CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Wednesday, January 4, 2012

Redha..adakah aku redha??

Bukankah seorang yang menuntut kemuliaan dari Allah harus tidak tahu bersungut dan terlalu cerewet dengan takdir yang telah ditentukan kepadanya?????

Dia harus menerimanya dengan hati yang tenang dan redha, tidak kira apa sahaja corak takdir yang menimpa....
“Dan janganlah kamu irihati terhadap apa yang dikurniakan Allah kepada sebahagian kamu lebih banyak dari sebahagian yang lain. (Kerana) bagi orang-orang laki-laki ada bahagian daripada apa yang mereka usahakan, dan bagi wanita pun ada bahagian daripada apa yang mereka usahakan, dan mohonlah kepada Allah sebahagian dari kurniaNya. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui segala sesuatu.” (An-Nisaa’ : 32)

Alangkah sempitnya akal seseorang insan sehingga tidak memahami adanya hikmah dan rahmat kurnia Allah dalam setiap takdir yang ALLAH tentukan buat dirinya...Tentunya itu kerana lemah keimanan dan tidak ada baik sangka terhadap Allah swt yang Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana....
Astagfirullahaladzim....
Maafkanlah aku ya ALLAH...
Ajarkanlah aku untuk redha dengan Mu...

“Dan tidaklah patut bagi laki-laki yang mukmin dan tidak pula bagi perempuan yang mukmin, apabila Allah dan RasulNya telah menetapkan suatu ketetapan,akan ada bagi mereka pilihan yang lain tentang urusan mereka.”(Al Ahzab :36)

Hanya orang yang sabar dan redha dengan ujian dan ketentuan Allah sahajalah yang akan
berjaya di dalam perjalanan ini. Mereka sering mendapat kelebihan kurnia dan kebesaran daripada Allah pada saat-saat itu, yang kadang-kadang tidak bisa didapati dengan sembahyang dan puasa.

Ya ALLAH..jadikanlah kami hamba-hambaMu yang bersyukur dan redha dengan segala ketentuan Mu...

0 comments: