CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Tuesday, August 25, 2009

Secebis Kisah di Permatang Pasir....

“Hai orang-orang yang beriman, sukakah kamu aku tunjukkan suatu perniagaan yang dapat menyelamatkan kamu dari azab yang pedih?. (Iaitu) kamu beriman kepada Allah dan Rasul-Nya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu. Itulah yang lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahuinya.Nescaya Allah akan mengampuni dosa-dosamu dan memasukkan kamu ke dalam syurga yang mengalir dibawahnya sungai-sungai, dan (memasukkan kamu) ke tempat tinggal yang baik di dalam syurga Adn. Itulah keberuntungan yang besar.” (As-Shaff:10-12)Alhamdulillah dengan izin Allah Yang Maha Menentukan, dapatlah ana dan sahabat-sahabat seperjuangan menjalani Ramadhan dan mencari erti kemanisan perjuangan di Permatang Pasir.Walaupun masanya agak singkat, namun kenangan dan pengalaman baru dalam menambahkan ilmu perjuangan dapatlah diambil.Selain, mengeratkan lagi ukhuwah yang terjalin antara jaringan muslimat.Insyaallah, ukhuwah yang terbina kerana Allah, kerana perjuangan Islam yang suci ini.

Di kesempatan ini, ana ingin kongsikan secoret kenangan di Permatang Pasir.Walaupun secoret cuma, namun ia merupakan satu pedoman dalam menjadikan diri sebagai salah seorang hamba yang sentiasa bersyukur kepada Allah S.W.T.Kisah seorang ibu yang tabah dan sabar dalam mengharungi ujian hidup....Ana dan beberapa sahabat diizinkan oleh Allah untuk melaksanakan program ziarah ke rumah untuk menyampaikan sedikit sumbangan sempena Ramadhan.Sumbangan yang tidak seberapa, namun keikhlasan hati para penyumbang amat berharga.Terima kasih kepada para penyumbang dana.

Di saat hujan turun mencurah, akhirnya sampailah kami ke rumah seorang ibu yang tabah dan anak-anaknya yang cekal.
Kisah seorang ibu yang mempunyai anak kurang upaya, menghidapi penyakit saraf.Anaknya tidak dapat berjalan seperti kanak-kanak lain.Anaknya tidak dapat bercakap seperti kanak-kanak lain...Hanya berada di atas katil meniti peredaran masa dari kecil hingga sekarang.Kini, anaknya berusia 9 tahun.

Di kala usia kecilnya, anaknya mengalami tumbusaran di bahagian kepala.Kepala yang bersaiz besar, manakala badannya menghadapi sakit saraf menyebabkan tangan dan kakinya bengkok sehingga sekarang.Di saat kanak-kanak lain riang ria bersama kawan-kawan dan berpeluang belajar di sekolah, Iqram terlantar di katil, menanti suapan kasih sayang seorang ibu dari hari ke hari..meniti usianya hingga ke akhir hayat.....

Tanpa nikmat kasih sayang dari Allah yang dicurahkan kepada manusia, mungkin seorang ibu takkan sanggup memiliki dan menjaga anak yang tidak normal ini...takkan sanggup melayani karenah anak seperti ini...Ya Allah, Ya Rahman Ya Rahim, Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Sayu hati melihat air mata seorang ibu yang berguguran tatkala menceritakan kisah anaknya..Ibu yang tabah ini diiuji lagi Allah Yang Maha Berkuasa, di mana anak perempuannya pergi menghadap Ilahi di usia mencecah 2 tahun.Penyakitnya sama seperti Iqram.Namun, Allah lebih menyayangi anak perempuannya..Menghadap Allah di usia yang masih kecil

Melihat senyuman Iqram, ada ketenangan di wajahnya....senyuman yang lahir daripada hati yang suci....dan dapat dirasakan ada sesuatu yang ingin dibicarakannya..namun tidak berupaya diluahkan olehnya...Tabahkan hatimu dik..

Tidak ditempah hidup sengsara
Suratan nasib yang melanda
Menongkah badai bergelora
Diredah bersendirian

Segenggam tabah dipertahankan
Buat bekalan di perjalanan
Kau bebat luka yang berdarah
Kau balut hati yang calar


Telah tertulis suratan nasibmu
Derita buatmu ada hikmahnya
Terlukis senyum di bibir lesu
Tak siapa tahu hatimu...
Biarpun keruh air di hulu
Mungkinkah jernih di muara
Biarpun jenuh hidup dipalu
Pasti bertemu tenangnya.....
Segenggam tabah..

Semoga Iqram dan ibunya yang tabah sentiasa dilindungi oleh Allah S.W.T.Sabar dalam mengharungi ujian Allah ini...Dan, sama-samalah kita mengambil pengajaran bahawa tiap manusia yang beriman akan diiuji oleh Allah dengan pelbagai ujian..Ujian yang tidak sama, ada yang berat dan ada ujian yang sedikit cuma...Namun, ujian ini amatlah bernilai dalam menentukan tahap keimanan kita yang sebenar..Keimanan seorang hamba kepada Pencipta Nya..

Sejauh manakah iman kita selama mana kita hidup di bumi Allah ini??Dan, sejauh mana kita bersyukur dengan nikmat yang Allah berikan kepada kita??Tepuklah diri, tanyalah iman..

Insyaallah, moga kita sentiasa memperbaharui iman kita supaya sentiasa subur dan mantap dan semoga kita sentiasa menjadi hamba yang bersyukur atas segala nikmat yang Allah berikan kepada kita...

Sesungguhnya solatku,
Amalku, hidupku, matiku
Kerna Allah yang satu
Kuserahkan segala harta jiwa dan raga
Sebagai tanda cinta
KepadaMu Yang Esa..

0 comments: