CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Thursday, December 23, 2010

Jom kita ke Talkshow 1/1/2011

Tuesday, December 21, 2010

Pertandingan Melengkapkan Slogan

Kita Bersaudara

Tuesday, November 30, 2010

Kalam Ilahi, penawar hati...

"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta." [Al-Ankabut, 29:2-3]

"Hai orang-orang yang beriman, mintalah pertolongan kepada Allah dengan sabar dan solat. Sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar." [Al-Baqarah, 2:153)

"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman." [Al-Imran, 3:139]

Hidup ini penuh dgn ujian. Memang perit dan pedih utk menghadapinya. Tapi kita kena faham konsep “ujian” di dalam perspektif Islam. Kerana sekiranya kita tidak faham dengan jelas, kita akan cepat putus asa, kecewa dan lebih membahayakan apabila kita buruk sangka terhadap Allah SWT. Jadi, bagaimana ingin memujuk hati yg sedang berduka lara itu???

Pujuklah dengan berzikir dan mengingati Allah….dan bacalah Al Quran…
sesungguhnya, banyaklah sudah isi-isi yang tersingkap di dalamnya……
segala jawapan ada di dalamnya….

Sunday, November 28, 2010

Muhasabah Cinta buat sahabatku..

Lagu ini ku titipkan khas buat sahabat dunia akhiratku, Aishah Abd Rahim..
lagu kesukaannya..
semoga kau terus tabah, sabar dalam menempuhi ujian Allah ini..

Ya Allah..
panjangkanlah umur sahabat yang ku kasihi ini..
Berikanlah kekuatan, ketabahan, kesabaran padanya..
moga redha dan rahmatMu sentiasa bersamanya...Wahai... Pemilik nyawaku
Betapa lemah diriku ini
Berat ujian dariMu
Kupasrahkan semua padaMu

Tuhan... Baru ku sadar
Indah nikmat sehat itu
Tak pandai aku bersyukur
Kini kuharapkan cintaMu

Kata-kata cinta terucap indah
Mengalun berzikir di kidung doaku
Sakit yang kurasa biar jadi penawar dosaku
Butir-butir cinta air mataku
Teringat semua yang Kau beri untukku
Ampuni khilaf dan salah selama ini
Ya ilahi....
Muhasabah cintaku...Tuhan... Kuatkan aku
Lindungiku dari putus asa
Jika ku harus mati
Pertemukan aku denganMu

Monday, November 22, 2010

Jom ke Talkshow - 28/11/2010

Sunday, November 14, 2010

Rapuh

detik waktu terus berjalan
berhias gelap dan terang
suka dan duka tangis dan tawa
tergores bagai lukisan

seribu mimpi berjuta sepi
hadir bagai teman sejati
di antara lelahnya jiwa
dalam resah dan air mata
kupersembahkan kepadaMu
yang terindah dalam hidup

meski ku rapuh dalam langkah
kadang tak setia kepadaMu
namun cinta dalam jiwa
hanyalah padaMu

maafkanlah bila hati
tak sempurna mencintaiMu
dalam dadaku harap hanya
diriMu yang bertahta

detik waktu terus berlalu
semua berakhir padaMu

Opick - Rapuh

Wednesday, October 20, 2010

Rahmat ujian.........

Dalam derita ada bahagia
Dalam gembira mungkin terselit duka
Tak siapa tahu
Tak siapa pinta ujian bertamuBibir mudah mengucap sabar
Tapi hatilah yang remuk menderita
Insan memandang
Mempunyai berbagai tafsiran

Segala takdir
Terimalah dengan hati yang terbuka
Walau terseksa ada hikmahnya

Harus ada rasa bersyukur
Di setiap kali ujian menjelma
Itu jelasnya membuktikan
Allah mengasihimu setiap masa

Diuji tahap keimanan
Sedangkan ramai terbiar dilalaikan
Hanya yang terpilih sahaja
Antara berjuta mendapat rahmatNya
Allah rindu mendengarkan
Rintihanmu berpanjangan
Bersyukurlah dan tabahlah menghadapi

Allah tidak pernah silap dalam menentukan takdir utk hamba-hambaNya...

Hidup ini adalah satu medan ujian. Dunia ini hanyalah sebuah persinggahan dan bukan destinasi. Sebuah perhentian dan bukan pengakhiran. Tanpa ujian, manusia takkan pernah terhantuk dan tengadah, bahkan akan terus lalai dengan dunianya sendiri yang penuh dengan angan-angan, hiasan syaitan.
Ujian adalah satu bentuk interaksi antara Allah dan kita. Ujian membuatkan kita mendongak ke langit, menadah tangan memohon perhatian Tuhan. Kita selalu lupa, namun Allah tak pernah sekali-kali lalai daripada hamba-Nya.

Ya Allah, jadikanlah aku seorang hamba yang redha dengan ujian Mu ini...

Thursday, September 23, 2010

Cinta....

CINTA adalah antara perkara paling menarik untuk diperkatakan.. sebab dengan adanya CINTA , pasti wujud kasih sayang..CINTA itu kemuncak kasih sayang..sebab tu kadang2 kita sayang tapi tak sampai jatuh CINTA ..tapi kalau dah CINTA , confirm sayangnya tu berlambak2.. betul tak?!CINTA sebenarnya bukan suatu perkara yang perlu dicari..apatah lagi untuk dijaja ke sana sini.. CINTA itu hanya boleh diminta..kerana CINTA adalah milik mutlak sang Pencipta.. dan kerana itu kita dapat lihat bila CINTA diberi, pandangan sekeliling bukan lagi jadi persoalan.. ada orang sanggup lari kerana CINTA ..sanggup susah demi CINTAnya, bahkan ada yang rela mati atas nama CINTA ..memiliki CINTA adalah satu kurniaan paling hebat.. hatta sang isteri tekadang gagal memiliki CINTA suaminya..begitu juga ada sang suami yang tidak mampu merasai CINTA si isteri..kerana CINTA itu sebenarnya bukan milik kita.. CINTA hakiki adalah milik yang Maha Mencintai..Dialah al-Wadud.. CINTA yang lahir dari menCINTAiNya adalah CINTA yang benar2 murni...

CINTA kurniaan ini tak dinilai oleh apapun..dan tidak dibatasi oleh sesuatupun.. kerana CINTA yang dikurniakaNya kepada hamba2 yang diCINTAiNya bukanlah cinta2 biasa...tetapi cinta2 penuh ajaib yang seringkali memberi makna yang luar biasa..bagaimana caranya? hanya dengan mengembalikan CINTA yang dikurnia itu kepada pengetahuanNya..ukuran CINTA sejati ialah bilamana apa yang dicintai itu mampu membawa kita untuk mengingati dan menCINTAiNya.. kerana hati yang baik tahu menghargai dari mana ia memiliki CINTA nya..

kredit to: shine suria

Monday, September 6, 2010

Bicara Penghujung Ramadhan, Syawal Menjelang...

Sedar tak sedar, kita sudah menghampiri saat terakhir bersama Ramadhan yang penuh dengan barakah dan maghfirah.Moga Ramadhan kali ini mentarbiyyah kita untuk terus bertaqarrub pada Allah S.W.T dan juga untuk terus bersama Islam hingga akhir hayat.....Sesungguhnya Ramadhan yang bakal meninggalkan kita, pasti akan dirindui dan doakanlah moga kita semua masih terpilih oleh Allah untuk bertemu Ramadhan di masa akan datang.

Raikanlah kemenangan kita pada Syawal nanti.Kemenangan dan kesyukuran yang tidak terhingga kepada Yang Maha Agung kerana memilih kita menjalani ibadah di bulan Ramadhan.

Pentarbiyyahan Ramadhan yang kita alami barangkali menjadikan kita seorang hamba lebih baik dari yang sebelumnya atau sebaliknya.Hanya kita yang tahu sejauh mana iman kita, iman yang kadang-kadang berkurang, kadang-kadang bertambah, dan Allah Yang Maha Mengetahui untuk menilai segalanya....Yang penting keikhlasan hati kita dalam beribadah kepada Nya...
Akhir kalam, ana ingin mohon maaf kepada semua sahabat-sahabat seperjuangan, teman-teman di alam maya yang sudi ziarah blog ana ini.Andai tersalah kata, tersilap bicara, maafkan ana.Moga Redha Allah bersama kita.Insyaallah.

- SELAMAT MENERUSKAN IBADAH PADA ALLAH S.W.T
- SALAM LEBARAN...
- SALAM MENUJU REDHA ALLLAH S.W.T
- MANTAPKAN TARBIYYAH DIRI
- TERUSKAN PERJUANGAN

Tuesday, August 31, 2010

Temukan kami dengan Lailatul Qadar..

Aisyah r.a. bertanya kepada Rasulullah, katanya, "Ya Rasulullah s.a.w. andainya aku mendapati malam Lailatul-Qadar, apakah doa yang patut aku bacakan? Rasulullah s.a.w. berdoa dengan doa:
Maksudnya: " Ya Allah! Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun, oleh itu berilah keampunan-Mu untukku. "

Selamat menghidupkan malam-malam 10 terakhir ramadhan ini dengan beribadah sepenuh hati..
Moga allah temukan kita dengan malam lallatul qadar..Insyaallah

Sunday, August 15, 2010

Allahurabbi...

“Ya Allah, jadikanlah awal Ramadhan ini sebagai hari-hari terbaik dalam kehidupanku, dan jadikan aku orang yang sabar dipertengahan Ramadhan dan perkuatkan imanku pada akhir Ramadhan agar dengannya aku dikasihi olehMu, diampuni seluruh dosaku dan diberkati baki-baki dari umurku.”
Amin Ya Rabbal Alamin..

Tuesday, August 10, 2010

Salam Ramadhan..

Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu. - Diriwayat oleh imam Nasai'e, Ibn majah, Ibn Habban dan Baihaqi-

Salam Ramadhan buat semua sahabat-sahabat..
Semoga Ramadhan kali ini menambahkan lagi kecintaan dan keimanan kita pada Allah SWT...menambahkan lagi kerinduan kita kepada Nabi Muhammad SAW...
menambahkan lagi kekuatan kita dalam menegakkan agama allah di dunia yang bakal ke penghujungnya......

SELAMAT MENCARI KEBERKATAN DAN KERAHMATAN DI BULAN RAMADHAN
SELAMAT MENCARI REDHA ALLAH
SELAMAT BERIBADAH

Sunday, June 13, 2010

Temukan kami dengan Ramadhan...

Monday, May 31, 2010

Doa Senjata Mukmin-Freedom for Gaza


Ya Allah,
Sesungguhnya kami meletakkan-Mu di batang-batang leher musuh2 kami
Dan kami berlindung dengan-Mu daripada kejahatan2 mereka

Ya Allah,
Leburkanlah kumpulan2 mereka
Pecah belahkan dan kacau bilaukan persatuan mereka
Goncangkan pendirian mereka
Dan hantarkanlah anjing2 kamu kepada mereka
Wahai tuhan yang gagah perkasa Wahai tuhan yang penuh raksasa
Wahai tuhan yang bersifat murka

Ya allah Ya allah Ya allah Ya allah,
Wahai tuhan yang menurunkan kitab,
Wahai tuhan yang mengarakkan awan
Wahai tuhan yang menewaskan bala tentera al-ahzab
Kalahkan mereka Kalahkan mereka
Kalahkan mereka Dan menangkan kami ke atas mereka.

Monday, May 24, 2010

Menuju ke sana....

Salam barakah dan tahniah buat sahabat-sahabat yang bakal mendirikan rumahtangga.Moga Allah merahmati dan memberkati ikatan perkahwinan yang akan dibina.

Doa Buat Pengantin :
“Semoga Allah memberkati kamu dan melimpahkan berkat kepada kamu dan menghimpunkan kedua kamu di dalam kebaikan”Perkongsian berharga buat sahabat-sahabat yang bakal bergelar isteri.Hadiah istimewa buat kalian, hadiah lain akan menyusul nanti.Insyaallah..Bacalah dengan penuh penghayatan.Moga redha Allah sentiasa mengiringi kalian.....

Wasiat Ummamah pada puterinya yang bakal mendirikan baitul muslim dengan jejaka pilihan hatinya iaitu Al-Harith bin Amru..

"wahai puteriku! ada sepuluh perkara yang ingin kuberikan pedoman kepadamu dan sebagai panduan untukmu dalam kehidupan berumahtangga...."

1. Jalinkan hubungan suamimu dengan petuh ketaatan. Perhatikan kesukaanya dan jangan sampai dia melihat sesuatu yang buruk darimu atau tercium sesuatu yang kurang enak darimu...

2. Sentiasalah membanggakan suamimu kerana ini akan membuatkan dirinya kasih kepadamu.
3. Benarkanlah kata-katanya dan pendapatnya serta sikapnya selagi tidak melanggar dengan syariat yang ditetapkan ALLAH nescaya dia akan bersikap lembut kepadamu kembali.

4. Uruskanlah rumahtanggamu dengan penuh bertanggungjawab, baik dan sempurna.

5. Sentiasalah memelihara diri, keluarga dan kehormatan suamimu.

6. Simpanlah segala rahsianya dengan baik, jangan sekali bantah segala suruhannya kerana itu akan melukakan hatinya.

7. Jagalah waktu makan dan waktu istirehat suamimu dengan sebaiknya, Kerana perut yang lapar akan membuatkan darah suamimu cepat naik dantidur yang tidak mencukupi akan menimbulkan keletihan.

8. Jika dia sedang bergembira, janganlah kamu menunjukkan kesedihanmu dihadapannya..kamu mesti mengikut segala kehendak hati suamimu.

9. Hiasilah dirimu dengan baik agar dia gembira melihatmu.

10. Jadikanlah dirimu itu sebagai pembantu kepadanya, nescaya dia akan menjadi penolong pula buat dirimu

Monday, April 26, 2010

Aduhai Puteriku Sayang....

Khas untuk serikandi-serikandi kesayanganku....
Yang sedang mencari dan terus mempelajari ilmu-ilmu
dalam menjadikan diri sebaik-baik insan...
insan yang solehah...
Walau ranjau dan ujian mendatang,laluilah dengan tenang...
Usah terpedaya dengan arus kemodenan di alam maya....
Usah terpedaya dengan musuh utama...
Yang sentiasa menyelinap di segenap ruang dan peluang yang ada...

Dirimu amat berharga sekali..
Hargailah dirimu...
Diri yang ingin bergelar insan solehah takkan mudah menjadi tontonan mata-mata lelaki...
Kau pasti akan temui ketenangan dan kebahagiaan di hati
dengan mujahadahmu kerana Allah SWT..

Hayatilah puisi berharga ini........

Suatu kisah
Kisah benar belaka
seorang pemuda dalam pencarian
Mencari pemilik rusuk kirinya
Sudah bertahun bersendirian
Muncullah calon yang entah ke berapa

Seperti biasa
Diusulkan emak tersayangBukan calang-calang calon yang diusulkan
Lulusan universiti Timur Tengah
Menghormati permintaan si anak
Yang mahu pendamping solehah
Sejuk mata memandang
Bertudung labuh litup
Pandai berbahasa Arab
Pendek kata tip top!Si pemuda mulakan istikharah
Hampir berminggu
Setelah meneliti gambar
Mula mencari maklumat
Sebelum sesi taaruf bermula

Si pemuda menjenguk ke web
Laman Friendster kegemaran ramai
Yang kini mungkin Facebook
Satu keajaiban!!!
Si lelaki tidak pernah punya web sedemikian
Tiba-tiba tergamam
Si gadis masih anggun
Bertudung labuh litup
Namun, bergambar sakan
Aduh!

Terkejut bukan kepalang
Calon solehah direject tanpa ihsan
Bukan menjadi pilihan
Kerana gambar ditayang
Dengan penuh sakan
Pemilihan terbatalPerempuan cantik itu
Tidak memandang dan tidak dipandang
Perempuan cantik itu
Tidak mengenali dan tidak dikenali
Perempuan cantik itu
Tidak menegur dan tidak ditegur

Akhirnya
Solehah kempunan calon soleh
Merayu untuk dipertimbangkan
Tapi sayang sekali
Si pemuda tetap
Tidak berganjak dengan keputusanWahai Muslimah
Aku dan kamu
Mari mempelajari, mencontohi
Watak-watak wanita salafussoleh
Sifat, pengorbanan dan perjuangan mereka
Kerana wanita solehah itu
Lebih baik daripada
seribu lelaki yang soleh

p/s :
puisi ini mmg sengaja di copy...
Wahai adik beradikku muslimah marilah mengambil iktibar,
jadilah muslimah sebenar,
jangan berselindung disebalik tudung litupmu itu.
sampaikanlah pada sahabat2 kalian
sekiranya mereka bertepatan dengan puisi ini

Terima Kasih kepada penulis puisi ini.

Semoga Allah memberkatimu. .

Sunday, April 18, 2010

Ajarkan Aku Ya Allah..

Mudah-mudahan penjelasan mudah ini akan lebih meningkatkan iman kita.

Mari kita lihat rukun iman yang enam.
1. Percaya kepada Allah
2. Percaya kepada malaikat
3. percaya kepada kitab
4. percaya kepada rasul
5. percaya kepada hari kiamat
6. percaya kepada ketentuan baik dan buruk yg Allah SWT tentukan. (Qada’ dan Qadar)

Mari kita meneliti mengapa iblis/syaitan dilaknat oleh Allah SWT? Apakah dia tidak percaya Allah? apakah dia tidak percaya malaikat? kitab? rasul dan hari kiamat?

Apakah salahnya syaitan ini?
Jika hendak dibandingkan dengan kita., syaitan awal2 lagi sudah berjumpa Allah SWT. Keyakinannya kepada Allah SWT tidak mampu kita lawan. Dia telah berada di syurga dan menikmati syurga. Dia memohon kepada Allah SWT setiap kali ingin melakukan sesuatu dengan penuh rendah hati kepada Allah SWT. Dia memanggil Allah SWT dengan penuh hormat dengan panggilan “Ya Rabb”.Syaitan juga telah berjumpa malaikat tinggal bersama-sama di syurga. (Rujuk (QS. Al-A’raf : 13).

Syaitan juga percaya kepada kitab Allah SWT kerana cuba menyesatkan manusia daripada kitabnya.Syaitan juga percaya kepada rasul iaitu utusan Allah SWT. Syaitan itu telah berjumpa dengan semua rasul dan nabi Allah SWT berbanding dengan kita yang tidak pernah berjumpa dengan seorang pun dari mana-mana rasul dan nabi Allah SWT.

Syaitan juga percaya adanya hari akhirat. Sebab itu dia berdoa kepada Allah agar dipanjangkan umurnya sehingga hari akhir. Firman Allah, “Iblis menjawab: ‘Beri tangguhkanlah aku sampai waktu mereka dibangkitkan”. (QS. Al-A’raf : 14). Allah SWT memperkenankan permintaan syaitan ini (rujuk (QS.Al-A’raf: 15).

NAMUN yang satu inilah yang syaitan gagal beriman menyebabkan Allah SWT melaknatnya. Apakah dianya?

Ketika Allah SWT menjadikan Adam dan meminta malaikat dan syaitan sujud pada Adam, malaikat dan syaitan membantah. Lalu ditegur Allah SWT. Aku lebih mengetahui apa yang kamu tidak ketahui. (Rujuk QS Al?Baqarah: Ayat 30)

Malaikat tersedar lalu sujud pada Adam. Namun syaitan tetap ingkar dengan memberi jawapan yang difirmankan Allah SWT di dalam QS Shaad: Ayat 76.
Nah! apakah bezanya syaitan dengan kita yang tidak menerima ketentuan Allah SWT? Setiap apa yang Allah SWT jadikan, lakukan adalah kehendak Allah SWT dan Allah SWT Maha Tahu apa yang Dia lakukan.
Lalu apakah kita ingin dilaknat Allah SWT seperti syaitan yang salahnya hanya satu iaitu tidak BERSERAH mengikut kehendak Allah SWT?

Jika kita bertanya lebih lanjut dengan soalan “Mengapa Allah SWT lakukan itu dan ini” jawapan yang mudah kita fahami, terserahlah kepada Allah SWT untuk Dia lakukan apa sahaja. Kerana semua apa yang ada di langit dan di bumi ini dan di antaranya termasuk diri kita, takdir kita adalah milik Allah SWT.

Allah nak beri kita sakit, nak hilangkan harta benda, nak beri kita kaya, senang, suka, sedih, gelisah, masalah anak, masalah suami isteri….. Dia yang Maha Hak ke atas diri kita. Kerana itulah jawapan Allah SWT, “Aku lebih mengetahui apa yang kamu tidak ketahui”.
Namun inshaAllah, jika kita berserah pada Allah SWT, jiwa sentiasa tenang kerana kita sedar semuanya adalah hak Allah SWT untuk berbuat apa sahaja. Jika kita ingin melawan sekali pun kehendak Allah SWT, kita pasti tidak mampu lakukan. Tetapi setiap apa yang Allah SWT lakukan, pastinya ada kebaikan dan bermanafaat.

Sekali lagi, dikala kita bertanya mengapa Allah buat itu ini, jawapan menggunakan ayat pasar atau kampung….adalah “sukahati Allah SWT lah untuk lakukan apa pun kerana semuanya adalah milik Allah SWT”. Kerana apa sukahati Allah SWT lah? kerana Allah SWT Maha Mengetahui apa yang kita tidak ketahui.

Jadi setiap kali mengeluh, ingatlah “Sukahati Allah SWT lah untuk lakukan apa sahaja kerana Dia lebih mengetahui apa yang kamu tidak ketahui” FULL STOP. Tiada tapi-tapi dan beralasan itu ini.

Jika kita masih beralasan itu dan ini, apakah bezanya kita dengan syaitan?
Yang perlu dimohonkan adalah “ajarikan aku ya Allah” agar kita mengetahui apa yang kita tidak ketahui.

Semoga penerangan ringkas ini mampu menyedarkan kita serta meningkatkan keimanan kita sehingga mampu berserah total 100% kepada Allah SWT.

perkongsian daripada dr fuad latip...
http://www.fuadlatip.com/v1/

Thursday, April 8, 2010

Nilai Setitis Susu Ibu.....


Dijemput semua adik2, kakak2 dan ibu2 sekalian ke :
TALKSHOW NISA` WP
BERTAJUK : NILAI SETITIS SUSU IBU...
PANEL : Pn.Rita Rahayu(Pakar Laktasi, Kolumnis Majalah Pa&Ma) & Ustazah Teh Izanuri (Kolumnis Majalah Muslimah)
TARIKH : 18 APRIL 2010 (AHAD)
JAM :9.30 PAGI - 1.00 TENGAHARI
TEMPAT : DEWAN MASJID USAMAH BIN ZAID (BERDEKATAN LRT WANGSA MAJu)

Jemput datang beramai-ramai ke majlis ilmu ini..
Moga mendapat manfaat bersama..

Thursday, April 1, 2010

Jom Uji Bakat

Nisa' Wilayah mengajak anda semua, terutama yang gemar dan berbakat menyanyi untuk menyertai pertandingan nyanyian kami, `Pencarian Bintang Aura Ungu' pada 10 April 2010 di Dewan IPB Kampung Pandan, Kuala Lumpur.

- Penyertaan terbuka kepada wanita sahaja, berumur 15-30 tahun dan berperwatakan menarik.
- Penyertaan diterima sama ada secara solo atau berkumpulan
- Pemilihan lagu-lagu adalah mengikut pilihan lagu yang akan disediakan oleh penganjur(kami dalam proses shortlist lagu, akan diberitahu kemudian)
-Juara pertandingan ini akan mewakili Nisa' Wilayah Persekutuan ke pertandingan peringkat kebangsaan (insya Allah pada 30 April di Selangor) yang menawarkan hadiah RM1000! Menarik kan?!

-Jadi apa lagi, daftarlah segera kepada saudari Norehan - 012-3049868 atau saudari Syikin - 013-2222589
-Penyertaan percuma!

Tuesday, March 16, 2010

Seindah Hiasan Dunia..

Al-Imam Ath Thabrani meriwayatkan sebuah hadits dari Ummu Salamah, bahawa ia Radhiyallaahu ’Anha berkata, ”Ya Rasulullah, jelaskanlah padaku firman Allah tentang bidadari-bidadari yang bermata jeli (Ad Dukhan 51-54)...!”

Beliau menjawab, ”Bidadari yang kulitnya bersih, matanya jeli dan lebar, rambut berkilau bak sayap burung Nasar.”

Aku (Ummu Salamah) berkata lagi, ”Jelaskanlah padaku Ya Rasulullah, tentang firman-Nya: Laksana mutiara yang tersimpan baik (Al Waqi’ah 23)...!”

Beliau menjawab, ”Kebeningannya seperti kebeningan mutiara di kedalaman lautan, tak pernah tersentuh tangan manusia...”
Subhaanallah...Aku bertanya, ”Ya Rasulullah, jelaskanlah kepadaku tentang firman Allah: Di dalam syurga itu ada bidadari yang baik-baik lagi cantik-cantik (Ar Rahman 70)...!”

Rasulullah menjawab, ”Akhlaqnya baik dan wajahnya cantik jelita.”

Aku bertanya lagi, Jelaskanlah padaku firman Allah: Seakan-akan mereka adalah telur (burung unta) yang tersimpan baik.” (Ash Shaffat 49)...!”

Beliau menjawab, ”Kelembutannya seperti kelembutan kulit yang ada pada bagian dalam telur dan terlindung dari kulit bahagian luarnya, atau yang biasa disebut putih telur.”

Aku bertanya lagi, ”Ya Rasulullah, jelaskan padaku firman Allah: Penuh cinta lagi sebaya umurnya (Al Waqi’ah 37)...!”

Beliau menjawab, ”Mereka adalah wanita-wanita yang meninggal di dunia dalam usia lanjut dalam keadaan rabun dan beruban. Itulah yang dijadikan Allah tatkala mereka sudah tahu, lalu Allah menjadikan mereka sebagai wanita-wanita gadis, penuh cinta, bergairah, mengasihi, dan umurnya sebaya.”Aku bertanya, “Ya Rasulullah, manakah yang lebih utama, wanita dunia ataukah bidadari yang bermata jeli?”

Beliau menjawab, “Wanita-wanita dunia lebih utama daripada bidadari-bidadari seperti kelebihan apa yang nampak dari apa yang tidak terlihat.”

Aku bertanya, “Mengapa wanita-wanita dunia lebih utama daripada bidadari?”

Beliau menjawab, “Kerana solat mereka, puasa dan ibadah mereka pada Allah. Allah meletakkan cahaya di wajah mereka, tubuh mereka adalah kain sutera, kulitnya putih bersih, pakaiannya berwarna hijau, perhiasannya kekuningan, sanggulnya mutiara, dan sisirnya terbuat dari emas. Mereka berkata, ’Kami hidup abadi dan tidak mati. Kami lemah lembut dan tidak jahat sama sekali. Kami selalu mendampingi dan tidak beranjak sama sekali. Kami redha dan tak pernah bersungut-sungut sama sekali. Berbahagialah orang yang memiliki kami dan kami memilikinya’.”

Subhanallah....

Monday, March 1, 2010

Jodoh Dari Allah....

Salam mujahadah dan perjuangan buat sahabat-sahabat yang sentiasa di bawah lindungan dan rahmat Allah S.W.T. Sekian lama tidak berkongsi rasa di blog ni...Alhamdulillah , Allah mengizinkan ana untuk muncul kembali di ruang maya ini...

Selama berada di alam realiti perjuangan dan alam realiti masyarakat, banyak ilmu berguna serta pengalaman berharga dikutip dan dipelajari.Kisah suka duka insan-insan yang bergelar hamba.Insan -insan yang terplih oleh Allah untuk diuji...Terplih oleh Allah untuk mendapat pahala kesabaran.Diuji, dan terus di uji oleh Yang Maha Pencipta..

Sering kali di katakan, kita kan hamba..Allah Yang Maha Mengetahui, Allah Yang Maha Berkuasa ke atas kita..Jadinya layaklah kita diuji....dan terus di uji hingga ke akhir hayat kita...Kata-kata puitis yang seringkali didengari, diucapi...Namun, bila diuji dengan ujian Allah, mampukah kita menghadapinya??Mampukah kita meredhai Qada` dan Qadar Allah...??Insyaallah, Allah mengetahui segalanya...Tempuhilah dengan sabar..Sabar dan Redha dengan ketentuan dari Allah.Sabar itu indah.....Di warkah ini, tak terlambat untuk ku ucapkan salam barakah buat kakak seperjuangan yang dikasihi.Akhirnya, selamat bergelar seorang zaujah kepada muslimin yang dihadirkan dari Allah melalui wasilah orang yang soleh dan solehah.Juga tahniah atas kesabaran dan ketabahanmu kak...Sabar menanti jodoh...Sabar berdoa dan terus berdoa..Dan, akhirnya...berjaya mendirikan Baitul Muslim, Baitul Dakwah."Ke Arah Membina Sebuah Keluarga Sakinah, Mawaddah wa Rahmah"..Insyaallah.

Sesungguhnya doa, usaha dan tawakal akak pada Allah membuahkan hasil dari Allah.Walau jodoh hadir di usia 30 an, usia yang majoriti wanita telah dianugerahkan anak-anak, Namun..segala yang berlaku adalah dari Allah.Pasti ada hikmahnya...Kerana urusan jodoh itu dari Allah.Allah akan hadirkan tepat dan bila masa yang sesuai untuk akak bergelar seorang isteri.

Tepat pada masa dan kita bersedia untuk memikul tanggungjawab dan amanah yang begitu besar sekali.Amanah dalam membina sebuah keluarga Islam yang diredhai Allah...Amanah untuk terus istiqamah bersama perjuangan Islam walau diri bergelar seorang isteri dan juga ibu.

"Dan Tuhan kamu berfirman: "Berdoalah kamu kepada-Ku nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu." (Surah Ghafir ayat 60)

Doa senjata mukminah..Buat kakak-kakak seperjuangan yang ku kagumi....Walau jodoh kalian belum di hadirkan oleh Allah lagi, Teruskanlah berdoa....Berkat dari doa, usaha dalam menemui jodoh, Allah akan bagi ganjaran yang selayaknya untuk kalian.Ku kagumi kesasabaran dan ketabahan kalian.....cekal dan bersemangat dalam menyampaikan risalah Islam....tabah menghadapi ujian yang mendatang....Tahniah dan syabas kakak-kakak ku.....

Moga Allah hadirkan insan yang hebat buat kalian...Insan yang beriman, bertaqwa dan bersama-sama kalian dalam meneruskan perjuangan Islam.Mujahidah sejati
Terus subur mekar mewangi
Seindah suria menerangi bumi
Harapan ummah yang abadi..

Mujahidah sejati
Menyoroti langkah Khadijah
Aisyah Fatimah, menjadi muqarrabin
Bermujahadah, merebut cinta
Dan kasih Allah....

Paras rupa bukannya ukuran
Nilainya sama di sisi Tuhan
Cuma ibadah yang membezakan
Wanita solehah di sisi Tuhan.......

Thursday, February 25, 2010

Salam Maulidur Rasul

Thursday, February 18, 2010

Ketika Cinta Berbuah Syurga..

JEMPUTAN KE :
TALKSHOW NISA` WP : "KETIKA CINTA BERBUAH SYURGA..."
TARIKH : 21 FEBRUARI 2010
HARI : AHAD
MASA : 9.30 PG - 12.00 TENGAHARI
TEMPAT : DEWAN SEMINAR MASJID AS SYAKIRIN, KLCC
PENCERAMAH : USTAZ FAUZI MUSTAFA (PENGACARA AL KULIYYAH TV3)
masuk adalah percuma
jemput datang beramai-ramai......
MAKLUMAT LANJUT PROGRAM
HUBUNGI : 013-200 9426 (azi)@ 019-213 5220 (raihan)

Friday, January 22, 2010

Ku damba Maghfirah Mu.........

Ya Allah..
Pada-Mu kusembahkan..
Segala puja dan puji...
Atas segala rahmat dan nikmat yang Engkau berikan...
Ku serahkan jiwa dan raga...
Hanya pada-Mu..
Pemilik hatiku...
Pemilik nyawaku

Ya Allah...
Aku redha apa sahaja
Pemberian dari-Mu
Ya Allah...
Ku percaya dan yakin pada Mu...
Yang menentukan pemberian yang tiada
tandingannya.....Ya Allah...
Hanya pada Mu aku berserah
Menyusun jari jemari
Dan terus berdoa
Moga doaku dimakbulkan...

Ya Allah...
Redha Mu harapanku..
Pembalut penyejuk dukaku...
Kepada-Mu ku berlindung....
Ku meminta hanya kepada-Mu....

Ya Allah...
tiada kekuatan..
tanpa kasih cinta Mu..

Ya Allah,singkapkanlah tabir keraguan di hatiku
Ya Rabbi,singkirkanlah tirai kebimbangan di kalbu
Moga maghfirahMu menemaniku...

Tuesday, January 12, 2010

Kata-kata Berharga...