CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Thursday, September 25, 2008

RAMADHAN DITANGISI......SYAWAL DINANTI....SaLam KemaaFaN..

Sedar tak sedar, kita dah menghampiri saat terakhir bersama Ramadhan yang penuh dengan barakah dan maghfirah.

Moga Ramadhan kali ini mentarbiyyah kita untuk terus bertaqarrub pada Allah S.W.T dan juga untuk terus bersama Islam hingga akhir hayat....


Sesungguhnya Ramadhan yang bakal meninggalkan kita, pasti akan dirindui dan doakanlah moga kita semua masih terpilih oleh Allah untuk bertemu Ramadhan di masa akan datang.

Raikanlah kemenangan kita pada Syawal nanti.Kemenangan dalam menghadapi pentarbiyyahan Ramadhan yang barangkali menjadikan kita lebih baik dari yang sebelumnya atau sebaliknya.Hanya kita yang tahu sejauh mana iman kita dan Allah yang akan menilai segalanya....Yang penting keikhlasan hati kita dalam beribadah kepada Nya...

Akhir kalam, ana ingin mohon maaf daripada semua sahabat2 seperjuangan, teman-teman yang sudi ziarah blog ana ini.Andai tersalah kata, tersilap bicara....
Ok, nak bertolak balik ke kampung dah...

Moga Allah mempermudahkan perjalanan ana ...selamat tiba ke negeri Serambi Mekah dan selamat tiba semula ke kota metropolitan...Insyaallah
- SELAMAT MENERUSKAN IBADAH PADA ALLAH S.W.T
- SALAM LEBARAN...
- SALAM MENUJU REDHA ALLLAH S.W.T
- MANTAPKAN TARBIYYAH DIRI
- TERUSKAN PERJUANGAN

Monday, September 22, 2008

Sepatutnya di hujung Ramadhan......


  1. Semakin terasa manisnya beribadah kepada Allah

  2. Hati di antara takut dan harap atas penerimaan Allah terhadap segala amalan yang dilakukan


  3. Kepentingan diri dan nafsu dikorbankan agar boleh mengeluarkan sedekah untuk orang yang memerlukan


  4. Telah kita ziarahi anak-anak yatim, orang miskin sebagai tanda ingatan dan kayanya kita dengan kasih sayang


  5. Semakin dengan hari Raya, semakin terasa sebak mengenangkan Ramadhan yang akan meninggalkan kita


  6. Lisan semakin terjaga dan lancar bertasbih dan istighfar sepanjang masa


  7. Wajah semakin manis dan mudah untuk mensedekahkan senyum kepada saudara

Moga Ramadhan kali ini lebih baik dari Ramadhan yang sebelumnya.....Insyaallah

Monday, September 15, 2008

Ya Allah..........

Ini air mataku yang tumpah kerana menyesali dosa
Ini sujudku yang menginsafi rasa kehambaan diri
Ini tanganku yang memohon keampunan dan rahmatMu
Ini wajahku yang menghadap-Mu dengan rasa kehinaan Jadikanlah airmataku, sujudku, tanganku dan wajahku ini sebagai
saksi diakhirat…..
Bahawa aku pernah merintih keampunan daripadaMu....
Jadikanlah airmataku, sujudku, tanganku, dan wajahku ini sebagai pemayung ketika panas terik di Padang Mahsyar…..
Sesungguhnya tidak tertanggung olehku akannya
Jadikanlah airmataku, sujudku, tanganku dan wajahku ini sebagai pemberat ketika amalanku ditimbang…..
Sesungguhnya terlalu gentar hati ini apabila mengenangkannya
Jadikanlah airmataku, sujudku, tanganku dan wajahku ini sebagai penyelamat ketika dihumban ke dalam nerakaMu…..
Sesungguhnya tiada amalanku yang layak untuk menyelamatkan diri


Tuhan…..
Tiada amalanku yang dapat dipersembahkan sempurna kepadaMu...
kerana kebaikanku telah ditembusi kejahatanku.
Melainkan hanya ini yang menjadi harapan......
airmata penyesalan,sujud seorang hamba, tangan yang sentiasa mengharap rahmatMu dan wajah yang malu memandangMu.

Meskipun rayuan setinggi gunung, namun......
kesangsian datang di celah harapan.
Apakah air mata yang mengalir seikhlas air mata penyesalan Nabi Adam selama 200 tahun hingga bumi terbelah menjadi sungai?

Apakah sujudku ini sehebat Uwais Al-Qarni yang merintih hingga dinihari?
Apakah tanganku ini menadah serta bermohon seperti ketulusan tangan Siti Mariam yang merayu ke hadrat Illahi?
Apakah wajahku yang mengadapMu ini seperti Rabiatul Adawiyah yang mengadapMu dengan rasa kehinaan?

Semua kesangsian ini Ya Allah mendatangkan kegentaran di dada untuk mengadapMu…..
Tetapi…..hanya ini yang ada padaku…
Ya Allah....Terimalah diriku yang hina ini sebagai hamba Mu..
hamba yang mengharap RedhaMu.......

Thursday, September 11, 2008

Rahsia Dan Kemanisan Dalam Ibadah Puasa


ALLAH SWT. Telah mengurniakan kenikmatan yang sangat besar kepada seluruh hambanya iaitu dengan memerintahkan suatu amalan yang dapat digunakan untuk menolak tipu daya syaitan, untuk menghampakan angan-angannya dan untuk mematahkan segala serangan busuknya.
Amalan itu adalah ibadah puasa
Itulah amalan yang merupakan benteng bagi sekalian kekasih ALLAH SWT. Rasulullah saw. Bersabda : “Puasa adalah separuh kesabaran.”(HR. Tarmizi & Ibn Majah)
Firman ALLAH : “Bahawasanya orang-orang yang sabar itulah yang mendapat pahala tanpa ada hitunganya.”( Az-Zumar : 10 )

Dari keterangan ayat di atas, jelaslah bahawa ibadah puasa itu melebihi dari batas perkiraan atau hitungan.

Untuk mengukuhkan lagi keterangan di atas kita perhatikan pula hadis Rasulullah saw : “Demi Zat yang jiwaku dalam kekuasaan-Nya, sesungguhnya bau busuk pada mulut orang yang berpuasa itu disisi ALLAH adalah lebih harum dari minyak kasturi”.
ALLAH berfirman : “Bahawasanya orang itu suka meningalkan syawatnya, makanan serta minumannya untuk beribadah kepada-Ku. Maka puasanya itu adalah kerana Aku dan Aku sendiri yang akan memberikan balasanya”.( Bukhari & Muslim )

ALLAH juga menjanjikan kepada orang yang berpuasa, bahawa mereka akan dapat bertemu dengan ALLAH, sebagai balasan dari puasa yang dikerjakanya itu, sebagaimana sabda Rasulullah saw : “Ada dua macam kegembiraan bagi orang yang berpuasa, satu macam kegembiraan ialah ketika ia akan berbuka dan yang satunya lagi ialah ketika ia bertemu dengan Tuhannya”.( HR.Bukhari & Muslim )

Firman ALLAH yang maksudnya : “Seorang pun tidak dapat mengetahui apa yang disembunyikan untuk mereka iaitu ( bermacam-macam kenikmatan ) yang menyedapkan pandangan mata sebagai balasan terhadap apa yang telah mereka kerjakan”.
( As-Sajadah : 17 )

Para ulama berpendapat, bahawa yang dimaksud oleh ayat di atas ialah orang-orang yang mengamalkan ibadah puasa. Jadi bagi orang yang berpuasa itu pahalanya berlipat ganda sehingga tidak dapat dihitung.
Justeru itu tidak dapat dikira atau dibayangkan tentang besarnya pahalanya, kerana ibadah puasa itu memang di khaskan untuk ALLAH. Adapun penyebabnya, maka puasa mendapat keistimewaan sebagaimana yang dijelaskan adalah :

1. Ibadah puasa adalah merupakan ibadah pengekangan diri dan rahsianya hanya diri sendiri yang mengetahuinya. Ia bukanlah suatu ibadah yang dapat dilihat, sebagaimana ibadah-ibadah lainnya. Disamping diri sendiri, hanya ALLAH sahaja yang mengetahuinya, kerana puasa itu adalah amalan batin yang menuntut kesabaran yang sangat tinggi.

2. Ibadah puasa adalah merupakan senjata untuk melawan musuh ALLAH Azzawa jalla. Kerana sebagai jambatan bagi siasatan untuk mengoda manusia melalui nafsu syahwat, sedangkan nafsu syawat itu berpangkal dari makanan dan minuman .

Jadi usaha untuk melawan musuh ALLAH, adalah sebagai salah satu jalan untuk menegakkan agama. Datangnya pertolongan ALLAH itu pun bergantung kepada pengabdian manusia kepada-Nya, sebagaimana firman ALLAH maksudnya :

“Apabila kamu menolong ALLAH (menolong memajukan agama ALLAH), maka ALLAH juga akan menolong kamu dan mengukuhkan kakimu (kedudukanmu)”. ( Muhammad : 7 )


Dari keterangan di atas, maka jelaslah oleh kita bahawa puasa adalah merupakan pintu ibadah serta dapat dijadikan benteng. Kerana sangat besarnya keistimewaan dan keutamaan dari ibadah ini, sehingga mencapai tingkatan yang setinggi-tingginya, maka sangatlah perlu untuk diketahui apa-apa sahaja syarat-syarat lahiriah dan batiniah dari ibadah tersebut.