Dijemput semua sahabiah sekalian ke Konvensyen Nisa` Wilayah
TARIKH : 10 JANUARI 2010 / 24 MUHARAM 1431 HIJRAH (AHAD)
TEMPAT : DEWAN SRI ALAM, ANJUNG RAHMAT, GOMBAK
MASA : 8.30 PAGI - 1.00 TENGAHARI
ANTARA YANG MENARIK :
1)Pembahagian Kad Keahlian Nisa`
2)Talkshow Nisa`, bertajuk : "Bidadari Cemburu Padamu..."
3)Persembahan Nasyid dan Deklamasi Sajak "Seindah Bidadari Syurga"
3)Cabutan Bertuah
4)Cenderahati kepada semua yang hadir
Tempat adalah terhad untuk 200 orang peserta!!
MASUK ADALAH PERCUMA!!
SARAPAN PAGI, MAKAN TENGAHARI TURUT DISEDIAKAN
" Kerana Dirimu Begitu Berharga"
Hubungi : 013 200 9426 (Azi)atau 017-353 3468(Yani)
Tuesday, December 29, 2009
Jom ke Konvensyen Nisa` Wilayah
Posted by Syahadah_Aziyati at 6:03 AM 0 comments
Labels: Program
Thursday, December 17, 2009
Monday, November 23, 2009
Erti Sebuah Pengorbanan....
Terima kasih Allah kerana menganugerahkan nikmat Aidil Adha sebagai lambang keunggulan umat Islam sejagat. Keunggulan ysng terpapar pada pengorbanan seorang nabi untuk Tuhannya walau menerima arahan menyembelih darah dagingnya sendiri; jua pada kesatuan yang terpugar pada perhimpunan umat Muhammad setiap musim dalam perhimpunan teragung di Arafah, natijah pengorbanan masing-masing menjunjung panji ‘Labbaikallahhumma Labbaik’.
Mereka yang tidak dapat bersama di Arafah pula bersiap-siaga menumpahkan darah korban-korban terpilih pada pagi Aidil Adha dan Ayyamu Tasyrik sebagai simbol kebersamaan dalam ubudiyah kepada Allah S.W.T.
Marilah sama-sama kita berdoa, semoga semangat pengorbanan yang dilakukan oleh nabi Ibrahim dan keluarganya akan meresap ke dalam jiwa-jiwa umat Islam keseluruhannya, supaya mampu berhadapan dengan segala ancaman dan cabaran daripada musuh-musuh yang durjana di serata dunia.
Moga pergorbanan yang dilakukan oleh pejuang-pejuang Islam di Palestin, di seluruh dunia dan di bumi Malaysia ini akan diterima sebagai amalan yang cukup berharga di sisi Allah S.W.T. Bersama seruan Lailahaillallah dan berpadu dalam perjuangan yang satu.Teruskan berkorban bersama perjuangan Islam demi meraih cinta dan syurga Allah S.W.T.
Salam Pengorbanan...Salam Aidil Adha...
Posted by Syahadah_Aziyati at 11:26 PM 0 comments
Labels: Islam Cara Hidupku
Monday, November 9, 2009
Jom Tambahkan Ilmu..

"Seminar Dakwah Masyarakat Majmuk - Siri 1"
Tarikh : 22 November 2009 (Ahad)
Masa : 8.30 pg - 2.00 ptg
Tempat : Masjid Asy-Syakirin, KLCC
Ahli panel :
1) Ustaz Rashidy Jamil (Pengasas Tuan Sharifah Islamic Foundation, Pendakwah Bebas)
2) Brother Kamarudin (Pengasas Islamic Propagational Society International, Penerima Anugerah Muslim Terbaik 2009)
Berminat? Sila hubungi untuk mendaftar :
Syuhada (019-7516020)
Shikin (013-2222589)
Posted by Syahadah_Aziyati at 12:29 AM 0 comments
Labels: Program
Saturday, October 31, 2009
Saturday, October 24, 2009
Redha dengan Ketentuan Allah S.W.T
REDHA DENGAN KETENTUAN TUHANMU....
Ketahuilah setiap sesuatu di dalam pemerhatian dan pengawasan Tuhanmu. Wahai diriku, ketahuilah bahawa semua perkara yang berlaku kepadamu berada di dalam pengetahuan Allah. Semuanya di dalam pemerhatian dan pengawasanNya. Sesungguhnya Allah mengetahui apa sahaja yang engkau alami. Dia amat mengetahui segala yang menimpa dirimu. Allah mengetahui penderitaan hambaNya. Engkau ditimpa susah dan sakit. Engkau menderita dan engkau sabar di dalam menanggung penderitaanmu itu. Kesabaranmu itu tidaklah sia-sia kerana ianya dinilai tinggi oleh Tuhanmu.
Sebenarnya seluruh manusia tidak akan mampu untuk menolongmu, malah dirimu sendiri pun tidak akan berupaya untuk menolongmu kecuali apa yang diizinkan oleh Allah sahaja. Hanya kepada Tuhanmu sajalah tempat untuk engkau mengadu dan memohon. Redhalah dengan ketentuanNya.
Sedarilah, sesungguhnya Allah mengetahui apa yang engkau alami dan engkau sentiasa berada di dalam pengawasanNya dan sesungguhnya engkau berada di sini hanyalah untuk diuji.
REDHA DENGAN KETENTUAN TUHANMU..
Hendaklah engkau redha bahawa Allah adalah Tuhanmu dan redha juga dengan segala ketentuanNya. Wahai diriku, ketahuilah bahawa segala sesuatu itu berlaku dengan Iradat Allah. Tidak ada satu perkara pun yang akan berlaku jika bukan dengan kehendak Allah. Tidak ada sesuatu yang bergerak dan tidak ada yang diam melainkan semuanya dengan kehendak Allah jua. Tidak ada sesuatu yang berlaku pada dirimu di luar pengetahuan Allah. Tidak ada satu pun yang berlaku pada dirimu itu berlaku dengan sendirinya, itu adalah kehendak Tuhanmu.
Sesiapa pun tidak akan mampu untuk menolak kehendak Allah. Semua perkara berlaku dengan Kudrat dan Iradat Ilahi. Terimalah dengan hati terbuka, berusahalah dan teruslah bertawakkal kepadaNya. Redhalah dengan ketentuan Tuhan. Ketahui jugalah, Tuhan yang menimpakan ujian yang kau rasakan berat kepadamu itu adalah Tuhan yang sama yang memberi kemewahan dan rezeki kepada musuhmu, yang pada pandanganmu seorang yang ingkar. Adakah engkau redha dengan ketentuanNya?
Pada pandangan Allah, dunia dan segala isinya ini tidaklah lebih berharga berbanding sehelai sayap nyamuk. Ketahuilah, pemberian kemewahan dunia kepada hambaNya itu bukanlah bermakna keredhaan dari Allah. Sedarilah, hanya Allah Tuhan yang esa, tidak ada Tuhan selainNya. Oleh itu redhalah Dia sebagai Tuhanmu. Sebagaimana engkau rela menerima Allah sebagai Tuhanmu maka redhalah di dalam menerima ketentuanNya.
REDHA DENGAN KETENTUAN TUHANMU …
‘Tidak ada daya dan upaya pada seluruh makhluk melainkan dengan izin dari Allah jua’. Wahai diriku, ketahuilah tidak ada yang akan terlepas dari kehendak Allah dan tidak ada yang dapat menahan ketentuanNya.
Engkau harus berusaha dengan segala upayamu. Setelah itu bertawakkal dan berserahlah kepadaNya dengan kesabaran. Ketahuilah, engkau hanyalah seorang yang lemah tidak berupaya kecuali dengan izin dari Tuhanmu, engkau hanyalah seorang hamba Allah. Segala apa yang ditakdirkan Allah pasti berlaku.
Segalanya dari Allah S.W.T
Posted by Syahadah_Aziyati at 12:11 PM 1 comments
Labels: Muhasabah



