Mudah-mudahan penjelasan mudah ini akan lebih meningkatkan iman kita.
Mari kita lihat rukun iman yang enam.
1. Percaya kepada Allah
2. Percaya kepada malaikat
3. percaya kepada kitab
4. percaya kepada rasul
5. percaya kepada hari kiamat
6. percaya kepada ketentuan baik dan buruk yg Allah SWT tentukan. (Qada’ dan Qadar)
Mari kita meneliti mengapa iblis/syaitan dilaknat oleh Allah SWT? Apakah dia tidak percaya Allah? apakah dia tidak percaya malaikat? kitab? rasul dan hari kiamat?
Apakah salahnya syaitan ini?
Jika hendak dibandingkan dengan kita., syaitan awal2 lagi sudah berjumpa Allah SWT. Keyakinannya kepada Allah SWT tidak mampu kita lawan. Dia telah berada di syurga dan menikmati syurga. Dia memohon kepada Allah SWT setiap kali ingin melakukan sesuatu dengan penuh rendah hati kepada Allah SWT. Dia memanggil Allah SWT dengan penuh hormat dengan panggilan “Ya Rabb”.
Syaitan juga telah berjumpa malaikat tinggal bersama-sama di syurga. (Rujuk (QS. Al-A’raf : 13).
Syaitan juga percaya kepada kitab Allah SWT kerana cuba menyesatkan manusia daripada kitabnya.Syaitan juga percaya kepada rasul iaitu utusan Allah SWT. Syaitan itu telah berjumpa dengan semua rasul dan nabi Allah SWT berbanding dengan kita yang tidak pernah berjumpa dengan seorang pun dari mana-mana rasul dan nabi Allah SWT.
Syaitan juga percaya adanya hari akhirat. Sebab itu dia berdoa kepada Allah agar dipanjangkan umurnya sehingga hari akhir. Firman Allah, “Iblis menjawab: ‘Beri tangguhkanlah aku sampai waktu mereka dibangkitkan”. (QS. Al-A’raf : 14). Allah SWT memperkenankan permintaan syaitan ini (rujuk (QS.Al-A’raf: 15).
NAMUN yang satu inilah yang syaitan gagal beriman menyebabkan Allah SWT melaknatnya. Apakah dianya?
Ketika Allah SWT menjadikan Adam dan meminta malaikat dan syaitan sujud pada Adam, malaikat dan syaitan membantah. Lalu ditegur Allah SWT. Aku lebih mengetahui apa yang kamu tidak ketahui. (Rujuk QS Al?Baqarah: Ayat 30)
Malaikat tersedar lalu sujud pada Adam. Namun syaitan tetap ingkar dengan memberi jawapan yang difirmankan Allah SWT di dalam QS Shaad: Ayat 76.
Nah! apakah bezanya syaitan dengan kita yang tidak menerima ketentuan Allah SWT? Setiap apa yang Allah SWT jadikan, lakukan adalah kehendak Allah SWT dan Allah SWT Maha Tahu apa yang Dia lakukan.
Lalu apakah kita ingin dilaknat Allah SWT seperti syaitan yang salahnya hanya satu iaitu tidak BERSERAH mengikut kehendak Allah SWT?
Jika kita bertanya lebih lanjut dengan soalan “Mengapa Allah SWT lakukan itu dan ini” jawapan yang mudah kita fahami, terserahlah kepada Allah SWT untuk Dia lakukan apa sahaja. Kerana semua apa yang ada di langit dan di bumi ini dan di antaranya termasuk diri kita, takdir kita adalah milik Allah SWT.
Allah nak beri kita sakit, nak hilangkan harta benda, nak beri kita kaya, senang, suka, sedih, gelisah, masalah anak, masalah suami isteri….. Dia yang Maha Hak ke atas diri kita. Kerana itulah jawapan Allah SWT, “Aku lebih mengetahui apa yang kamu tidak ketahui”.
Namun inshaAllah, jika kita berserah pada Allah SWT, jiwa sentiasa tenang kerana kita sedar semuanya adalah hak Allah SWT untuk berbuat apa sahaja. Jika kita ingin melawan sekali pun kehendak Allah SWT, kita pasti tidak mampu lakukan. Tetapi setiap apa yang Allah SWT lakukan, pastinya ada kebaikan dan bermanafaat.
Sekali lagi, dikala kita bertanya mengapa Allah buat itu ini, jawapan menggunakan ayat pasar atau kampung….adalah “sukahati Allah SWT lah untuk lakukan apa pun kerana semuanya adalah milik Allah SWT”. Kerana apa sukahati Allah SWT lah? kerana Allah SWT Maha Mengetahui apa yang kita tidak ketahui.
Jadi setiap kali mengeluh, ingatlah “Sukahati Allah SWT lah untuk lakukan apa sahaja kerana Dia lebih mengetahui apa yang kamu tidak ketahui” FULL STOP. Tiada tapi-tapi dan beralasan itu ini.
Jika kita masih beralasan itu dan ini, apakah bezanya kita dengan syaitan?
Yang perlu dimohonkan adalah “ajarikan aku ya Allah” agar kita mengetahui apa yang kita tidak ketahui.
Semoga penerangan ringkas ini mampu menyedarkan kita serta meningkatkan keimanan kita sehingga mampu berserah total 100% kepada Allah SWT.
perkongsian daripada dr fuad latip...
http://www.fuadlatip.com/v1/
Sunday, April 18, 2010
Ajarkan Aku Ya Allah..
Posted by Syahadah_Aziyati at 5:58 PM 1 comments
Labels: Perkongsian
Thursday, April 8, 2010
Nilai Setitis Susu Ibu.....

Dijemput semua adik2, kakak2 dan ibu2 sekalian ke :
TALKSHOW NISA` WP
BERTAJUK : NILAI SETITIS SUSU IBU...
PANEL : Pn.Rita Rahayu(Pakar Laktasi, Kolumnis Majalah Pa&Ma) & Ustazah Teh Izanuri (Kolumnis Majalah Muslimah)
TARIKH : 18 APRIL 2010 (AHAD)
JAM :9.30 PAGI - 1.00 TENGAHARI
TEMPAT : DEWAN MASJID USAMAH BIN ZAID (BERDEKATAN LRT WANGSA MAJu)
Jemput datang beramai-ramai ke majlis ilmu ini..
Moga mendapat manfaat bersama..
Posted by Syahadah_Aziyati at 9:37 AM 0 comments
Labels: Program
Thursday, April 1, 2010
Jom Uji Bakat
Nisa' Wilayah mengajak anda semua, terutama yang gemar dan berbakat menyanyi untuk menyertai pertandingan nyanyian kami, `Pencarian Bintang Aura Ungu' pada 10 April 2010 di Dewan IPB Kampung Pandan, Kuala Lumpur.
- Penyertaan terbuka kepada wanita sahaja, berumur 15-30 tahun dan berperwatakan menarik.
- Penyertaan diterima sama ada secara solo atau berkumpulan
- Pemilihan lagu-lagu adalah mengikut pilihan lagu yang akan disediakan oleh penganjur(kami dalam proses shortlist lagu, akan diberitahu kemudian)
-Juara pertandingan ini akan mewakili Nisa' Wilayah Persekutuan ke pertandingan peringkat kebangsaan (insya Allah pada 30 April di Selangor) yang menawarkan hadiah RM1000! Menarik kan?!
-Jadi apa lagi, daftarlah segera kepada saudari Norehan - 012-3049868 atau saudari Syikin - 013-2222589
-Penyertaan percuma!
Posted by Syahadah_Aziyati at 12:04 AM 0 comments
Labels: Program
Tuesday, March 16, 2010
Seindah Hiasan Dunia..
Al-Imam Ath Thabrani meriwayatkan sebuah hadits dari Ummu Salamah, bahawa ia Radhiyallaahu ’Anha berkata, ”Ya Rasulullah, jelaskanlah padaku firman Allah tentang bidadari-bidadari yang bermata jeli (Ad Dukhan 51-54)...!”
Beliau menjawab, ”Bidadari yang kulitnya bersih, matanya jeli dan lebar, rambut berkilau bak sayap burung Nasar.”
Aku (Ummu Salamah) berkata lagi, ”Jelaskanlah padaku Ya Rasulullah, tentang firman-Nya: Laksana mutiara yang tersimpan baik (Al Waqi’ah 23)...!”
Beliau menjawab, ”Kebeningannya seperti kebeningan mutiara di kedalaman lautan, tak pernah tersentuh tangan manusia...”
Subhaanallah...
Aku bertanya, ”Ya Rasulullah, jelaskanlah kepadaku tentang firman Allah: Di dalam syurga itu ada bidadari yang baik-baik lagi cantik-cantik (Ar Rahman 70)...!”
Rasulullah menjawab, ”Akhlaqnya baik dan wajahnya cantik jelita.”
Aku bertanya lagi, Jelaskanlah padaku firman Allah: Seakan-akan mereka adalah telur (burung unta) yang tersimpan baik.” (Ash Shaffat 49)...!”
Beliau menjawab, ”Kelembutannya seperti kelembutan kulit yang ada pada bagian dalam telur dan terlindung dari kulit bahagian luarnya, atau yang biasa disebut putih telur.”
Aku bertanya lagi, ”Ya Rasulullah, jelaskan padaku firman Allah: Penuh cinta lagi sebaya umurnya (Al Waqi’ah 37)...!”
Beliau menjawab, ”Mereka adalah wanita-wanita yang meninggal di dunia dalam usia lanjut dalam keadaan rabun dan beruban. Itulah yang dijadikan Allah tatkala mereka sudah tahu, lalu Allah menjadikan mereka sebagai wanita-wanita gadis, penuh cinta, bergairah, mengasihi, dan umurnya sebaya.”
Aku bertanya, “Ya Rasulullah, manakah yang lebih utama, wanita dunia ataukah bidadari yang bermata jeli?”
Beliau menjawab, “Wanita-wanita dunia lebih utama daripada bidadari-bidadari seperti kelebihan apa yang nampak dari apa yang tidak terlihat.”
Aku bertanya, “Mengapa wanita-wanita dunia lebih utama daripada bidadari?”
Beliau menjawab, “Kerana solat mereka, puasa dan ibadah mereka pada Allah. Allah meletakkan cahaya di wajah mereka, tubuh mereka adalah kain sutera, kulitnya putih bersih, pakaiannya berwarna hijau, perhiasannya kekuningan, sanggulnya mutiara, dan sisirnya terbuat dari emas. Mereka berkata, ’Kami hidup abadi dan tidak mati. Kami lemah lembut dan tidak jahat sama sekali. Kami selalu mendampingi dan tidak beranjak sama sekali. Kami redha dan tak pernah bersungut-sungut sama sekali. Berbahagialah orang yang memiliki kami dan kami memilikinya’.”
Subhanallah....
Posted by Syahadah_Aziyati at 6:41 AM 0 comments
Labels: Wanita
Monday, March 1, 2010
Jodoh Dari Allah....
Salam mujahadah dan perjuangan buat sahabat-sahabat yang sentiasa di bawah lindungan dan rahmat Allah S.W.T. Sekian lama tidak berkongsi rasa di blog ni...Alhamdulillah , Allah mengizinkan ana untuk muncul kembali di ruang maya ini...
Selama berada di alam realiti perjuangan dan alam realiti masyarakat, banyak ilmu berguna serta pengalaman berharga dikutip dan dipelajari.Kisah suka duka insan-insan yang bergelar hamba.Insan -insan yang terplih oleh Allah untuk diuji...Terplih oleh Allah untuk mendapat pahala kesabaran.Diuji, dan terus di uji oleh Yang Maha Pencipta..
Sering kali di katakan, kita kan hamba..Allah Yang Maha Mengetahui, Allah Yang Maha Berkuasa ke atas kita..Jadinya layaklah kita diuji....dan terus di uji hingga ke akhir hayat kita...Kata-kata puitis yang seringkali didengari, diucapi...Namun, bila diuji dengan ujian Allah, mampukah kita menghadapinya??Mampukah kita meredhai Qada` dan Qadar Allah...??Insyaallah, Allah mengetahui segalanya...Tempuhilah dengan sabar..Sabar dan Redha dengan ketentuan dari Allah.Sabar itu indah.....Di warkah ini, tak terlambat untuk ku ucapkan salam barakah buat kakak seperjuangan yang dikasihi.Akhirnya, selamat bergelar seorang zaujah kepada muslimin yang dihadirkan dari Allah melalui wasilah orang yang soleh dan solehah.Juga tahniah atas kesabaran dan ketabahanmu kak...Sabar menanti jodoh...Sabar berdoa dan terus berdoa..Dan, akhirnya...berjaya mendirikan Baitul Muslim, Baitul Dakwah."Ke Arah Membina Sebuah Keluarga Sakinah, Mawaddah wa Rahmah"..Insyaallah.
Sesungguhnya doa, usaha dan tawakal akak pada Allah membuahkan hasil dari Allah.Walau jodoh hadir di usia 30 an, usia yang majoriti wanita telah dianugerahkan anak-anak, Namun..segala yang berlaku adalah dari Allah.Pasti ada hikmahnya...Kerana urusan jodoh itu dari Allah.Allah akan hadirkan tepat dan bila masa yang sesuai untuk akak bergelar seorang isteri.
Tepat pada masa dan kita bersedia untuk memikul tanggungjawab dan amanah yang begitu besar sekali.Amanah dalam membina sebuah keluarga Islam yang diredhai Allah...Amanah untuk terus istiqamah bersama perjuangan Islam walau diri bergelar seorang isteri dan juga ibu.
"Dan Tuhan kamu berfirman: "Berdoalah kamu kepada-Ku nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu." (Surah Ghafir ayat 60)
Doa senjata mukminah..Buat kakak-kakak seperjuangan yang ku kagumi....Walau jodoh kalian belum di hadirkan oleh Allah lagi, Teruskanlah berdoa....Berkat dari doa, usaha dalam menemui jodoh, Allah akan bagi ganjaran yang selayaknya untuk kalian.Ku kagumi kesasabaran dan ketabahan kalian.....cekal dan bersemangat dalam menyampaikan risalah Islam....tabah menghadapi ujian yang mendatang....Tahniah dan syabas kakak-kakak ku.....
Moga Allah hadirkan insan yang hebat buat kalian...Insan yang beriman, bertaqwa dan bersama-sama kalian dalam meneruskan perjuangan Islam.
Mujahidah sejati
Terus subur mekar mewangi
Seindah suria menerangi bumi
Harapan ummah yang abadi..
Mujahidah sejati
Menyoroti langkah Khadijah
Aisyah Fatimah, menjadi muqarrabin
Bermujahadah, merebut cinta
Dan kasih Allah....
Paras rupa bukannya ukuran
Nilainya sama di sisi Tuhan
Cuma ibadah yang membezakan
Wanita solehah di sisi Tuhan.......
Posted by Syahadah_Aziyati at 8:03 PM 2 comments
Labels: baitul muslim
Thursday, February 25, 2010
Thursday, February 18, 2010
Ketika Cinta Berbuah Syurga..
JEMPUTAN KE :
TALKSHOW NISA` WP : "KETIKA CINTA BERBUAH SYURGA..."
TARIKH : 21 FEBRUARI 2010
HARI : AHAD
MASA : 9.30 PG - 12.00 TENGAHARI
TEMPAT : DEWAN SEMINAR MASJID AS SYAKIRIN, KLCC
PENCERAMAH : USTAZ FAUZI MUSTAFA (PENGACARA AL KULIYYAH TV3)
masuk adalah percuma
jemput datang beramai-ramai......
MAKLUMAT LANJUT PROGRAM
HUBUNGI : 013-200 9426 (azi)@ 019-213 5220 (raihan)
Posted by Syahadah_Aziyati at 1:29 AM 0 comments
Labels: Program

