CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Monday, July 27, 2009

Menjelang Ramadhan..

Sebelum memasuki bulan Ramadhan, kita perlu tekun membuat latihan jiwa dan memperbaiki amalan.Antara amalan-amalan yang boleh dipraktikkan ialah :

1. Memperbanyakkan puasa sunat
Mencontohi Nabi SAW yang lebih gemar berpuasa sunat dalam bulan Syaaban berbanding dengan bulan-bulan yang lain.Sayidatina Aisyah berkata : “ Aku tidak pernah melihat Rasulullah S.A.W menyempurnakan puasa sebulan penuh melainkan pada bulan Ramadhan dan aku tidak pernah melihat baginda memperbanyakkan berpuasa sepertimana pada bulan Syaaban.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Nabi S.A.W pernah ditanya, mengapa baginda melebihkan berpuasa sunat pada bulan Syaaban berbanding bulan-bulan yang lain?Baginda S.A.W bersabda : “ Bulan itu (Syaaban) yang berada di antara Rejab dan Ramadhan adalah bulan yang dilupakan manusia dan ia adalah bulan yang di angkat padanya (buku catatan) amal ibadah kepada Tuhan Seru Sekalian Alam, maka aku suka supaya amal ibadahku di angkat ketika aku sedang berpuasa”. (Riwayat An Nasaie)


2. Memperbaharui Taubat dan Banyak Istighfar
Bertaubat dan beristighfar boleh mensucikan jiwa dari dosa.Firman Allah S.W.T : “ Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah wahai orang-orang yang beriman supaya kamu berjaya”.

Selain dosa dan kesalahan kepada Allah, keampunan dipohon daripada sesame manusia khususnya ibu bapa, suami isteri.Mereka memohon taubat dan keampunan untuk kedua ibu bapa dan guru-guru mereka.

3. Melazami banyak membaca Al Quran, Berzikir dan Berdoa
Syaaban adalah bulan mendampingi dan menjinakkan diri dengan Allah melalui ibadat fardhu dan sunat.Antaranya seperti memperbanyakkan membaca Al Quran, berdoa dan berzikir.Kejinakan hati seseorang melakukan ibadah dengan penuh taqwa dalam bulan Syaaban dijanjikan rahmat dan keampunan yang amat banyak daripada Allah. Bahkan melakukan ibadah dengan penuh taqwa dalam bulan Syaaban akan menghasilkan cahaya iman dari Allah kepada hambanya.Cahaya ibadat yang dikurniakan Allah itu akan menjadi penyelamat di akhirat kelak.

4. Muhasabah dan Muraqabah untuk memperbaiki diri
Menjelang Ramadhan juga diisi dengan banyak melakukan muhasabah diri meneliti kelalaian diri.Setelah itu, kita bermujahadah membuat latihan jiwa untuk menghukum kelalaian diri.

Rujukan : Majalah Rasmiku Setiap Bulan, Majalah Anis : "Pedoman Wanita Solehah"

0 comments: