CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Monday, June 30, 2008

Dari Kampus ke Lapangan Ummah..

Moga sahabat2 semua sentiasa di bawah lindungan Allah S.W.T.
Alhamdulillah, nikmat masa diberikan oleh Allah utk ana mencoretkan sepatah kata dalam blog ini....Sudah setahun meninggalkan alam kampus.Pengalaman berharga yang dikutip di kampus membawa ana ke realiti sebenar medan dakwah.Pelbagai corak kehidupan masyarakat dapat dilihat.
Melihat remaja2 yang kian jauh dengan Islam menyedarkan diri tentang tanggungjawab sebagai daei.Amanah besar yang masih tidak terlaksana sepenuhnya..............................


Waqi` remaja2 yang tinggal di flat2 yang majoritinya tidak menutup aurat, pergaulan bebas dan pelbagai masalah sosial, membuka minda dlm memikirkan method dakwah utk mereka.
Selain program yang menarik minat remaja masa kini seperti Explorace, Camping dan sebagainya, USRAH REMAJA juga perlu digerakkan.Usrah adalah tunjang utama dlm pentarbiyahan diri seseorang.Mendidik diri untuk mengetahui tentang Islam, ingat mengingati antara satu sama lain, perkongsian ilmu, masalah dan sebagainya.Usrah adalah pendekatan yang amat berkesan utk menarik hati2 remaja mengenal Islam yang sebenarnya.

Justeru itu, Mahasiswa dan mahasiswi yamg lahir dari pentarbiyahan kampus adalah aset berharga untuk membantu menggerakkan usrah remaja di kawasan masing- masing .Perbezaan umur yang tidak begitu ketara memberi ruang dan kemudahan untuk mendekati remaja2.

Oleh itu, ana menyeru kepada diri ana dan sahabat2 sekalian, marilah sama2 kita membantu remaja yang merupakan tunggak tamadun di masa akan datang supaya tidak hanyut dibuai arus kejahilan.Alasan sibuk bekerja, sibuk merencanakan program dan pelbagai seribu alasan lain
adalah alasan yang tidak relevan bagi pejuang-pejuang yang pernah mewarnai dan menggegarkan perjuangan di kampus.
Ayuh, kita bersama2 membantu mengislah masyarakat terutama remaja2 yang merupakan penentu Tamadun ummah akan datang.

MANTAPKAN TARBIYAH, TERUSKAN PERJUANGAN DALAM MENCARI REDHA ALLAH S.W.T.

0 comments: