CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Tuesday, June 30, 2009

Doa Senjata Mukminah.....

Ya Allah Ya Rahman, peliharalah aku dari dosa-dosa yang inginku tinggalkan.....

Ya Allah, janganlah kau tinggalkan aku dari pemerhatianmu, janganlah kau biarkan aku hanyut dari mengAgungkanMu, janganlah kau biarkan aku menggantikan tempatMu dihati ini dengan dunia yang terlalu kecil nilainya disisiMu, jadikanlah aku manusia yang dipercayai kerana imanku kepadaMu. jadikanlah aku orang yang dicintai kerana cintaku kepadaMu, jadikanlah aku orang yang tinggi darjatnya kerana aku mengagungkanMu, jadikanlah aku orang yang sentiasa sedar bahawa dunia ini tidak lain dari sekadar ujian sejauh mana cintaku padaMu.....

Ya Allah, bersihkanlah hatiku dari perkara-perkara yang boleh mensyirikkanku padaMu...
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim, janganlah kau beri kebahagiaan kepadaku di dunia ini andainya ia menjadikanku sengsara di akhirat nanti, janganlah Kau temukan aku dengan seseorang yang akan kucintai andainya ia akan menjauhkan aku dari sisiMu di akhirat nanti, janganlah Kau berikan aku kekayaan di dunia andainya ia akan menyebabkan aku gagal dalam hisabku di akhirat nanti.....

Ya Allah, bersihkan lah hatiku dari noda-noda hitam yang kuciptakan sendiri.....
Ya Allah kembalikanlah sinar dihatiku, walau secebis agar ia dapat menjadi sumber cahaya yang menyuluh hidupku agar kudapat membezakan antara yang hak dan yang batil
Ya Allah, sedarkanlah aku akan hakikat kewujudanMu dan KeagunganMu, lembutkanlah hatiku ini sebagaimana kau jadikan besi lembut untuk Nabi Daud alaihissalam ....

Ya Allah, dengarlah rintihan hatiku, hambamu yang hina, hambamu yang lemah dan berdosa, hambamu yang sering melupakanMu, hambamu yang susah untuk melakukan suruhanMu, hambamu yang sering melupakanmu diwaktu senang dan hanya mengingatiMu diwaktu susah, hambamu yang sering bongkak dan takbur hingga melupakan keagunganMu, hambaMu yang sering berdolak-dalik, hambaMu yang sering berpura-pura dan hambaMu yang sering memungkiri janji taubatnya padaMu...........
Ya Allah, bantulah aku, ingatkanlah aku bila aku lupa, tegurlah aku dengan segera andainya aku lalai dan mula jauh dariMu, janganlah Kau palingkan pemerhatianMu dariku....
Ya Allah yang menciptakan alam yang sangat luas ini, berilah aku ruang di sisiMu agar aku menjadi hambaMu yang solehah, hambamu yang beribadah bukan kerana inginkan syurgaMu atau takutkan nerakaMu tapi kerana inginkan Keredhaan dan Rahmat dariMu, Tuhan semesta alam.
Ya Allah Yang Maha Mengetahui isi hatiku, kurniakanlah aku kebahagian di dunia dan akhirat dan jauhkanlah aku dari azab api nerakaMu. Amiiiin…

Monday, June 22, 2009

Ya Allah....

“ Ya Allah, sesungguhnya kami bermohon pertolongan Mu, kami meminta ampun kepada Mu, kami memohon petunjuk dari Mu, kami beriman kepada Mu, kami berserah kepada Mu dan kami memuji Mu dengan segala kebaikan, kami mensyukuri dan tidak mengkufuri Mu, kami melepaskan diri daripada sesiapa yang durhaka kepada Mu.
Ya Allah, Engkau yang kami sembah dan kepada Engkau kami bersolat dan sujud, dan kepada Engkau jualah kami datang bergegas, kami mengharap rahmat Mu dan kami takut akan azab Mu kerana azab Mu yang sebenar akan menyusul mereka yang kufur.
Ya Allah, Muliakanlah Islam dan masyarakat Islam. Hentikanlah segala macam kezaliman dan permusuham, Bantulah saudara-saudara kami di mana sahaja mereka berada. Angkatlah dari mereka kesusahan, bala, peperangan dan permusuhan.Ya Allah, selamatkanlah kami dari segala keburukan dan janganlah Engkau jadikan kami tempat turunnya bencana, hindarkanlah kami dari segala bala kerana tidak sesiapa yang dapat menghindarkannya melainkan Engkau, ya Allah.”
BERBAHAGIALAH DENGAN UJIAN KECIL INI...
KERANA TUJUAN KITA DIUJI HANYALAH UNTUK MEMUJI...
Ya Allah, tabahkanlah hatiku untuk menerima ujian ini....

Wednesday, June 3, 2009

Seindah Bidadari Syurga.....

Aduhai bidadari syurga…
Mendengar lagu dan membaca hikayat kalian membuatkan aku tertanya-tanya.Mampukah aku
menjadi seperti kalian?Layakkah aku berdiri di sisi kalian? Sedangkan perjuangan ku tak tersaing dengan kalian dan kehambaan ku tak sehebat pengabdian kalian…..

Riwayat bidadari syurga, menambat hatiku pada Yang Esa…

Al-Khansaa` berpuisi pada putera-puteranya :
“Wahai putera-puteraku,
Jika kamu bangun esok pagi
Keluarlah memerangi musuh-musuh Allah
Dan kerana Nya, kamu akan mendapat kemenangan.”
Begitulah Al-Khansaa`
Tidak diratapi putera-puteranya yang gugur
Tidak disesali putera-puteranya yang syahid…

Iman dan taqwa ini
Begitu menusuk jiwanya
Hingga pujukan ayahnya
Gagal melenturkan hatinya
Ayahnya Musyriq
Suaminya Nasrani
Wahai Ramlah,
Kesabaranmu diganjar Allah
Ayahmu menjadi muslim
Dan suamimu kini Rasulullah S.A.W..

Hafsah bin Umar…
Dalam kelemahan sebagai manusia
Masih ada ruang memohon ampun Nya
Kau satukan helaian wahyu
Kalimah yang agung
Menjadi lembar pedoman turun temurun

Tanpa gentar engkau berjuang
Penuh megah kau julangi panji-panji Islam
Wahai Nasibah
Engkau adalah lambang
Kegagahan seorang wanita…

Yang bijak, yang anggun
Yang tegas, yang lembut
Dirimu pelengkap sifat wanita
Kesetiaanmu pada Uthman tiada tandingan
Wahai Nai`lah Al-Farafishah
Engkaulah hiasan sebaik permata….

Pengorbanan Saudah yang tak ternilai harganya…
Mengutamakan yang lebih utama di hati Baginda
Walau dirimu berendam air mata…
“Wahai Rasulullah, biarkan aku terus menjadi isterimu
Kerana kedudukan itu
Lebih mulia dari seorang janda”…
Mulianya hatimu wahai Saudah binti Zam` ah….

Rumaisa
Kau sedar setiap anugerah itu adalah pinjaman
Penuh redha engkau terima
Setiap kau miliki bukanlah milikmu yang hakiki
Tiba masa harus kembali pada yang haq
Walaupun yang dikembalikan itu
Adalah anakmu sendiri….

Pelbagai iktibar dapat kita teladani melalui kisah-kisah mereka.Kisah Hawa, Siti Khadijah r.a, Aisyah r.a, Zulaikha, Aminah Bt Wahab,Balqis, Ainul Mardhiah, Zubaidah Binti Jaafar, Halimah As-Sa`adiah, Yukabid, Fatimah Az-Zahra, Hindun, Asiah, Nasibah, Asma` Bt Abu Bakar, Zainab Bt Ali, Rabiatul Adawiyah, Khaulah, Zinnirah, Masyitah, Sumayyah, Barakah Bt Tsa`labah dan nama-nama serikandi Islam yang lain.

Dan, sama-samalah kita menghayati dan menyusuri liku-liku kehidupan dan pengorbanan serikandi-serikandi Islam yang sanggup berjuang dan berkorban mempertahankan keimanan mereka terhadap Allah S.W.T sehingga sanggup mempertaruhkan nyawa mereka sendiri.
Itu semua dilakukan demi meninggikan syiar Islam di muka bumi ini dan mengagungkan agama Allah. Allahuakbar!Allahuakbar!Allahuakbar!

Walaupun kita mungkin tidak mampu meletakkan nama kita sebaris dengan para serikandi ini tetapi marilah kita berusaha untuk memperbaiki diri dan meningkatkan keimanan kita supaya kita dapat bersama-sama mereka di syurga nanti.Insyaallah...

Al Fatihah untuk para serikandi ini.Semoga roh mereka sentiasa dicucuri rahmat dan redha Allah S.W.T. Al Fatihah...