CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Friday, August 14, 2009

Segalanya Milik Mu....

Kau yang menciptakan cinta
Dan Kau jua yang menghampar bahagia
Di ribaanMu terhimpun harapan
Impian tulus setiap insan

Kau yang mengutuskan duka
Dan Engkaulah yang mengirimkan hampa
Namun padaMu jua diadukan
Merebahkan keresahan dan tangisan

Aku tahu inilah kasihMu
Aku tahu inilah cintaMu
Dan ku tahu tiap yang terbaik untukku
Tak semuanya yang ku mahu

Di celah hangat nafas yang terhela
Ada dingin saat menyeru (menyebut) namaMu
Terarah segala ronta rasa
Pada damainya dakapanMu

Aku tahu inilah kasihMu
Aku tahu inilah cintaMu
Dan ku tahu di segenap ruang rasaku
Telah Kau titipkan kekuatan
Oh Tuhan……

Segalanya Milik Mu Ya Allah…
Nikmat Iman dan Islam, nikmat pancaindera,
Nikmat persaudaraan, keamanan dan kedamaian
dan pelbagai nikmat yang tidak terhingga
telah Kau kurniakan...

Dan,tangan yang Engkau telah Engkau kurniaan kepadaku,
bila-bila masa sahaja Kau berhak mengambilnya…
bila-bila masa sahaja Kau berhak mengujinya
Baru ku mengerti dan merasai..
Alangkah besar Nya nikmat Mu..

Di kaca mata manusia mungkin ianya tidak sempurna
Namun...
ia tetap sempurna dan bernilai bagiku...
kerana ku tahu, ujian yang Engkau berikan kepada insan-insan lain
lebih berat ujiannya..
lebih besar mudaratnya..
berbanding ujian yang Kau berikan kepadaku
yang sedikit cuma..

Ya Allah Ya Muqtadir, Yang Maha Menentukan
Jadikanlah aku seorang hamba yang sentiasa bersyukur…
Bersyukur kerana ditimpa ujian dari Mu…
Moga kafarah dosa buatku....

SEkadar renungan..
Moga kita sentiasa bersyukur atas segala nikmat
yang dikurniakan oleh Allah kepada kita..
kerana kita tidak tahu bilakah Allah akan menguji kita
Menguji nikmat yang telah diberikan kepada kita
Sama-samalah kita menjadi hamba yang sentiasa bersyukur....

Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang telah kamu dustakan?

Tuesday, August 4, 2009

Nota untuk diri........



Diriku,
dalam sibuk kau membicarakan soal strategi perjuangan,
dalam sibuk kau menyusun perancangan,
kadangkala kau lupa menyemak kedudukanmu di sisi Zat Yang Agung,
yang keranaNya kau menyusun, mengatur dan berjihad.
terlupa kau bertanya sejauh mana keikhlasanmu...
terlupa kau membelek Manhajmu agar ia selari dengan manhaj
Rabbani yang diturunkan...

Diriku,
dalam rancak kau menyiram taman hati insan lain,
kau terlupa membaja taman hatimu sendiri agar ia sentiasa
segar dalam hubungan dengan Allah,
tersentuh dengan daulatNya, merasa terpikul amanah ad-deen ini
bukan kerana kau berjamaah, namun kerana engkau dibawah perintahNya.

Diriku,
seringkah kau mencari jalan agar hatimu sentiasa
lembut halus sentuhannya,agar sentiasa sedar akan
keagunganNya, insafi kekerdilan, kelemahan,
kealpaan dan kesilapan dirimu...?

ketahuilah diriku...
hatimu itu keras. khusyu'mu kurang, syukur dan redhamu
tidak banyak kau hadiahkan padaNya.
terlalu banyak kurang dan salahmu....

Diriku,
tunaikanlah solatmu dalam khusyu'dan tenang.
muhasabahlah dirimu kala sunyi, selamilah kalam-kalam
al-Quran yang kau perjuangkan.
padanya ada bekalan....
untuk kau terus menongkah bahtera perjuangan ini...

Diriku,
pada nawafil dan amalan sunat ada jalan yang hampir
untukmu berkasih sayang dengan tuhanmu.
pada qiamullail di keheningan malam bersama bisikan doa
dan munajatmu, diiring esak airmata keinsafan dan
keikhlasanmu, kau akan temui kemanisan taqarrub di
bawah duli kebesaranNya.
di situ ada bekalnya....

Diriku,
lazimilah awal harimu dengan al-Ma'thurat,
pasti kau akan mengenali siapa dirimu
sebagai daie...

Diriku,
pada tawadhu', pada ukhuwah fillah, pada infaq fi
sabilillah, pada uzlah muhasabah diri, pada zikir dan
selawat, ada ketenangan dan kekuatanmu...

Diriku,
ketahuilah bahawa hanya hati yang hidup sahaja yang
bisa memberikan nafas kepada hati yang mati.
hati yang turut sama mati tidak mungkin menyembuhkan
hati yang sakit apatah lagi menghidupkan hati yang
mati..

Diriku,
Mengertilah....

Sunday, August 2, 2009

Tarbiyyah 1 Ogos, MANSUH 1SA...

“sesungguhnya orang-orang yang bersabar sahajalah yang akan disempurnakan pahala dengan tidak terkira “- (az zumar : 10)


Alhamdulillah, dengan izin Allah S.W.T dapatlah ku merasai tarbiyyah fizikal dan mental pada 1 Ogos baru-baru ini...Awalnya, tidak berhajat untuk pergi sebab kesihatan yang tidak stabil,
namun Allah telah detikkan hati dan memberikan kekuatan kepadaku untuk turut serta bersama-sama dengan sahabat seperjuangan yang lain.Kata-kata semangat juga ku dapat bila sempat ziarah ke blog anakanda Menteri Besar Negeriku, Ustaz Nik Abduh..Terima Kasih Ya Allah.......Sesunguhnya Engkau Yang Mengizinkan sesuatu perkara berlaku.

Berangkatlah aku dan sahabat-sahabat seperjuangan ke medan seawal 10.30 pagi ke Masjid Jamek.Menanti arahan pimpinan pada sebelah petang, kami sempat tawaf berpuluh kali dan melihat pemandangan di sekitar Masjid India.

Usai solat zohor, wakil pemimpin PAS turun ke perkarangan Masjid India dan membacakan doa serta melaungkan kata-kata semangat diselang seli dengan laungan takbir, memuji keagungan Allah S.W.T.Allahuakbar!Allahuakbar!Allahuakbar! Kami meneruskan langkah ke Sogo, bertemu pejuang-pejuang di sana....dan juga bertemu dengan semburan gas pemedih mata beberapa kali...Kejamnya rejim dan tali barut BN yang tidak berhati perut.Semacam nak tumbuk je mereka, tapi tak boleh, nanti tak pasal-pasal plak ku masuk penjara kali kedua.Nauzubillah.
Allah Sahaja Yang Maha Mengetahui.Yang Maha Berkuasa dan memberikan kekuatan kepada ku dan sahabat seperjuangan untuk teruskan perjalanan ke Pejabat Agung PAS JRL...Ribuan pejuang-pejuang berada di depan Pejabat Agung....Sayu hati mendengar doa daripada Presiden PAS, Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang...

Insyaallah, moga Allah memandang usaha yang kita lakukan ini...Usaha kita memerangi kezaliman yang telah dilakukan oleh pemimpin kerajaan yang sudah hilang sifat manusia yang sebenar.Sama-sama kita doakan moga Allah memberikan petunjuk dan hidayah kepada pemimpin-pemimpin negara untuk memansuhkan akta yang teramat zalim di dunia ini....
Moga kita terus istiqamah dan thabat dalam perjuangan yang suci ini hingga ke akhir hayat...Kerana Redha-Mu Ya Allah....Kerana agama Islam yang tercinta dan Perjuangan yang suci ini......

Monday, July 27, 2009

Menjelang Ramadhan..

Sebelum memasuki bulan Ramadhan, kita perlu tekun membuat latihan jiwa dan memperbaiki amalan.Antara amalan-amalan yang boleh dipraktikkan ialah :

1. Memperbanyakkan puasa sunat
Mencontohi Nabi SAW yang lebih gemar berpuasa sunat dalam bulan Syaaban berbanding dengan bulan-bulan yang lain.Sayidatina Aisyah berkata : “ Aku tidak pernah melihat Rasulullah S.A.W menyempurnakan puasa sebulan penuh melainkan pada bulan Ramadhan dan aku tidak pernah melihat baginda memperbanyakkan berpuasa sepertimana pada bulan Syaaban.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Nabi S.A.W pernah ditanya, mengapa baginda melebihkan berpuasa sunat pada bulan Syaaban berbanding bulan-bulan yang lain?Baginda S.A.W bersabda : “ Bulan itu (Syaaban) yang berada di antara Rejab dan Ramadhan adalah bulan yang dilupakan manusia dan ia adalah bulan yang di angkat padanya (buku catatan) amal ibadah kepada Tuhan Seru Sekalian Alam, maka aku suka supaya amal ibadahku di angkat ketika aku sedang berpuasa”. (Riwayat An Nasaie)


2. Memperbaharui Taubat dan Banyak Istighfar
Bertaubat dan beristighfar boleh mensucikan jiwa dari dosa.Firman Allah S.W.T : “ Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah wahai orang-orang yang beriman supaya kamu berjaya”.

Selain dosa dan kesalahan kepada Allah, keampunan dipohon daripada sesame manusia khususnya ibu bapa, suami isteri.Mereka memohon taubat dan keampunan untuk kedua ibu bapa dan guru-guru mereka.

3. Melazami banyak membaca Al Quran, Berzikir dan Berdoa
Syaaban adalah bulan mendampingi dan menjinakkan diri dengan Allah melalui ibadat fardhu dan sunat.Antaranya seperti memperbanyakkan membaca Al Quran, berdoa dan berzikir.Kejinakan hati seseorang melakukan ibadah dengan penuh taqwa dalam bulan Syaaban dijanjikan rahmat dan keampunan yang amat banyak daripada Allah. Bahkan melakukan ibadah dengan penuh taqwa dalam bulan Syaaban akan menghasilkan cahaya iman dari Allah kepada hambanya.Cahaya ibadat yang dikurniakan Allah itu akan menjadi penyelamat di akhirat kelak.

4. Muhasabah dan Muraqabah untuk memperbaiki diri
Menjelang Ramadhan juga diisi dengan banyak melakukan muhasabah diri meneliti kelalaian diri.Setelah itu, kita bermujahadah membuat latihan jiwa untuk menghukum kelalaian diri.

Rujukan : Majalah Rasmiku Setiap Bulan, Majalah Anis : "Pedoman Wanita Solehah"

Tuesday, July 21, 2009

Malam....

Malam.....

Keindahan, kesepian, kedinginan, kesyahduanmu meyimpan segala rahsia yang telah berlaku di zaman silam.Gelapmu kadang-kala jadi penyeri ibadat para abid yang merindukan Tuhan.Tapi adakalanya kesempatan bagi pendosa yang menyangka malam dapat melindungi ia dari penglihatan Tuhan-Nya.


Kesunyian ditunggu oleh sepasang kekasih memadu kasih. Dan malam datang menjanjikan saat itu.Saat si abid berdiri, duduk dan baring menyebut nama Allah yang satu.
Habibah Al-Adawiyah merintih di waktu malam: "Tuhanku, bintang-bintang telah menghilang di balik awan. Mata insan telah tidur lelap. Pintu-pintu istana para maharaja telah terkunci. Lalu setiap kekasih telah berdua-duaan dengan kekasihnya. Dan inilah aku tampil mengadap-Mu....."


Dan malam juga adalah detik hamba yang berdosa rujuk pada keampunanNya.Lalu dalam derai air matanya yang gugur di dada malam meluncurlah kata-kata penyesalan atas keterlanjuran dan kesalahan.Seolah-olah terdengarlah di telinganya makna sebuah firman, "Demi malam apabila telah sunyi, Tuhanmu tiada meninggalkan kamu dan tidak pula membencikamu." -- Ad-Dhuha.


Malam....
Kalau ia dipenuhi ribut petir yang dasyat, kenangilah azab Tuhanmu.Kalau ia dihiasi bulan dan bintang, haraplah rahmat-Nya. Keindahannya biar menerangi hatimu, kegelapannya usah menghitamkan amalmu.


Uwais Al-Qarni meyambut kedatangan malam dengan katanya, "Ini malam rukuk," lalu beliau pun sembahyang dengan rukuknya panjang-panjang hingga menjelang fajar. Di malam yang lain ia berkata, "Inilah malam sujud." Lalu sujudlah beliau sepanjang malam sampai fajar tiba sebagai pamitan malam beransur hilang. Itulah malam pada Uwais Al-Qarni.


Kedatangan malam mungkin seiring dengan saat kematian. Tidurmu mungkin untuk selama-lamanya. Kegelapan malam mungkin bersambung ke alam kubur. Dan malam itu terakhir buatmu selama di dunia. Mungkin kerana menyedari hakikat inilah Rasulullah S.A.W pernah mengajar kita berdoa ketika mahu masuk tidur, "Ya Allah, dengan nama-Mu Yang mematikan dan Yang menghidupkan."


Esok ketika bangun dari tidur kita dianjurkan berdoa, "Syukur kepada Allah yang menghidupkan kita setelah kita dimatikan. Dan kepada-Nyalah kita akan dikembalikan."Tidur adalah lambang kematian. Dan malam, ketika memejamkan mata di waktu malam, kenangilah walau sedetik saat kematian. Mudah-mudahan kau dapat merasai secebis rasa seperti yang dialami oleh seorang wali Amir bin Abdullah: "Tidak ada aku lihat sesuatu yang dinamakan syurga, di mana pencarinya asyik tidur. Dan tidak pernah pula aku lihat sesuatu yang dinamakan neraka, di mana orang yang hendak menghindarinya asyik tidur saja."


Malam adalah pesta ibadat bagi kekasih-kekasih Allah. Di sana mereka perolehi ketenangan. Ketenangan yang abadi.... kebahagiaan yang hakiki.



Malam....
Selagi dunia masih berdenyut dengan gerak dan suara kehidupan, selagi itulah kau pasti menjelang. Kau adalah tanda-tanda kebesaran-Nya. Keindahanmu jadi sumber ilham penyair dan pujangga. kejadianmu menjadi kajian para ilmuan dan sarjana. Tetapi siapakah yang akan memuji Dia yang menciptamu?


Malam....
Janganlah kau lindungi insan daripada melihat Penciptamu. Jangan dikaburi kehebatan Penciptamu dengan kegelapanmu. Berapa ramaikah insan yang melihat keindahanmu terdetik rasa di dalam jiwa, hingga hatinya berkata, "Malam.... engkau indah, tapi Penciptamu jauh lebih indah!"

Tuesday, July 14, 2009

Sebuah Perjuangan....

Kehidupan adalah satu perjuangan. Berakhirnya sebuah perjuangan adalah datangnya kematian. Ruang lingkup perjuangan memang luas. Seluas warna-warni kehidupan. Puncak tertinggi dari perjuangan adalah jihad. Sedang jihad itu sendiri adalah puncak bagi kerja-kerja Islam.


Berkata Rasulullah SAW kepada bapa saudaranya : “ Andai matahari kau letakkan di tangan kananku, bulan pula ditangan kiriku, bagiku untuk melepaskan beban yang kubawa ini, sekali-kali tidak”. Perjuangan dari seorang rijal murabbi, tidak melepaskan apa yang dibawa hanya kerana kemewahan dunia yang terlalu sedikit. Dengan keyakinan sepenuhnya kepada Sang Pencipta, menyerahkan segala urusan hanya kepada Allah.“

Dan barangsiapa yang bersungguh-sungguh berjihad di jalan Kami, pasti Kami akan tunjukkan jalan Kami.” (Al-Ankabut :69)

Mengawali sebuah perjuangan itu memang berat. Menjalaninya lebih berat. Tetapi menjaga kesinambungan sebuah perjuangan itu jauh lebih berat. Padahal, perjuangan itu tidak dinilai diawalnya, tapi diakhirnya.Melantik jiwa dan diri ini sebagai sang pejuang memang mudah. Tetapi, dalam menjalani kehidupan sebagai seorang pejuang, semestinya ada ujiannya, kerana tapisan demi tapisan dilakukan sendiri oleh Yang Maha Kuasa, bagi-Nya memilih mereka yang benar-benar ikhlas berjuang dijalannya. Terkadang timbul perasaan lemah, letih, tidak bersemangat dan sebagainya.

“ Hai orang-orang yang beriman, sukakah kamu aku tunjukkan suatu perniagaan yang dapat menyelamatkan kamu dari azab yang pedih?. (Iaitu) kamu beriman kepada Allah dan Rasul-Nya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu. Itulah yang lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahuinya.Nescaya Allah akan mengampuni dosa-dosamu dan memasukkan kamu ke dalam syurga yang mengalir dibawahnya sungai-sungai, dan (memasukkan kamu) ke tempat tinggal yang baik di dalam syurga Adn. Itulah keberuntungan yang besar.” (As-Shaff:10-12)

Kunci kepada sebuah perjuangan adalah niat yang ikhlas kerana Allah SWT, syaratnya pula adalah bersungguh-sungguh dalam berjuang serta tidak berputus asa dan akhirnya adalah menjaga kesinambungan serta penerusannya.Wahai saudaraku,Kini, yang tinggal adalah bergantung pada diri sendiri, teruslah berbekal dan seterusnya teruskanlah perjuangan. Tanpa rasa bosan untuk memohon kepada Allah agar membeli sedikit persembahan kita.

“ Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu’min, diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka. Mereka berperang dijalan Allah, lalu mereka membunuh atau terbunuh. (Itu telah menjadi) janji yang benar dari Allah di dalam Taurat, Injil dan Al-Quran. Dan siapakah yang lebih menepati janjinya selain daripada Allah? Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan itulah kemenangan yang besar. Mereka itu adalah orang-orang yang bertaubat, yang beribadat, yang memuji (Allah), yang melawat, yang ruku’ yang sujud, yang menyuruh berbuat ma’ruf dan mencegah berbuat mungkar dan yang memelihara hukum-hukum Allah. Dan gembirakanlah orang-orang mu’min itu”. (At- Taubah 111-112)

Bersyukurlah, andai hingga ke hari ini kita masih lagi dipilih sebagai salah seorang dari pejuang-pejuang dan penolong-penolong agama Allah, tapi adakah kita pasti esok lusa, kita masih berada disini?. Allahua’lam...moga ditetapkan hati ini dijalan-Mu ya Rabb....Amin.

Wednesday, July 1, 2009

Ujian adalah Tarbiyyah Dari Allah....

"Hadirnya dugaan itu memberi kesempatan untuk mengenali diri,menilai tahap keimanan hakiki,apakah bisa meredah dengan ketabahan dihati atau akhirnya merebahkan diri...Semoga lahirlah jiwa yang suci yang hanyakan tunduk pada Ilahi dalam usaha menempuh dugaan yang menguji.."