Doa Buat Pengantin :
“Semoga Allah memberkati kamu dan melimpahkan berkat kepada kamu dan menghimpunkan kedua kamu di dalam kebaikan”
Perkongsian berharga buat sahabat-sahabat yang bakal bergelar isteri.Hadiah istimewa buat kalian, hadiah lain akan menyusul nanti.Insyaallah..Bacalah dengan penuh penghayatan.Moga redha Allah sentiasa mengiringi kalian..... Wasiat Ummamah pada puterinya yang bakal mendirikan baitul muslim dengan jejaka pilihan hatinya iaitu Al-Harith bin Amru..
"wahai puteriku! ada sepuluh perkara yang ingin kuberikan pedoman kepadamu dan sebagai panduan untukmu dalam kehidupan berumahtangga...."
1. Jalinkan hubungan suamimu dengan petuh ketaatan. Perhatikan kesukaanya dan jangan sampai dia melihat sesuatu yang buruk darimu atau tercium sesuatu yang kurang enak darimu...
2. Sentiasalah membanggakan suamimu kerana ini akan membuatkan dirinya kasih kepadamu.

3. Benarkanlah kata-katanya dan pendapatnya serta sikapnya selagi tidak melanggar dengan syariat yang ditetapkan ALLAH nescaya dia akan bersikap lembut kepadamu kembali.
4. Uruskanlah rumahtanggamu dengan penuh bertanggungjawab, baik dan sempurna.
5. Sentiasalah memelihara diri, keluarga dan kehormatan suamimu.
6. Simpanlah segala rahsianya dengan baik, jangan sekali bantah segala suruhannya kerana itu akan melukakan hatinya.

7. Jagalah waktu makan dan waktu istirehat suamimu dengan sebaiknya, Kerana perut yang lapar akan membuatkan darah suamimu cepat naik dantidur yang tidak mencukupi akan menimbulkan keletihan.
8. Jika dia sedang bergembira, janganlah kamu menunjukkan kesedihanmu dihadapannya..kamu mesti mengikut segala kehendak hati suamimu.
9. Hiasilah dirimu dengan baik agar dia gembira melihatmu.
10. Jadikanlah dirimu itu sebagai pembantu kepadanya, nescaya dia akan menjadi penolong pula buat dirimu
No comments:
Post a Comment