Alhamdulillah, dengan izin Allah S.W.T, panggilan untuk menambahkan pahala sebagai bekalan di akhirat dapat disahut dengan hati yang terbuka.Usai solat dhuha, kami bergegas ke Markaz Tarbiyyah Taman Melewar.Markaz yang penuh dengan imbauan kenangan sejak dari kampus sehingga sekarang, markaz ini juga merupakan satu wadah ikatan ukhuwah dan mahabbah antara pejuang-pejuang Islam.Sedar tak sedar, sudah 2 tahun ku meninggalkan zaman kampus rupanya...Alangkah cepatnya masa berlalu...Peredaran zaman...Zaman yang bakal menanti penghujungnya..
"sesungguhnya rahmat Allah sangat dekat kepada orang-orang yang berbuat baik"- (surah al a`raf :ayat 56).Kalam Ilahi yang menyentuh hati, menjadi inspirasi dalam melakukan amal soleh...AJK Keceriaan program Jamuan Raya PAS kali ini diamanahkan kepada Timbalan Ketua Muslimat Wilayah, dan amanah tersebut digalas bersama dalam meringankan tugas dan melicinkan program.Sesungguhnya berjemaah itu membawa keberkatan.Jamuan raya yang dihadiri ribuan rakyat, terdiri dari pelbagai lapisan umur, dan yang paling istimewa berjaya menambat hati pengunjung daripada kaum China dan India.Dan, yang paling istimewa,semua juadah yang disediakan 100% tiada pembaziran.Berbalik kepda tajuk asal..bunga-bunga tarbiyyah...adalah bunga-bunga yang menghiasi Dewan Allahyarham Ustaz Fadzil Noor, Taman Melewar.Dalam menceriakan suasana dewan, kami menjalankan penyucian yang padu ke atas bunga-bunga tersebut..Dah agak lama rasanya, bunga-bunga ini tidak dicuci, digilap warnanya supaya terus menyerikan dewan yang penuh barakah ini..Rasanya mencecah ribuan kuntum bunga yang dikerjakan pada hari tersebut, sehari sebelum Jamuan Raya PAS Pusat berlangsung.
Bermula dari proses mencuci, menjemur di bawah pancaran matahari, mengasingkan mengikut warna, saiz, dan akhir sekali di peringkat menggubah.Rupanya ada ilmu tersendiri dalam menggubah bunga.Alhamdulillah, ilmu baru dapat dipelajari.Ilmu yang penting la gak sebagai wanita...Ada juga di kalangan kami yang mempunyai keistimewaan dalam menganyam ketupat.Ketupat yang dibuat dengan menggunakan reben tersebut akan digantungkan di sekitar dewan dan halaman luar Markaz.Menampakkan suasana raya...Ketupat-ketupat digantung, hanya untuk menceriakan suasana, hanya untuk dilihat sahaja..tidak mungkin sesekali untuk dimakan...Amanah menceriakan juga turut dijalankan di tempat makan VIP Muslimin dan Muslimat, Pentas Persembahan, sekitar khemah-khemah orang ramai...
Kerja-kerja menceriakan ini, memerlukan pengorbanan masa, tenaga yang agak sederhana tinggi.Dan, apa yang penting kerjasama.Alhamdulillah, amanah yang diberikan dilaksanakan dengan jayanya...Penuh dengan pengalaman tarbiyyah yang bermakna yang memakan masa mencecah 24 jam.Rasanya jika dilihat pandangan mata kasar, kerja-sebegini agak simple...namun disebaliknya......penuh dengan kemanisan berharga...Amat berharga dalam merealisasikan bunga-bunga tarbiyyah sentiasa mekar, menghiasi dan mewarnai dewan.Terima kasih Allah kerana memudahkan urusan kami.Terima kasih ukhti dan sahabat dunia akhiratku...
Sama-samalah kita melakukan amal soleh selagi terdaya...Selagi masih bernyawa..Moga redha Allah bersama kita.Insyaallah..
Tuesday, October 20, 2009
Bunga-bunga Tarbiyyah.....
Posted by Syahadah_Aziyati at 8:09 PM
Labels: Diari Hidupku
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment