Saat-saatku bersamamu,
Kita sama berlari,
Mengejar pantasnya waktu yang berlalu
Daerah ini menjadi saksi bisu,Jatuh dan bangunku denganmu,
Kita redah bersama,
Segala cerita suka dan duka
Manisnya hari-hari yang ditempuhi,
Biarpun kadangkala mencabar hati,
Tetap kita lalui,
Menguatkan langkah kaki
Ada kala kita hampa,
Terduduk tahan kecewa,
Tapi bukan penamat cerita
Dan ada masa-masanya,Kita ketawa gembira,
Berjaya menjulang yang dicita
Di sini mimpi bermula,
Diseri pelbagai ragam dan warna,
Selalu jadi rindu...
Indah....
MOGA UKHUWAH INI SENTIASA DALAM REDHA ALLAH SWT...
UKHUWAH FILLAH ABADAN ABADA
No comments:
Post a Comment