Bukan seperti dikatakan orang-orang Nasrani terhadap Isa as.


Kemudian Allah menyatakan bahawa jika orang-orang kafir itu berpaling, tidak mahu menerima seruan rasul lantaran pengakuan mereka bahwa mereka itu anak-anak Allah dan kekasih Nya, maka sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang kafir, yakni orang-orang yang telah dibelokkan oleh hawa nafsunya dari ayat-ayat Allah. Kerana itu Allah tidak meredhai mereka bahkan menjauhkan mereka dari kenikmatan syurga Nya dan akan memurkai mereka pada hari kiamat.


Mencintai Allah ialah dengan jalan mentaati segala perintah dan menjauhi larangan rasul Nya, serta mengikuti petunjuk-petunjuknya.


Fitrah Yang Menjadi Fitnah



Hati remaja selalu berkata, apakah salah kami bercinta? Rasa cinta memang tidak salah.Ia adalah fitrah semulajadi (instinct) yang ALLAH swt kurniaan kepada setiap manusia. Ingin bercinta dan dicintai adalah instinct. Jiwa manusia memerlukan cinta seperti jasad perlukan makanan.

Oleh kerana cinta adalah fitrah, maka tentulah tidak salah merasainya. Namun ALLAH tidak kurniakan cinta secara polos begitu saja. Dia juga pencipta peraturan cinta demi menjaga kemurniaannya. Peraturan inilah yang kerap dilanggar. Rasa cinta tidak salah tetapi kesalahan selalu berlaku sewaktu menjalin hubungan cinta. Di sinilah selalunya remaja terjebak.

Cinta terlarang adalah cinta yang menafikan peraturan yang telah ditetapkan oleh ALLAH swt. Ketika itulah FITRAH telah menjadi FITNAH. Bila kehendak semulajadi tidak disalurkan atau diisi mengikut peraturan maka akan berlakulah kekalutan dan kemusnahan.

Mengapakah perlu ada peraturan cinta?
Jawabnya kerana ALLAH swt mencintai manusia hambaNYA. Allah inginkan keselamatan dan kesejahteraan buat manusia melaksanakan keinginan fitrah semulajadinya. Keinginan tanpa peraturan akan menyebabkan banyak kemusnahan.

Begitulah hubungan cinta yang terlarang akan membawa banyak implikasi negatif dalam kehidupan. Pengalaman sudah pun mengajar kita bahawa jangan sesekali bermain cinta, nanti terbakar diri.Sudah banyak tragedi yang berlaku akibat hubungan cinta yg membelakangkan Tuhan!

Hubungan cinta jangan dicemari oleh sebarang tindakan menyalahi syariat.Lebih banyak perlanggaran hukum berlaku, lebih tinggilah risiko kemusnahan yang akan berlaku. Jangan kuat tertipu dengan pesonacinta yang dihiasi dengan pelbagai janji dan sumpah setia. Jangan kita mabuk dengan rindu dan asyik yang membuai dan melenakan.

Seteguk kita minum dari kendi cinta terlarang, racunnya akan meresap membunuh akal, jiwa dan perasaan. Pada ketika itulah cinta dikatakan buta. Maka butalah mata hati dan mata kepala sehingga seseorang akan menjadi hamba kepada sesiapa yang dicintainya.
Ketika itu hati tidak nampak yang lain kecuali apa yang dicintainya. Lupalah diri pada penciptacinta kerana terlalu asyik dengan cinta yang dikurniakaNya. Bagaimanakah pula perasaan kita agaknya jika seseorang itu begitu leka dengan hadiah yang diberikan hingga terlupa berterima kasih dengan pemberinya?

Allah swt kerap dipinggirkan dalam hubungan cinta terlarang.Seolah-olah cinta dan pencipta cinta itu sudah tidak ada kaitana ntaranya. Hukum ALLAH dilanggar bukan dengan rasa bersalah tetapi dengan rasa manis dan megah.Semuanyanya seolah-olah halal kerana cinta. Racun-racun berbisa yang memusnahkan cinta telah dianggap sebagai baja. Akhirnya pohon cinta terlarang pun berbuah.

Buah yang pahit, masam dan memabukkan. Buah yang muncul dengan pelbagai jenama yang aneh dan menjijikkan - zina, sumbang mahram,bohsia, bohjan, buang bayi dll lagi.Ketika itu indahkah cinta?

Peraturan cinta bagai tanda-tanda dan lampu isyarat di atas jalanraya.Kereta diciptakan dengan kuasa untuk bergerak tetapi pergerakkannya perlu diatur dan dikawal. Jika tidak, dengan kuasa itu akan berlakulah perlanggaran dan pertembungan. Begitulah cinta, ia adalah kuasa tetapi kuasa itu perlukan peraturan dan kawalan.


Apakah peraturan-peraturan dalam hubungan cinta?Hendaklah cinta kita itu didasarkan kepada cinta ALLAH.Ertinya cinta yang kita berikan kepadanya semata-mata kerana mengharapkan keredhaan ALLAH.ALLAH memberikan kita fitrah itu lalu niatkan dengan fitrah itu boleh menghampirkan diri kita kepada ALLAH swt.



Cintailah sesiapa pun, tetapi pastikan cinta itu dapat memudahkan kita mencintai ALLAH.Sehubungan dengan itu, cinta antara lelaki dan perempuan mestilah diniatkan untuk ALLAH!. Soalnya bagaimana?Iringilah dengan niat untuk berkahwin kerana berkahwin itu lebih memudahkan seorang lelaki atau seorang perempuan menyempurnakan agamanya.

Sabda Rasulullah saw,"Apabila seseorang itu berkahwin, sempurnalah separuh agamanya,tinggal lagi separuh untuk disempurnakannya" .

Semoga perkahwinan yang dibina adalah semata-mata kerana ALLAH,dgn tujuan untuk membina rumahtangga muslim, melahirkan keturunan soleh dan solehah, keluarga yang sanggup memikul amanah & dapat melaksanakan segala hukum dan perintah ALLAH swt.

Semoga dengan perkahwinan itu juga akan dapat menjaga pandangannya, kehormatan dirinya serta hati dan juga perasaannya supaya sentiasa tunduk dan takut pada ALLAH swt, di samping dapat beribadat dan bertaqwa kepada ALLAH SWT.

Oleh itu, usahlah bercinta sekadar untuk bersuka-suka. Lebih buruklagi janganlah ada niat-niat yang jahat dalam bercinta sekadar untuk bersuka-suka. Lebih buruk lagi janganlah ada niat-niat yang jahat dalam bercinta sama ada didorong oleh hasutan nafsu atau bujukan syaitan. Jika tidak ada niat untuk berkahwin, cinta sudah pasti bukan kerana ALLAH.

Yakinlah, tidak ada keindahan dengan melanggar peraturan Tuhan.Putus cinta dan kecewa bercinta yang begitu dominan dalam kehidupan remaja adalah disebabkan racun-racun cinta yang disangka baja ini. Justeru banyaklah cinta yang gagal disambung di alam perkahwinan dan lebih banyak yang putus tanpa sempat menempuh perkahwinan.

Allah swt Maha Mengetahui dan Maha Menyayangi. Segala peraturanNya buat dengan rasa cinta terhadap hambaNYA.Cinta suci mampu tumbuh tanpa semua itu. Dan cinta itu pasti akan membawa ke gerbang perkahwinan untuk bercinta lagi dengan seribu keindahannya.
Bahkan jika diizinkan oleh takdirNya, cinta itu akan terus bersambung ke alam akhirat. Suami yang soleh dan isteri yang solehah akan bercinta lagi di syurga-empat pertama yang melahirkan cinta!Ketika itulah FITRAH akan menjadi ANUGERAH!

Tuesday, June 3, 2008

Sahabatku Sekalian........




Assalamualaikum w.b.t.
Moga dalam rahmat & cinta Allah s.w.t.

Ukhuwwah yg terjalin dlm laman ini sungguh bermakna
Tanpa suara dan tanpa wajah namun tetap merasakan kebersamaan kita. Hampir setiap minggu dan hari kita melayarinya, membelek makluman2, tazkirah mahupun perbincangan semasa.

Sesekali kita tersenyum, sesekali kita merenung dan sesekali kita menangis dek tazkirah yg melantun hati. Namun terasa sangat hambar tanpa menatapinya….

Itulah tempias Al-Ikhwatul Imaniah (persaudaraan atas dasar iman).

Wahai sahabatku,
Al-Islam itu adalah citarasa, Al-Islam itu adalah kesetiaan, Al-Islam itu adalah perasaan & sentimen. Agama ini bermuamalah dgn jiwa dan hati manusia.
Agama ini tidak bermula dgn mempergunakan kekuatan anggota badan, bukan juga dgn mengajak bertengkar dan mencabar, akan tetapi bermula dengan kata2 yg baik dan pandangan yg pengasih.

Sahabat yg disegani,

Alam ini berhajat kepada hati, perasaan dan sentimen. Marilah kita menjadi sbg hati bg alam ini dan kita hidupkannya dgn perasaan dan sentimen.
Sesungguhnya manusia yg hidup tanpa hati, perasaan & sentimen, walaupun ia mempunyai falsafah, teori atau pengalaman namun manusia ini tidak akan menjadi manusia yg sebenarnya selagi mereka tidak punya penilaian nafsiah & rohaniah. Sebaliknya ia hanya menjadi manusia robot dan komputer yg memenuhi tugas dan keperluan manusia.

Sahabat yg disayangi,

Para Pendukung dakwah pernah berpesan bahawa manusia yg sanggup menjadi rantai penyambung perjuangan dakwah ini perlu berada di puncak kebersihan.
Dakwah yg kita cita-citakan ini memerlukan kebersihan hati kita supaya hati kita dapat memberi dan menerima sabar dan bertahan dalam kesabaran, mudah mengampunkan dan bertoleransi, sanggup turun merendah diri ketaraf golongan yg lemah dan sanggup pula membawa mereka ke taraf org2 yg kuat, menghampiri manusia dgn perlahan-lahan supaya mereka tidak lari dan tidak membicarakan hak2 org lain kecuali dgn baik krn kita mencari mereka utk dakwah….

Sahabat yg dirahmati Allah,

Da’I itu menyeru manusia kpd Allah s.w.t. dgn hikmat dan perkataan yg baik. Ssghnya hikmat itu lahir dr hati yg berhubung dgn Allah krn Allah s.w.t. sahajalah yg akan menyalakan lilin hidayat.
Kita jangan alpa utk berusaha memenangi hati2 mereka dan berlemah-lembutlah dgn mereka dan persatukanlah hati2 ini dgn ithar, ri’ayah, sabar & cinta.

Buat sahabat2 dikampus,

Al-Ustaz Hassan Al Banna pernah berpesan:
”Aku berharap penuh supaya kamu berjaya terus terutamanya dlm pelajaranmu kerana padanyalah akan diperolehi kejayaan utk dakwah.Seorg saudara muslim itu wajib punya kemahiran di dlm satu-satu jurusan hidup. Dakwah kita memerlukan ahli2 ikhtisas ilmiah yg mahir”.

Sahabat sefikrah,

Keyboard yg ditekan bukan sekadar mengisi masa lapang .Namun….Terselit dlm sanubari moga WARKAH yg dilayar ini dapat menjadi titipan bersama yg mampu mengoreksi dan memuhasabah bagi menjana keperibadian yg dikehendaki.

Sahabatku yg dihormati…
carilah ilmu sebanyak yg terdaya……keperitan mencari dan memiliki itu menyebabkan kita akan menghargai apa yg kita cari.
Smmgnya adat manusia akan lebih menghargai apa yg mereka cari…namun di titik akhir usaha kita perlu dikibarkan bendera keredhaan bahawa tidak semua yg kita ingini dan cuba kita capai akan menjadi milik kita…

Bukankah kita dituntut utk berusaha….Allah s.w.t. telah berjanji bahawa Dia akan menanyakan usaha kita bukan apa yg kita berjaya capai…????Berusahalah sahabatku dlm apa jua bidang/lapangan selagi tidak menderhakakan syariat…..

Akhir kalam, ana mohon ampun&maaf jika ada bahasa dan ungkapan makluman yg punya kelemahan/kesilapan.

MOGA ALLAH & RASUL BERSAMA KITA
WASSALAM...........

Mampukah Aku Menjadi Wanita Solehah...


The beauty of a woman is not in the clothes she wears, the figure that she carries,or the way she combs her hair.
The beauty of a woman must be seen in her eyes,because that is the doorway to her heart, the place where love resides.
The beauty of a woman is not in a facial mole, But true beauty in a woman is reflected in her soul. It is the caring that she lovingly gives, the passion that she shows and the beauty of a woman. With passing years-only grows!

Mampukah aku menjadi seperti Siti Khatijah?
Agung cintanya pada Allah dan Rasulullah
Hartanya diperjuangkan ke jalan fisabilillah
Penawar hati kekasih Allah
Susah dan senang rela bersama...

Dapatkah ku didik jiwa seperti Siti Aishah?
Isteri Rasulullah yang bijak
Pendorong kesusahan dan penderitaan
Tiada sukar untuk dilaksanakan...

Mengalir air mataku
Melihat pegorbanan puteri solehah
Siti Fatimah Akur dalam setiap perintah
Taat dengan ayahnya, yang sentiasa berjuang
Tiada memiliki harta dunia
Layaklah dia sebagai wanita penghulu syurga...

Ketika aku marah
Inginku intip serpihan sabar
Dari catatan hidup Siti Sarah....
Tabah jiwa Setabah umi Nabi Ismail
Mengendong bayinya yang masih merah
Mencari air penghilang dahaga
Diterik padang pasir merak
Ditinggalkan suami akur tanpa bantah
Pengharapannya hanya pada Allah
Itulah wanita Siti Hajar....

Mampukah aku menjadi wanita solehah?
Mati dalam keunggulan iman
Bersinar indah, harum tersebar
Bagai wanginya pusara Masyitah....

Ciri-ciri Wanita Solehah


















Tidak banyak syarat yang dikenakan oleh Islam untuk seseorang wanita untuk menerima gelaran wanita solehah, dan seterusnya menerima pahala syurga yang penuh kenikmatan dari Allah swt.
Mereka hanya perlu memenuhi 2 syarat saja yaitu :

1) Taat kepada Allah dan RasulNya
2) Taat kepada suami

Perincian dari dua syarat di atas adalah sebagai berikut :

1) Taat kepada Allah dan RasulNya .

Bagaimana yang dikatakan taat kepada Allah swt?
- Mencintai Allah swt dan Rasulullah saw melebihi dari segala-galanya.
- Wajib menutup aurat
- Tidak berhias dan berperangai seperti wanita jahiliah
- Tidak bermusafir atau bersama dengan lelaki dewasa kecuali ada bersamanya mahramnya.
- Sering membantu lelaki dalam perkara kebenaran, kebajikan dan taqwa
- Berbuat baik kepada ibu & bapa
- Sentiasa bersedekah baik dalam keadaan susah ataupun senang
- Tidak berkhalwat dengan lelaki dewasa
- Bersikap baik terhadap tetangga

2) Taat kepada suami
- Memelihara kewajiban terhadap suami
- Sentiasa menyenangkan suami
- Menjaga kehormatan diri dan harta suaminya selama suami tiada di rumah.
- Tidak cemberut di hadapan suami.
- Tidak keluar tanpa izin suami.
- Tidak meninggikan suara melebihi suara suami
- Tidak membantah suaminya dalam kebenaran
- Tidak menerima tamu yang dibenci suaminya.
- Sentiasa memelihara diri, kebersihan fisik dan kecantikannya serta kebersihan rumahtangga.

Faktor Yang Merendahkan Martabat Wanita

Sebenarnya puncak rendahnya martabat wanita adalah datang dari faktor dalam. Bukanlah faktor luar atau yang berbentuk material sebagaimana yang digembar-gemborkan oleh para pejuang hak-hak palsu wanita.

Faktor-faktor tersebut ialah :

- Lupa mengingati Allah
Kerana terlalu sibuk dengan tugas dan kegiatan luar atau memelihara anak-anak, maka tidak hairan jika banyak wanita yang tidak menyedari bahawa dirinya telah lalai dari mengingati Allah.

Dan saat kelalaian ini pada hakikatnya merupakan saat yang paling berbahaya bagi diri mereka, di mana syaitan akan mengarahkan hawa nafsu agar memainkan peranannya.
Firman Allah swt di dalam surah al-Jathiah, ayat 23: ertinya:
"Maka sudahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai Tuhannya dan Allah membiarkannya sesat berdasarkan ilmunya. Dan Allah telah mengunci mati pendengaran dan hatinya dan meletakkan tutupan atas penglihatannya."

Sabda Rasulullah saw: ertinya:
"Tidak sempurna iman seseorang dari kamu, sehingga dia merasa cenderung kepada apa yang telah aku sampaikan." (Riwayat Tarmizi)

Mengingati Allah swt bukan saja dengan berzikir, tetapi termasuklah menghadiri majlis-majlis ilmu.

- Mudah tertipu dengan keindahan dunia
Keindahan dunia dan kemewahan dunia menyebabkan ramai wanita tertipu. Bukan itu saja, malahan syaitan dengan mudah memperalatkannya untuk menarik kaum lelaki agar sama-sama bergelumang dengan dosa dan noda.
Tidak sedikit yang sanggup derhaka kepada Allah swt hanya kerana kenikmatan dunia yang terlalu sedikit.
Firman Allah swt di dalam surah al-An'am: artinya :
"Dan tidaklah penghidupan dunia ini melainkan permainan dan kelalaian dan sesungguhnya negeri akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertakwa, oleh karena itu tidakkah kamu berfikir."

- Mudah terpedaya dengan syahwat

- Lemah iman

- Bersikap suka menunjuk-nunjuk.

Ad-dunya mata' , khoirul mata' al mar'atus sholih
Dunia adalah perhiasan, perhiasan dunia yang baik adalah Wanita sholichah.