CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Tuesday, August 4, 2009

Nota untuk diri........



Diriku,
dalam sibuk kau membicarakan soal strategi perjuangan,
dalam sibuk kau menyusun perancangan,
kadangkala kau lupa menyemak kedudukanmu di sisi Zat Yang Agung,
yang keranaNya kau menyusun, mengatur dan berjihad.
terlupa kau bertanya sejauh mana keikhlasanmu...
terlupa kau membelek Manhajmu agar ia selari dengan manhaj
Rabbani yang diturunkan...

Diriku,
dalam rancak kau menyiram taman hati insan lain,
kau terlupa membaja taman hatimu sendiri agar ia sentiasa
segar dalam hubungan dengan Allah,
tersentuh dengan daulatNya, merasa terpikul amanah ad-deen ini
bukan kerana kau berjamaah, namun kerana engkau dibawah perintahNya.

Diriku,
seringkah kau mencari jalan agar hatimu sentiasa
lembut halus sentuhannya,agar sentiasa sedar akan
keagunganNya, insafi kekerdilan, kelemahan,
kealpaan dan kesilapan dirimu...?

ketahuilah diriku...
hatimu itu keras. khusyu'mu kurang, syukur dan redhamu
tidak banyak kau hadiahkan padaNya.
terlalu banyak kurang dan salahmu....

Diriku,
tunaikanlah solatmu dalam khusyu'dan tenang.
muhasabahlah dirimu kala sunyi, selamilah kalam-kalam
al-Quran yang kau perjuangkan.
padanya ada bekalan....
untuk kau terus menongkah bahtera perjuangan ini...

Diriku,
pada nawafil dan amalan sunat ada jalan yang hampir
untukmu berkasih sayang dengan tuhanmu.
pada qiamullail di keheningan malam bersama bisikan doa
dan munajatmu, diiring esak airmata keinsafan dan
keikhlasanmu, kau akan temui kemanisan taqarrub di
bawah duli kebesaranNya.
di situ ada bekalnya....

Diriku,
lazimilah awal harimu dengan al-Ma'thurat,
pasti kau akan mengenali siapa dirimu
sebagai daie...

Diriku,
pada tawadhu', pada ukhuwah fillah, pada infaq fi
sabilillah, pada uzlah muhasabah diri, pada zikir dan
selawat, ada ketenangan dan kekuatanmu...

Diriku,
ketahuilah bahawa hanya hati yang hidup sahaja yang
bisa memberikan nafas kepada hati yang mati.
hati yang turut sama mati tidak mungkin menyembuhkan
hati yang sakit apatah lagi menghidupkan hati yang
mati..

Diriku,
Mengertilah....

0 comments: