
Thursday, September 25, 2008
RAMADHAN DITANGISI......SYAWAL DINANTI....SaLam KemaaFaN..

Posted by Syahadah_Aziyati at 8:29 PM 0 comments
Monday, September 22, 2008
Sepatutnya di hujung Ramadhan......
- Semakin terasa manisnya beribadah kepada Allah
- Hati di antara takut dan harap atas penerimaan Allah terhadap segala amalan yang dilakukan
- Kepentingan diri dan nafsu dikorbankan agar boleh mengeluarkan sedekah untuk orang yang memerlukan
- Telah kita ziarahi anak-anak yatim, orang miskin sebagai tanda ingatan dan kayanya kita dengan kasih sayang
- Semakin dengan hari Raya, semakin terasa sebak mengenangkan Ramadhan yang akan meninggalkan kita
- Lisan semakin terjaga dan lancar bertasbih dan istighfar sepanjang masa
- Wajah semakin manis dan mudah untuk mensedekahkan senyum kepada saudara
Moga Ramadhan kali ini lebih baik dari Ramadhan yang sebelumnya.....Insyaallah
Posted by Syahadah_Aziyati at 9:50 AM 0 comments
Monday, September 15, 2008
Ya Allah..........
Ini sujudku yang menginsafi rasa kehambaan diri
Ini tanganku yang memohon keampunan dan rahmatMu
Ini wajahku yang menghadap-Mu dengan rasa kehinaan Jadikanlah airmataku, sujudku, tanganku dan wajahku ini sebagai
saksi diakhirat…..
Bahawa aku pernah merintih keampunan daripadaMu....

Sesungguhnya tidak tertanggung olehku akannya
Jadikanlah airmataku, sujudku, tanganku dan wajahku ini sebagai pemberat ketika amalanku ditimbang…..
Sesungguhnya terlalu gentar hati ini apabila mengenangkannya
Sesungguhnya tiada amalanku yang layak untuk menyelamatkan diri
Tiada amalanku yang dapat dipersembahkan sempurna kepadaMu...
kerana kebaikanku telah ditembusi kejahatanku.
Melainkan hanya ini yang menjadi harapan......
airmata penyesalan,sujud seorang hamba, tangan yang sentiasa mengharap rahmatMu dan wajah yang malu memandangMu.
Meskipun rayuan setinggi gunung, namun......
kesangsian datang di celah harapan.
Apakah air mata yang mengalir seikhlas air mata penyesalan Nabi Adam selama 200 tahun hingga bumi terbelah menjadi sungai?
Apakah sujudku ini sehebat Uwais Al-Qarni yang merintih hingga dinihari?
Apakah tanganku ini menadah serta bermohon seperti ketulusan tangan Siti Mariam yang merayu ke hadrat Illahi?
Apakah wajahku yang mengadapMu ini seperti Rabiatul Adawiyah yang mengadapMu dengan rasa kehinaan?
Semua kesangsian ini Ya Allah mendatangkan kegentaran di dada untuk mengadapMu…..
Tetapi…..hanya ini yang ada padaku…
Ya Allah....Terimalah diriku yang hina ini sebagai hamba Mu..
hamba yang mengharap RedhaMu.......
Posted by Syahadah_Aziyati at 6:05 AM 1 comments
Thursday, September 11, 2008
Rahsia Dan Kemanisan Dalam Ibadah Puasa

ALLAH SWT. Telah mengurniakan kenikmatan yang sangat besar kepada seluruh hambanya iaitu dengan memerintahkan suatu amalan yang dapat digunakan untuk menolak tipu daya syaitan, untuk menghampakan angan-angannya dan untuk mematahkan segala serangan busuknya.
Itulah amalan yang merupakan benteng bagi sekalian kekasih ALLAH SWT. Rasulullah saw. Bersabda : “Puasa adalah separuh kesabaran.”(HR. Tarmizi & Ibn Majah)
ALLAH juga menjanjikan kepada orang yang berpuasa, bahawa mereka akan dapat bertemu dengan ALLAH, sebagai balasan dari puasa yang dikerjakanya itu, sebagaimana sabda Rasulullah saw : “Ada dua macam kegembiraan bagi orang yang berpuasa, satu macam kegembiraan ialah ketika ia akan berbuka dan yang satunya lagi ialah ketika ia bertemu dengan Tuhannya”.( HR.Bukhari & Muslim )
Firman ALLAH yang maksudnya : “Seorang pun tidak dapat mengetahui apa yang disembunyikan untuk mereka iaitu ( bermacam-macam kenikmatan ) yang menyedapkan pandangan mata sebagai balasan terhadap apa yang telah mereka kerjakan”.
( As-Sajadah : 17 )
Para ulama berpendapat, bahawa yang dimaksud oleh ayat di atas ialah orang-orang yang mengamalkan ibadah puasa. Jadi bagi orang yang berpuasa itu pahalanya berlipat ganda sehingga tidak dapat dihitung.
1. Ibadah puasa adalah merupakan ibadah pengekangan diri dan rahsianya hanya diri sendiri yang mengetahuinya. Ia bukanlah suatu ibadah yang dapat dilihat, sebagaimana ibadah-ibadah lainnya. Disamping diri sendiri, hanya ALLAH sahaja yang mengetahuinya, kerana puasa itu adalah amalan batin yang menuntut kesabaran yang sangat tinggi.
2. Ibadah puasa adalah merupakan senjata untuk melawan musuh ALLAH Azzawa jalla. Kerana sebagai jambatan bagi siasatan untuk mengoda manusia melalui nafsu syahwat, sedangkan nafsu syawat itu berpangkal dari makanan dan minuman .
Posted by Syahadah_Aziyati at 2:07 AM 0 comments