CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »
Showing posts with label Islam Cara Hidupku. Show all posts
Showing posts with label Islam Cara Hidupku. Show all posts

Monday, November 23, 2009

Erti Sebuah Pengorbanan....

Terima kasih Allah kerana menganugerahkan nikmat Aidil Adha sebagai lambang keunggulan umat Islam sejagat. Keunggulan ysng terpapar pada pengorbanan seorang nabi untuk Tuhannya walau menerima arahan menyembelih darah dagingnya sendiri; jua pada kesatuan yang terpugar pada perhimpunan umat Muhammad setiap musim dalam perhimpunan teragung di Arafah, natijah pengorbanan masing-masing menjunjung panji ‘Labbaikallahhumma Labbaik’.

Mereka yang tidak dapat bersama di Arafah pula bersiap-siaga menumpahkan darah korban-korban terpilih pada pagi Aidil Adha dan Ayyamu Tasyrik sebagai simbol kebersamaan dalam ubudiyah kepada Allah S.W.T.Marilah sama-sama kita berdoa, semoga semangat pengorbanan yang dilakukan oleh nabi Ibrahim dan keluarganya akan meresap ke dalam jiwa-jiwa umat Islam keseluruhannya, supaya mampu berhadapan dengan segala ancaman dan cabaran daripada musuh-musuh yang durjana di serata dunia.

Moga pergorbanan yang dilakukan oleh pejuang-pejuang Islam di Palestin, di seluruh dunia dan di bumi Malaysia ini akan diterima sebagai amalan yang cukup berharga di sisi Allah S.W.T. Bersama seruan Lailahaillallah dan berpadu dalam perjuangan yang satu.Teruskan berkorban bersama perjuangan Islam demi meraih cinta dan syurga Allah S.W.T.

Salam Pengorbanan...Salam Aidil Adha...

Monday, August 31, 2009

Sayyidul Istighfar..

"Ya Allah,Ya Tuhanku, Engkaulah Tuhan,Tiada Tuhan Melainkan Engkau, Engkau telah menciptakanku dan aku adalah hambaMu, aku berada dalam perjanjian dengan Mu, ikrar kepada Mu....yang akan ku laksanakan dengan segala kemampuanku, aku berlindung pada Mu dari apa-apa kejahatan yang telah aku lakukan.Aku mengakui dengan sebenar-benarnya nikmatMu kepadaku dan aku mengakui dosa-dosa yang aku lakukan, maka ampunilah aku, sesungguhnya tiada yang mengampuni dosa-dosa melainkan Engkau"