CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Tuesday, June 30, 2009

Doa Senjata Mukminah.....

Ya Allah Ya Rahman, peliharalah aku dari dosa-dosa yang inginku tinggalkan.....

Ya Allah, janganlah kau tinggalkan aku dari pemerhatianmu, janganlah kau biarkan aku hanyut dari mengAgungkanMu, janganlah kau biarkan aku menggantikan tempatMu dihati ini dengan dunia yang terlalu kecil nilainya disisiMu, jadikanlah aku manusia yang dipercayai kerana imanku kepadaMu. jadikanlah aku orang yang dicintai kerana cintaku kepadaMu, jadikanlah aku orang yang tinggi darjatnya kerana aku mengagungkanMu, jadikanlah aku orang yang sentiasa sedar bahawa dunia ini tidak lain dari sekadar ujian sejauh mana cintaku padaMu.....

Ya Allah, bersihkanlah hatiku dari perkara-perkara yang boleh mensyirikkanku padaMu...
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim, janganlah kau beri kebahagiaan kepadaku di dunia ini andainya ia menjadikanku sengsara di akhirat nanti, janganlah Kau temukan aku dengan seseorang yang akan kucintai andainya ia akan menjauhkan aku dari sisiMu di akhirat nanti, janganlah Kau berikan aku kekayaan di dunia andainya ia akan menyebabkan aku gagal dalam hisabku di akhirat nanti.....

Ya Allah, bersihkan lah hatiku dari noda-noda hitam yang kuciptakan sendiri.....
Ya Allah kembalikanlah sinar dihatiku, walau secebis agar ia dapat menjadi sumber cahaya yang menyuluh hidupku agar kudapat membezakan antara yang hak dan yang batil
Ya Allah, sedarkanlah aku akan hakikat kewujudanMu dan KeagunganMu, lembutkanlah hatiku ini sebagaimana kau jadikan besi lembut untuk Nabi Daud alaihissalam ....

Ya Allah, dengarlah rintihan hatiku, hambamu yang hina, hambamu yang lemah dan berdosa, hambamu yang sering melupakanMu, hambamu yang susah untuk melakukan suruhanMu, hambamu yang sering melupakanmu diwaktu senang dan hanya mengingatiMu diwaktu susah, hambamu yang sering bongkak dan takbur hingga melupakan keagunganMu, hambaMu yang sering berdolak-dalik, hambaMu yang sering berpura-pura dan hambaMu yang sering memungkiri janji taubatnya padaMu...........
Ya Allah, bantulah aku, ingatkanlah aku bila aku lupa, tegurlah aku dengan segera andainya aku lalai dan mula jauh dariMu, janganlah Kau palingkan pemerhatianMu dariku....
Ya Allah yang menciptakan alam yang sangat luas ini, berilah aku ruang di sisiMu agar aku menjadi hambaMu yang solehah, hambamu yang beribadah bukan kerana inginkan syurgaMu atau takutkan nerakaMu tapi kerana inginkan Keredhaan dan Rahmat dariMu, Tuhan semesta alam.
Ya Allah Yang Maha Mengetahui isi hatiku, kurniakanlah aku kebahagian di dunia dan akhirat dan jauhkanlah aku dari azab api nerakaMu. Amiiiin…

0 comments: