CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Wednesday, August 19, 2009

Persiapan Hati Menyambut Ramadhan...

Alhamdulillah dengan izin Allah S.W.T,kita terpilih oleh Nya untuk bertemu dengan bulan Ramadhan.Bulan Ramadhan bukan sekadar bulan berpuasa, tetapi bulan yang penuh dengan rahmat, keberkatan, penganugerahan, keampunan dari Allah swt. Justeru beruntunglah mereka-mereka yang dapat menghayati dan menghidupkan bulan ramadhan dengan sebaik-baiknya.

Segala anugerah Allah dibulan Ramadhan hanya dapat dinikmati oleh mereka yang beramal dan menghayati bulan Ramadhan dengan bersungguh-sungguh. Kesungguhan menghayati bulan Ramadhan bermula dari hati. Oleh itu hati mestilah bersedia terlebih dahulu untuk menyambut ketibaan ramadhan sebagai permulaan bermulanya kehidupan seorang hamba di bulan Ramadhan.
Hati seorang hamba yang inginkan kejayaan dan kemenangan dibulan Ramadhan hendaklah ada sifat dan perasaan berikut;

1. Gembira. Gembira dengan kedatangan bulan Ramadhan dan anugerah yang disediakan.
وهو شهر أوله رحمة وأوسطه مغفرة ، وآخره عتق من النار
Maksudnya; Bulan Ramadan ialah bulan di awalya kerahmatan Allah, dipertengahannya keampunan Allah dan akhiirnya pelepasan dari api neraka.

للصائم فرحتان : فرحة عند فطره ، وفرحة عند لقاء ربه
Maksudnya; Orang yang berpuasa mengecapi dua kegembiraan, gembira ketika berbuka dan gembira ketika bertemu tuhannya.

إن للجنة بابا يقال له الريان يقال يوم القيامة: أين الصائمون فإذا دخلوا أغلق ذلك الباب
Maksudnya; Sesungguhnya di Syurga ada pintu bernama Rayyan. Diseru pada hari qiamat, mana orang-orang yang berpuasa? Apabila mereka masuk, pintu tersebut ditutup.

2. Mengharap keampunan Allah kerana bulan Ramadhan adalah bulan keampunan
من صام رمضان إيمانا واحتسابا غفر له ما تقدم من ذنبه
Maksudsudnya; Sesiapa yang berpuasa dengan penuh keimanan dan mengharapkan keredhaan Allah nescaya diampunkan dosa-dosanya yang terdahulu.

3. Sabar.
كل عمل ابن آدم يضاعف : الحسنة بعشر أمثالها ، إلى سبع مائة ضعف إلا الصوم , فإنه لي وأنا أجزي به , يدع شهوته وطعامه من أجلي "
Maksudnya; Setiap amalan manusia digandakan hingga sepuluh kali ganda, sehingga tujuh ratus kali ganda melainkan puasa, Allah berkata; ia untukKu dan Aku yang membalasnya kerana ia meninggalkan syahwatnya dan makanannya kerana Aku.

4. Tamak dan haloba dalam melakukan ibadah kerana pahala amalan berlipat ganda dan adanya malam lailatul qadar..
التمسوها في العشر الأواخر من رمضان
Maksudnya; Carilah malam lailatul qadar di sepuluh yang akhir di bulan Ramadhan.

5. Pemurah dan Pemaaf..
كان النبي رضي الله أجود الناس بالخير وكان أجود ما يكون في رمضان
Maksudnya; Nabi adalah manusia yang palih pemurah dan lebih pemurah di bulan Ramadhan.

من فطَّر صائماً كان له مثل أجره غير أنه لا ينقص من أجر الصائم شيئاً
Maksudnya; Sesiapa yang memberikan makanan untuk berbuka orang yang puasa, ia akan memperolehi pahala sebagaimana orang yang berpuasa, tidak kurang sedikitpun pahala orang yang berpuasa.

6. Takut, takut tidak dapat meraih berbagai anugerah tuhan di bulan Ramadhan.
خاب وخسر من ادرك رمضان ولم يغفر له
Maksudnya; Rugilah orang yang berada di bulan Ramadhan tetapi tidak mendapat keampunan dari Allah swt.

Ehsan :Usrah Rasa Hati

0 comments: