CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Tuesday, January 17, 2012

Cukuplah kematian sebagai satu peringatan....

sejak kebelakangan ini...sering mendengar berita kematian dari insan2 yang soleh..
pergi menghadap ALLAH SWT...

Al fatihah buat arwah Al Marhum Tn Guru Hj Mohd Isa Ansarallah ( Pak Teh Md Isa Mahang - Khalifah Tarikat Syatariyyah)

juga buat arwah Pak Syed...di hari jumaat yang penuh barakah ALLAH menjemputnya kembali ke rahmatullah....arwah telah menginfaqkan seluruh hidupnya dalam perjuangan Islam...Allahu Akbar...AlFatihah..

Dan, hari ini..Suami kepada sahabat UTP,telah kembali ke rahmatuLlah sebentar sahaja tadi.. hari ini genap sebulan mereka bergelar suami isteri...17 Disember 2011...17 Januari 2012...

Suaminya bernama Mohd Fikri Bin Ismail...Isterinya Nor Hafizah Binti Mahmood..Doakan moga suaminya dtempatkn bersama org yg soleh..Doakan moga isterinya dberi kekuatan & ketabahan hati dgn ujian ini...
kalam dari kak zhifa...suami adalah pinjaman dari ALLAH SWT...dan ALLAH menyayanginya , lalu ALLAH menjemputnya kembali....
arwah adalah penggerak PAS di kawasan Bintulu dan seorang yg dermawan..

moga roh-roh mereka dicucuri ALLAH SWT...dan tenang, bahagia di sana...

ALLAH berhak dan sememangnya berhak menjemput kita menghadapnya...
soalnya bila dan bila...wajiblah kita bersedia...

ya ALLAH, matikanlah kami dalam iman...matikanlah kami dalam islam..matikanlah kami dalam perjuangan islam....

Monday, January 9, 2012

Motivasi Perkahwinan..

“Dan kahwinlah orang bujang (Lelaki atau perempuan) dari kalangan kamu, dan orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah swt akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpa kurnia-Nya, kerana Allah swt Maha Luas (rahmat-Nya dan limpah kurnia-Nya), lagi Maha Mengetahui”
kalam ALLAH dalam Surah An-Nur 24:32..

kita renung pula hadis ini...
“Ada tiga golongan yang Allah berjanji akan menolong mereka, iaitu :
1 – Orang yang bernikah dengan tujuan menjaga kesucian dirinya,
2 – Hamba sahaya yang ingin memerdekakan dirinya,
3 – Orang yang berperang di jalan Allah.”
(Hadis Riwayat at-Tirmidzi)

Wednesday, January 4, 2012

Redha..adakah aku redha??

Bukankah seorang yang menuntut kemuliaan dari Allah harus tidak tahu bersungut dan terlalu cerewet dengan takdir yang telah ditentukan kepadanya?????

Dia harus menerimanya dengan hati yang tenang dan redha, tidak kira apa sahaja corak takdir yang menimpa....
“Dan janganlah kamu irihati terhadap apa yang dikurniakan Allah kepada sebahagian kamu lebih banyak dari sebahagian yang lain. (Kerana) bagi orang-orang laki-laki ada bahagian daripada apa yang mereka usahakan, dan bagi wanita pun ada bahagian daripada apa yang mereka usahakan, dan mohonlah kepada Allah sebahagian dari kurniaNya. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui segala sesuatu.” (An-Nisaa’ : 32)

Alangkah sempitnya akal seseorang insan sehingga tidak memahami adanya hikmah dan rahmat kurnia Allah dalam setiap takdir yang ALLAH tentukan buat dirinya...Tentunya itu kerana lemah keimanan dan tidak ada baik sangka terhadap Allah swt yang Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana....
Astagfirullahaladzim....
Maafkanlah aku ya ALLAH...
Ajarkanlah aku untuk redha dengan Mu...

“Dan tidaklah patut bagi laki-laki yang mukmin dan tidak pula bagi perempuan yang mukmin, apabila Allah dan RasulNya telah menetapkan suatu ketetapan,akan ada bagi mereka pilihan yang lain tentang urusan mereka.”(Al Ahzab :36)

Hanya orang yang sabar dan redha dengan ujian dan ketentuan Allah sahajalah yang akan
berjaya di dalam perjalanan ini. Mereka sering mendapat kelebihan kurnia dan kebesaran daripada Allah pada saat-saat itu, yang kadang-kadang tidak bisa didapati dengan sembahyang dan puasa.

Ya ALLAH..jadikanlah kami hamba-hambaMu yang bersyukur dan redha dengan segala ketentuan Mu...