CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Monday, September 15, 2008

Ya Allah..........

Ini air mataku yang tumpah kerana menyesali dosa
Ini sujudku yang menginsafi rasa kehambaan diri
Ini tanganku yang memohon keampunan dan rahmatMu
Ini wajahku yang menghadap-Mu dengan rasa kehinaan Jadikanlah airmataku, sujudku, tanganku dan wajahku ini sebagai
saksi diakhirat…..
Bahawa aku pernah merintih keampunan daripadaMu....
Jadikanlah airmataku, sujudku, tanganku, dan wajahku ini sebagai pemayung ketika panas terik di Padang Mahsyar…..
Sesungguhnya tidak tertanggung olehku akannya
Jadikanlah airmataku, sujudku, tanganku dan wajahku ini sebagai pemberat ketika amalanku ditimbang…..
Sesungguhnya terlalu gentar hati ini apabila mengenangkannya
Jadikanlah airmataku, sujudku, tanganku dan wajahku ini sebagai penyelamat ketika dihumban ke dalam nerakaMu…..
Sesungguhnya tiada amalanku yang layak untuk menyelamatkan diri


Tuhan…..
Tiada amalanku yang dapat dipersembahkan sempurna kepadaMu...
kerana kebaikanku telah ditembusi kejahatanku.
Melainkan hanya ini yang menjadi harapan......
airmata penyesalan,sujud seorang hamba, tangan yang sentiasa mengharap rahmatMu dan wajah yang malu memandangMu.

Meskipun rayuan setinggi gunung, namun......
kesangsian datang di celah harapan.
Apakah air mata yang mengalir seikhlas air mata penyesalan Nabi Adam selama 200 tahun hingga bumi terbelah menjadi sungai?

Apakah sujudku ini sehebat Uwais Al-Qarni yang merintih hingga dinihari?
Apakah tanganku ini menadah serta bermohon seperti ketulusan tangan Siti Mariam yang merayu ke hadrat Illahi?
Apakah wajahku yang mengadapMu ini seperti Rabiatul Adawiyah yang mengadapMu dengan rasa kehinaan?

Semua kesangsian ini Ya Allah mendatangkan kegentaran di dada untuk mengadapMu…..
Tetapi…..hanya ini yang ada padaku…
Ya Allah....Terimalah diriku yang hina ini sebagai hamba Mu..
hamba yang mengharap RedhaMu.......

1 comments:

mohad said...

salam... selamat aidilfitri 2008